combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mohd Alwi Dilantik Sebagai Ketua Polis Perak Yang Baharu
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah), menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak daripada Datuk Noor Hisam Nordin (kiri) kepada Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin (kanan) di Mes Pegawai Kanan Polis Perak hari ini.
Datuk Noor Hisam kini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman manakala Datuk Mohd Alwi dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Mohd Alwi menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Pada majlis berkenaan, Datin Noormawati Abdul Latip turut menyerahkan tugas kepada Datin Wan Norazah Wan Chik sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) yang baharu.
Mohd Alwi, 58, yang berasal dari Pusing, Perak telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pernah bertugas di Kontinjen Sabah serta memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan Perjawatan Bukit Aman.