BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada The Speedy Tigers Layak Ke Piala Dunia 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
edf384948dd90b3e6bce96fa69ef386869acd1bd34ad9

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda dan Belgium.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh para pemain bersama pasukan kejurulatihan.

“Namun saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti.

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya akan memberi sokongan dan dukungan berterusan buat kalian,” katanya.

Skuad hoki lelaki negara tewas 4-5 kepada Jepun pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Sabtu.

Bagaimanapun, skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke-15, mengatasi Wales di tangga ke-16 dan Poland di tangga ke-20 yang beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dalam satu lagi pusingan kelayakan.

 
Back
Top
Log in Register