BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPJKKM Cadang Tempoh Pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-kanak Dilanjutkan Kepada 10 Tahun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146

PPJKKM Cadang Tempoh Pendaftaran Pusat Jagaan Kanak-kanak Dilanjutkan Kepada 10 Tahun​

8a93523fb14d6e70951203d1fc08a691693fbb19a843d


Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia (PPJKKM) mencadangkan kepada kerajaan agar tempoh sah pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak (PJKK) dilanjutkan daripada lima tahun kepada sepuluh tahun.

Pengasas dan Pengerusi PPJKKM Simon Ng berkata ini bagi membolehkan pengusaha memberi lebih tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pengurusan, selain mengurangkan prosedur pentadbiran berulang serta meningkatkan kecekapan operasi industri secara keseluruhan.

“PJKK bukan sahaja bertanggungjawab menjaga pembelajaran dan keselamatan kanak-kanak selepas waktu sekolah, malah turut menanggung kos tenaga kerja, latihan dan operasi. Jika tempoh sah pendaftaran dapat dipanjangkan, ia akan membantu pengusaha merancang pembangunan jangka panjang dengan lebih stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata PPJKKM menggalakkan semua PJKK yang masih belum berdaftar di seluruh negara supaya segera melengkapkan proses pendaftaran bagi memperkukuhkan piawaian industri serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan terjamin untuk para pelajar.

“Sistem pendaftaran bukan sahaja membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PJKK secara keseluruhan, malah dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa kerana anak-anak dapat belajar dan membesar dalam persekitaran yang lebih tersusun serta dipantau dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Simon menegaskan bahawa PPJKKM akan terus berhubung dengan pihak berkaitan untuk menyuarakan pandangan dan berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan dan pemain industri dalam memajukan industri pusat jagaan selepas sekolah yang lebih profesional dan sistematik.

— BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register