BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Plus: Tol dilanjutkan tapi kadarnya separuh harga

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
Plus Malaysia Berhad mengesahkan bahawa konsesi kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau telah dilanjutkan sehingga tahun 2038 tetapi menegaskan bahawa penggunanya hanya membayar separuh harga.

Syarikat itu memberitahu Malaysiakini bahawa konsesi bagi Laluan 2 Lebuhraya Persekutuan yang sepatutnya berakhir pada 2018, telah dilanjutkan selama 20 tahun pada 2011, di bawah semak semula perjanjian dengan kadar tol yang lebih rendah.

Katanya, dalam usaha untuk mengurangkan kesan kenaikan tol kepada orang awam, kadar tol di lebuh raya PLUS, termasuk Batu Tiga, telah distrukturkan semula pada tahun 1999, 2002 dan 2011.

Tambahnya, jika menggunakan perjanjian konsesi asal, yang menyatakan bahawa konsesi akan berakhir pada tahun 2018, maka kadar tol di Batu Tiga hari ini sepatutnya RM2.40 berbanding kadar semasa RM1.10, yang kekal sama sejak tahun 2005.

Plus mengulas satu laporan pada 16 April di SelangorKini, yang memetik ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail berkata kerajaan pusat tidak menghiraukannya permintaan rakyat supaya tol itu ditutup, dan sebaliknya, perjanjian konsesi diperbaharui untuk selama 20 tahun lagi.

'Tiada pelanjutan melebihi 2038'

Plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau adalah sebahagian daripada konsesi Lebuhraya Utara Selatan.

Plus berkata, semakan perjanjian konsesi pada 2011 menyatakan bahawa tidak akan ada lanjutan lagi selepas tahun 2038.

Menurutnya, konsesi itu akan berakhir pada 31 Disember 2038, seperti yang dijadualkan.


http://www.malaysiakini.com/news/295649
 
bagusnye tol ni di lanjutkan 200 tahun, so pengguna boleh bayar tol semurah rm 0.10

dengan bilangan kerete yg semakin banyak, rasnaye plus tetap untung dan kekal untung utk 200 tahun






.
 
Da mmg ni yg kebanyakn org melayu mau...layan jela...:eek::eek:

skang ni mmg korang mara la...tp PRU akan dtg korang tetap akan undi amno gak:eek::eek:
 
bagusnye tol ni di lanjutkan 200 tahun, so pengguna boleh bayar tol semurah rm 0.10

dengan bilangan kerete yg semakin banyak, rasnaye plus tetap untung dan kekal untung utk 200 tahun






.


Sebab tu namanya plus. Lepas tambah,
tambah lagi sampai bila-bila...
 
Dan tiada pelanjutan selepas 2038.. Tapi akan ada benda baru yang akan lebih membebankan lagi rakyat.. Yes to BN saya mesti piley:((
 
buatlah p'janjian konsesi smpai kiamat pun takpe sbb kami nak kumpul pahala jihad byk2! tak payah susah2 tolong saudara seislam kat negara lain, tolong byr tol dah bole dpt pahala jihad..betapa b'tuahnya rakyat islam malaysia! inilah pemimpin agung yg dinanti2'n agaknya..hahaha
 
kot mana pun pusing tetap konsesi yg kenyang
 
Back
Top
Log in Register