BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Tahniah Kepada Azizulhasni Raih Emas Piala Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
aa929a0bce649b7fe0ecfc010d86fe3869ad0a93159fe

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas acara keirin pada siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang.

Pelumba berusia 38 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pencabar terdekatnya dari Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan 9.862 saat (s), manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman.

 
Back
Top
Log in Register