combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,392
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,392
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Gambar fail)
Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes hasutan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata pihak pembelaan tidak dihalang daripada membangkitkan empat persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan semasa perbicaraan.
Beliau berkata pada peringkat ini Mahkamah Persekutuan menolak untuk menjawab empat persoalan undang-undang yang dikemukakan pihak pembelaan.
Panel membuat keputusan itu selepas peguam mewakili Muhyiddin, Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan kepada mahkamah bahawa setelah mengambil kira pandangan mahkamah dan berbincang dengan anak guamnya, pihak pembelaan berpendapat terdapat isu semasa yang boleh dibangkitkan di Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan.
Beliau berkata pihak pembelaan bersetuju untuk kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar dan diputuskan.
Hakim Abu Bakar berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan undang-undang dan keputusan tidak memihak kepada pemohon, ia tidak memberi sebarang manfaat kepada Muhyiddin kerana keputusan berkenaan mengikat Mahkamah Tinggi.
Hakim Abu Bakar berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan meneruskan untuk mendengar dan memutuskan persoalan undang-undang itu, tiada lagi ruang rayuan yang tinggal sekiranya mana-mana pihak terkilan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata sekiranya persoalan itu didengar di Mahkamah Tinggi, pemohon masih berpeluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
“Persoalannya ialah yang mana lebih baik untuk tertuduh? Pada peringkat ini, adakah Mahkamah Tinggi perlu mengikut apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan?
Kes Hasutan Muhyiddin Dikembalikan Ke Mahkamah Tinggi
Muhyiddin Yassin, Akta Hasutan, Mahkamah Persekutu