BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempoh Bayaran Cukai Tanah Di Pahang Dilanjutkan 30 Jun - MB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tempoh Bayaran Cukai Tanah Di Pahang Dilanjutkan 30 Jun - MB​

b33da92fcf29b8264867018e577616a3663b2ef40d400

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

-- fotoBERNAMA


Kerajaan Negeri Pahang bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah bagi 2026 hingga 30 Jun ini berbanding tarikh asal pada 31 Mei setiap tahun.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata lanjutan tempoh itu turut disertakan pengecualian denda lewat sebanyak 10 peratus daripada jumlah cukai tanah semasa yang dikenakan.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira tempoh cuti yang agak panjang sepanjang Mei bagi memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat menjelaskan bayaran cukai tanah masing-masing.

“Cukai tanah merupakan tanggungjawab penting setiap pemilik tanah dan hasil kutipan tersebut membantu kerajaan negeri melaksanakan pelbagai agenda pembangunan, penyediaan infrastruktur, kebajikan rakyat serta perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menyeru semua pembayar cukai mengambil peluang lanjutan tempoh itu untuk menyelesaikan bayaran masing-masing segera bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan pada masa hadapan.

Beliau berkata kerajaan negeri komited memastikan tadbir urus hasil negeri berada pada tahap terbaik demi menjamin kestabilan kewangan negeri serta kelangsungan agenda pembangunan untuk manfaat rakyat.

 
Back
Top
Log in Register