BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Pulau Pinang Muncul Antara Negeri Terbaik Penyertaan Ekonomi Bumiputera

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Mahu Pulau Pinang Muncul Antara Negeri Terbaik Penyertaan Ekonomi Bumiputera​

7109742a86bde42dc0d6f542dd6daa786a648c46c2266

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) kali ke-14 dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Pinang muncul sebagai antara negeri yang mencatatkan prestasi penyertaan ekonomi bumiputera terbaik menerusi kerjasama strategik semua agensi pembangunan bumiputera di peringkat Persekutuan dan negeri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata persepsi bahawa bumiputera di Pulau Pinang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi perlu diperbetulkan kerana rekod dan fakta menunjukkan prestasi penyertaan  bumiputera di negeri itu secara keseluruhannya lebih baik berbanding kebanyakan negeri majoriti Melayu di Semenanjung.

“Pulau Pinang ini dapat persepsi dan gambaran lemah dari segi penyertaan Muslim dan bumiputera (dalam ekonomi) tetapi rekod dan faktanya menunjukkan prestasi bumiputera di Pulau Pinang secara keseluruhannya itu lebih baik daripada kebanyakan negeri (majoriti) Melayu di Semenanjung,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026 dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang (MPIHPP) Datuk Dr Mohamad Abd Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Perdana Menteri berkata semua agensi pembangunan bumiputera di Pulau Pinang perlu diselaraskan di bawah satu kerjasama strategik agar pelaksanaan inisiatif lebih berkesan dan tidak lagi bergerak secara silo.

“Saya dah beritahu kepada Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) Tan Sri Khalid Ramli agar semua agensi bumiputera, tidak kira dari kementerian atau jabatan mana, mesti bergerak sebagai satu kerjasama strategik dan dapat penyelarasan melalui Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera supaya lebih berkesan.

“Saya harap dalam tempoh beberapa minggu saya akan dapatkan laporan… supaya Pulau Pinang akan muncul antara negeri yang prestasi penyertaan ekonomi bumiputeranya antara yang terbaik di Malaysia, Insya-Allah,” kata beliau.

Anwar berkata Pulau Pinang juga perlu memanfaatkan kedudukannya sebagai hab semikonduktor negara dengan memperluaskan penyertaan syarikat bumiputera dalam rantaian bekalan industri berteknologi tinggi itu.

 
Back
Top
Log in Register