BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Draf Awal Pindaan Akta MARA Telah Siap - Asyraf Wajdi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
811f3f06a6873169c8e6b8615512945b696b2a0747985

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki beramah mesra dengan wartawan Bernama ketika melawat pusat media pada Majlis Perhimbunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Draf awal pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bagi memastikan agensi itu terus relevan dan ditadbir dengan tatakelola baik telah siap, kata Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata draf itu akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri  Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diperhalusi.

“Kita menyedari keperluan Akta MARA ini dipinda kerana ia sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan MARA pada hari ini.

“Justeru, kita memikirkan akta ini perlu diberikan nafas baharu serta memastikan aspek tadbir urus dan   tatakelola perlu diletakkan dalam akta berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pada 11 Nov tahun lepas, Ahmad Zahid memaklumkan Akta MARA akan dipinda bagi memastikan pengurusan aset MARA yang bernilai melebihi RM23 bilion dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

 
Back
Top
Log in Register