BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan UPUOnline Lepasan SPM Dilanjutkan 12 AprilÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
6bb2cf0c50ae1cbef80ec076c5c0024069ae4c393c39b

Kredit: Kementerian Pendidikan Tinggi

Tempoh permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk Fasa Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  melalui UPUOnline dilanjutkan hingga 12 April ini, berbanding tarikh tutup sebelum ini pada 23 Mac.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini memaklumkan pelanjutan tempoh tersebut dibuat berikutan pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung tarikh keputusan peperiksaan SPM 2025 yang ditetapkan pada 31 Mac ini.

"Walau bagaimanapun, tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Setaraf adalah kekal pada 23 Mac 2026," menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan calon lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan boleh membeli nombor pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 termasuk caj perkhidmatan sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Menurut KPT, pembelian nombor pin tersebut boleh dibuat melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin ATM BSN serta kemudahan perbankan Internet myBSN.

"BSN akan mengeluarkan nombor pin UPUOnline berserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan," menurut kenyataan itu.

Menurut KPT, sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM, manakala 1,146 program pengajian disediakan untuk lepasan STPM atau Setaraf di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) di seluruh negara.

"Sehubungan dengan itu, semua calon berkelayakan dipelawa mengambil peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi melalui sistem UPUOnline.

“Calon turut dinasihatkan supaya melengkapkan permohonan lebih awal dan tidak menunggu hingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan atau kesesakan trafik pada sistem," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register