BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Draf Pindaan Akta MARA Siap Dalam Tempoh Tiga Bulan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
d1f7f6ec333ecdfdf824ea62afeb0cbd69f6d36aee624

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri), Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang (kiri), Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kanan) dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman (kanan).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu, termasuk memperkemas fungsi MARA sebagai payung besar ekonomi Bumiputera serta pusat sehenti pembangunan, menerusi penyelarasan pelbagai agensi dan dasar berkaitan.

Beliau berkata tumpuan turut diberikan kepada aspek tadbir urus, bagi memastikan agensi Bumiputera itu bukan sahaja lantang menyuarakan kepentingan, tetapi lebih tegas dalam melaksanakan tatakelola yang baik.

“Dalam tempoh 60 tahun, ada pasang surutnya. Ada masa isu tatakelola itu dianggap paling bobrok dan lemah. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada pengerusi MARA yang memberi perhatian terhadap isu tatakelola.

“Maka saya anggap Akta MARA yang baharu perlu disiapkan sebelum akhir tahun. Saya tidak perlu tunggu lama. Tidak perlu ambil masa tujuh hingga lapan bulan…beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Lagi berita menyusul...

 
Adakah sama kena ubah sebagai mana tabung haji?
 
Back
Top
Log in Register