BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PLKN wajar dikembalikan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
cd274ac4fa6e8cecac18355a5e42e9475f0e9d615a63f


KOTA BHARU, 15 Julai -- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) wajar dikembalikan kerana ia berjaya mengajar golongan remaja untuk sayangkan negara dan bersifat patriotik, kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Beliau berkata perpaduan dalam negara kini dilihat semakin rapuh tanpa sebarang program yang tersusun seperti PLKN yang diyakini mampu membendung kerapuhan itu daripada terus membarah.

"Cinta kepada negara semakin luput manakala penghayatan terhadap Rukun Negara mulai malap. Bendera (Jalur Gemilang) pun sudah jadi semacam kain buruk.

“PLKN mengajar supaya kita sayangkan negara. Membentuk remaja bersifat patriotik adalah objektif utama dalam PLKN di samping melahirkan remaja berjati diri yang teguh," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika berucap di Dewan Rakyat menggesa agar beberapa program yang ditamatkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) disebabkan kos yang tinggi, antaranya PLKN, dapat dikembalikan semula.

Abdul Hadi berkata jati diri amat penting dalam mempertahankan kedaulatan negara secara sukarela kerana konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) tidak dapat dicapai tanpa penglibatan seluruh masyarakat walaupun mereka tidak memegang senjata.

"PLKN melatih mereka menjiwai semangat sukarelawan dan melatih mereka bergerak secara terancang dan tersusun," katanya.

Katanya kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap 60,000 responden melibatkan bekas pelatih, ibu bapa, ketua masyarakat dan sebagainya pada 2010 mendapati kajian persepsi menunjukkan kejayaan capaian setiap objektif program PLKN melebihi 80 peratus.

"Pada 2013 kajian dibuat Universiti Malaysia Perlis membabitkan hampir 4,000 responden di lapan universiti seluruh negara bagi melihat keberkesanan bekas pelatih PLKN dan dapatan kajian itu menunjukkan daripada skor maksimum 10 bagi semua pencapaian objektif PLKN, program jati diri mencapai skor minimum 8.89 manakala patriotisme dengan skor 8.68. Ini menggambarkan PLKN tidak gagal dan tidak membazir.

"Tidak dinafikan PLKN melibatkan perbelanjaan yang tinggi namun skop latihan dan bilangan pelatih boleh disusun semula agar bersesuaian dengan kemampuan semasa kerajaan.

Menghentikan terus PLKN bagi tujuan penjimatan perbelanjaan kerajaan boleh dianggap membazir kepada perbelanjaan logistik dan prasarana (PLKN) yang telah dibelanjakan selama ini oleh kerajaan atau swasta," katanya.


== BERNAMA
 
buat je ala para military training .. tak pun buat national service mcm singapore tu.. letak terus bawah MKN / ATM

benda mcm ni boleh pupuk budaya disiplin dlm diri pelajar, walaupun agak lambat, dah lepas umur 18 tahun
 
18.07.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan akan memperkenalkan satu program baru yang bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat, bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN), yang dimansuhkan kerajaan terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Yusof berkata, struktur baru bagi program berkenaan sedang dimuktamadkan, dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

“Kita (kerajaan) sedang memuktamadkan struktur itu sendiri. Adakah kita nak wajibkan (seperti PLKN) ataupun kita ambil wakil dari setiap institusi (seperti pelajar, wakil rakyat dan sebagainya). Kita belum muktamadkan sukatan latihan itu sendiri dan siapakah yang wajib ataupun yang digalakkan hadir ke program ini.

“Harapan saya pengisian bagi program baru ini dapat dibentangkan sebelum Dewan Rakyat berakhir, supaya kita boleh jawab apa yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Zon 5 (Kelantan, Terengganu dan Pahang), yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab di Kota Bharu, hari ini.

Pada majlis berkenaan 12 pegawai APM menerima Anugerah Penkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 dan 14 orang menerima watikah pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM.

Ditanya adakah program baru berkenaan akan menyerupai program yang dilaksanakan BTN, Mohd Redzuan berkata, ia akan menggabungkan sukatan dan latihan yang diterapkan di dalam PLKN dan BTN, membabitkan modul patriotisme, Perlembagaan, kenegaraan dan penyatuan kaum.

“Kita lebih kepada membina semangat patriotisme, lebih kepada mahu mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu di negara kita ini, menerusi Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Maslan (PN-Pontian) ketika berucap di Parlimen, memohon agar kerajaan menghidupkan kembali program dan agensi kerajaan yang dimansuhkan kerajaan terdahulu, seperti PLKN, BTN dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

bba63f1229bc78a5fa797fb49ddd0172.jpeg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/534982
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register