BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Tahniah Kepada Yasmeen Dipilih Anggotai Jawatankuasa CRC PBB

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Anwar Ucap Tahniah Kepada Yasmeen Dipilih Anggotai Jawatankuasa CRC PBB​

ab5bd3b2c46fd35a207acc91864677266a3c9559cffcb

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Yasmeen Muhamad Shariff atas kejayaan dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2027 hingga 2031.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau,  Anwar menyifatkan pencapaian itu mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap peranan dan komitmen Malaysia di peringkat global.

"Alhamdulillah. Tahniah kepada Datuk Yasmeen Muhamad Shariff dan seluruh warga KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) atas kejayaan yang sangat membanggakan ini," kata beliau.

Perdana Menteri turut mendoakan agar pencapaian itu menjadi pemangkin untuk Malaysia terus memperkukuh usaha, mengangkat martabat negara dan melakar lebih banyak kejayaan di persada antarabangsa.

Semalam, KPWKM memaklumkan Yasmeen memperoleh 136 undi daripada 189 Negara Pihak yang hadir pada Mesyuarat Negara-Negara Pihak Ke-21 kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak di ibu pejabat PBB di New York.

Yasmeen, yang pernah menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2013 hingga 2017, memperoleh jumlah undi tertinggi dalam pemilihan berkenaan.

Sebagai anggota jawatankuasa itu, Yasmeen akan berkhidmat atas kapasiti peribadi dan bebas.

 
Back
Top
Log in Register