PLKN wajar dikembalikan

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,419
Reaction score
1,882
Points
201
Biasa la
Usul memang cantik

bila nak buat, dia ajar bdk pakai senjata
Dia buat mcm2 modul supaya dia bole dpt more bisnes

last2 semua kelaut
da besar, Depa ajar jd cybertrooper plak :D

Amik contoh aje buku2 agama
Semua kan cantik on paper
Tp kalau tgk penganut, kebanyakan ke laut
 
Sponsored Post

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,679
Reaction score
75
Points
30
udah-udah le tu membazir duit negara wahai kerajaan..

orang kita ramai yg makin susah sekarang ni, bisnes tak berapa nak jalan, ada yg dah gulung tikar, kena pecat, yg kerja harian terjejas teruk pendapatan..

tangguhkan je la plan ni lepas ekonomi kita dah makin pulih nanti..
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Sokong Wujud Semula PLKN

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Cadangan kerajaan untuk mewujudkan kembali program latihan khidmat negara (PLKN) merupakan satu cadangan yang wajar disokong. Ini mengambil kira kandungan isi program yang diterapkan dalam latihan khidmat negara dapat menyemai sifat patriotik dalam kalangan anak muda sekarang.

Cadangan ini memperlihatkan betapa kerajaan mengambil berat isu belia sekarang yang seakan tidak menghayati perlembagaan negara termasuklah jika ditanya rukun negara juga tidak dapat dijawab dengan lancar.

Meskipun terdapat segelintir Ahli Parlimen yang seolah-olah menentang dan tidak setuju dengan cadangan tersebut namun adakala mereka perlu berfikir dengan mengambil kira secara keseluruhan impak program PLKN terhadap belia.

Jika nak dibandingkan antara program PLKN dengan program Malaysia future leader school (MLFS) seperti yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar ianya amat jauh sekali umpama langit dan bumi. Ini kerana saya berani mengatakan 80% produk yang lahir dari PLKN semuanya pasti akan mohon untuk kemasukan pasukan keselamatan antaranya di sektor Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Rela dan lain lagi. Ini belum diambil kira 10% dari bekas pelatih PLKN yang bersemangat untuk menjadi pemimpin negara.

Saya menafikan sepenuhnya kenyataan Ahli Parlimen Muar yang bertindak merombak program PLKN atas kerana terdapat unsur politik dalam program. Ini kerana saya juga merupakan bekas pelatih khidmat negara. Tiada satu pun dalam program yang diajar di dalam PLKN boleh mengaitkan dengan unsur politik kecuali patriotik. Tidak cukup dengan Pakatan Harapan yang menyebarkan kempen fitnah ketika PRU14. Ini juga adalah salah satu fitnah besar dengan memansuhkan program PLKN konon terdapat unsur politik tetapi sebenarnya ahli parlimen muar nak tunjukkan kepada umum bahawa beliau juga mempunyai resipi yang lebih baik untuk melahirkan anak muda yang bersifat patriotik.

Tetapi sayangnya beliau sebenarnya telah menganiaya kakitangan PLKN dan juga penganiayaan kepada golongan muda apabila memansuhkan program tersebut, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pengangguran dalam kalangan kakitangan PLKN. Beliau sama sekali tidak layak untuk diangkat sebagai ikon pemimpin golongan belia. Ini belum lagi ditambah dengan jumlah senarai muflis dalam kalangan bekas kakitangan PLKN yang hilang sumber pendapatan sekelip mata. Saya dimaklumkan bahawa apabila PLKN dimansuhkan, nasib bekas kakitangan PLKN langsung tidak dibela dan saya musykil apabila beliau membuat keputusan untuk memansuhkan program yang dibawah seliaan kementerian pertahanan. Pada waktu Ahli Parlimen Muar menjadi Menteri Belia dan Sukan, PLKN masih berada di bawah Kementerian Pertahanan dan sentiasa di bawah kementerian ini namun bagaimana beliau boleh membuat keputusan bagi pihak kementerian lain.

Tidak perlu timbul isu kos tinggi kalau program yang menelan kos tinggi tapi dapat pulangan hasil yang baik. Jika nak diambil kira dengan program khidmat negara negara Korea, mereka perlu berada dalam latihan selama 2 tahun berbanding di Malaysia hanya 3 bulan dan PLKN dapat mengisi waktu terluang pelajar lepasan SPM kerana program khidmat Negara ini dijalankan bagi mereka yang berusia 18 tahun.Jika nak ulas mengenai kebaikan PLKN, saya percaya kesemua bekas pelatih khidmat negara akan menggambarkan persepsi positif sepenuhnya.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda Ikatan Perak (DPIP) menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mewujudkan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetapi dengan syarat program ini sebaiknya dijalankan selepas negara pulih dari pandemik covid-19. DPIP juga ingin mengajak seluruh rakyat negara agar terus mematuhi SOP dan kami sentiasa mendoakan agar wabak ini segera hilang dari negara kita. Jangan sesekali patah semangat untuk menggapai kehidupan yang normal seperti sediakala.

Mohammad Amirul Saharuddin
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Perak

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/25/sokong-wujud-semula-plkn/
 
ekonomi tengah meleset sekarang ni, tak payahlah buat.. membazir je..
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,419
Reaction score
1,882
Points
201
Sekolah vernakular pun tak brani di hapuskan

Inikan lagi nak buat PLKN..haha
Pigi daaaa..sembang kari betul diorg ni
Mcm PH jugak naaa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register