kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Fahmi Ucap Tahniah Hari Jadi Ke-77 Tun Mohd Ali
Kredit: Fb Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-77 hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Fahmi mendoakan Mohd Ali serta keluarga terus dilimpahkan rahmat dan keberkatan berpanjangan.
"Saya bersama keluarga besar Kementerian Komunikasi mendoakan agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan berpanjangan buat TYT Tun serta keluarga," kata Fahmi.
Mohd Ali, yang dilahirkan pada 24 Ogos 1949 di Bukit Katil, Melaka, dilantik Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 sebelum diantik semula bagi penggal kedua pada 2024.
Tokoh kepimpinan yang berpengalaman luas dalam arena pentadbiran negara itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka kesembilan bagi tempoh 1999 hingga 2013.
Di peringkat Persekutuan, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan pada 1999 dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1995-1999).