BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukan Komanwel: Ahmad Zahid Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Kontinjen Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sukan Komanwel: Ahmad Zahid Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Kontinjen Malaysia​

33af5fc8e35f905809b96b89090441836a633043d835b

Kredit: FB Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan dan mendoakan kejayaan kontinjen negara yang memulakan cabaran Temasya Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

Beliau berkata langkah kontinjen Malaysia diiringi doa dan sokongan padu seluruh rakyat, seiring dengan kibaran megah Jalur Gemilang pada upacara pembukaan temasya itu pada awal pagi tadi.

“Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen negara yang membawa cabaran Malaysia sepanjang temasya ini.

“Bertandinglah dengan penuh keyakinan, junjung tinggi semangat kesukanan dan berikan yang terbaik demi negara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar segala urusan kontinjen Malaysia dipermudah dan dikurniakan kesihatan, keselamatan serta kekuatan, dan mereka akan menghadiahkan kejayaan yang membanggakan buat negara.

Temasya Sukan Komanwel 2026 berlangsung di Glasgow dari 23 Julai hingga 2 Ogos.

 
Back
Top
Log in Register