BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pinjaman islamic?

Riba jatuh atas kamu bila kamu tak redha...

Contoh : makan kt kedai, bile nk bayar mahal dari kedai lain, dlm hati tak redha...jatuh riba atas pembayar, bukan atas penjual...

Amacam?

Jgn ingat riba tu hanya pd pinjaman dan interest...
 
Yg mane dh siap sign agreement, pastu tk redha jatuh riba atas peminjam...

Tak de sape letak pisau suh sign agreement...

Sebab tu kalau tak mampu jgn duduk wilayah hakikat dn taqwa...

Duduk je dlm syariat...ikut je ulama mcm lembu cucuk hidung...

Bile rase nk persoal tak redha itu ini, mendapat la setepek...
 
Complaint no 1...

Sekali Allah tarik nikmat rumah baru berakai...

Ce try tasdiq dlm hati, luahkn di mulut tak redha amik pinjaman islamik...amacam?

Bleh la cube sape yg kuat kompang dlm thread ni
 
Sefaham saya ialah Islamic Financial ni ialah lebih kurang:

Bab Akad Jual-Beli mesti jelas semasa perjanjian dibuat.



Rumah:

Harga rumah ialah RM100,00.00
Deposit ialah RM10,000.00
Baki ialah RM90,000.00

Pembiayaan Bank ialah RM90,000.00

Sementara deposit tidak memberi makna belian sempurna kerana ianya boleh forfeit apabila S&P tidak berlaku dalam tempoh yang dipersetujuian dengan developer. Jadi, maksud deposit ialah umpama wang cagaran untuk mengikat janji dengan pemaju pada tempoh tertentu dan nilai deposit akan diambil-kira dalam kos harga rumah apabila pembelian penuh berlaku oleh pihak bank kelak.

Baik, kita dapat pembiayaan dari Bank Y katakan. Bank jual kepada kita seperti berikut:

Harga belian oleh Bank: RM168,000.00
Tempoh bayaran secara tangguh (hutang): 15 tahun
Ansuran bulanan: RM934.00

Harga bank beli daripada pemaju ialah RM90,000.00 (tunai)

Semua itu disebut dalam perjanjian.




Beli Kereta:

Kereta agak rumit sebab nilai kereta berkadar songsang dengan masa tidak seperti sebuah rumah.

Semakin lama tempoh bayaran ansuran semakin susut nilai pasaran kenderaan tersebut.

Tetapi kaedah jual-belinya masih sama dengan beli Rumah.

Maknanya bank beli sebuah kereta Exora (contoh) dengan harga RM60,000.00 (tunai) dari pengedar dan menjualnya kepada anda dengan harga RM80,000.00. Tempoh 9 tahun dengan ansuran RM740.00 sebulan.

Jika amalan warga Malaysia beli tunai, harga pasaran semasa Exora masih kekal RM67,000 (OTR).

Tetapi jika amalan warga Malaysia beli secara tangguh (hutang) harga pasaran ialah RM80,000.00 + RM7,000.00 (deposit), maka harga pasaran ialah RM87,000.00.

Dalam Islam belian tangguh dibenarkan. Tetapi jika belian itu tidak menggambarkan harga pasaran sebenar di sini ada pandangan berlaku zalim.

Contoh jika di Negeri A mereka suka bayaran ansuran selama 7 tahun untuk Exora, nilai pasaran kenderaan itu ialah RM82,000.00

Maka, di negeri B ialah 9 tahun nilai pasaran ialah RM87,000.00

Bezanya ialah RM5,000.... kezaliman berlaku di negeri B kerana harga pasarannya mahal berbanding negeri A.

Tetapi dijawab oleh pakar syariah, itu adalah harga yang dipersetuji semasa akad jual-beli.


Pembiayaan Peribadi

Ini lebih rumit sebab

Dulu jual komputer

Laa ni jual saham pula.


Yang pasti panel penasihat menanggung dosa kalau amalan ini adalah riba atau zalim.

Kalau yang dah mahir selok-belok pembiayaan Islam ini dan ada rasa was-was maka jadi berdosa juga kalau teruskan.

Asslamualaikum,

Lebih kurang macam ni jugak cerita bank Islamic ni.

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kalian kera yang hina"." [Surah al-Baqarah : ayat 65]


Allah S.w.t berfirman bahawa sesungguhnya kalian (hai orang-orang Yahudi) telah mengetahui azab yang menimpa penduduk
kampung itu yang durhaka terhadap perintah Allah dan melanggar perjanjian dan ikrar-Nya yang telah Dia ambil dari kalian.

Iaitu kalian mesti mengagungkan Hari Sabtu dan mentaati perintah-Nya. Dikatakan demikian kerana perkara tersebut disyariatkan kepada mereka.
Akan tetapi pada akhirnya mereka membuat "hilah" (helah) agar mereka tetap dapat berburu ikan pada hari Sabtu,
iaitu dengan cara meletakkan jaring-jaring dan perangkap-perangkap ikan sebelum hari Sabtu.

Apabila hari Sabtu tiba dan ikan-ikan banyak diperolehi sebagaimana biasanya,
ikan-ikan tersebut terjerat pada jaring-jaring dan perangkap-perangkap tersebut,
tiada satu ikan pun yang selamat pada hari Sabtu itu. Apabila malam hari tiba, mereka mengambil ikan-ikan tersebut selepas hari Sabtu berlalu.
Ketika mereka melakukan perkara tersebut, maka Allah mengutuk rupa mereka menjadi kera.
 
Ko jumpa developer kata nak beli rumah 100,000

Pastu ko gi bank islam kata nak beli rumah.

bank belikan rumah tu daripada developer 100,000

bank buat business dengan ko, dia jual rumah tu kat ko 150,000 dengan bagi ko kemudahan boleh bayar bulan bulan selama 30 tahun

ko setuju beli 150,000 dengan bayaran bulanan 30 tahun

inilah dia Islamic Bank

amacam?

Salam

Masa bukak thread ni ada tak tt study tentang Islamic Banking?

Ada x pemahaman mendalam tentang konsep2 seperti al-Bai Bithamin Ajil, musyarakah mutanaqisah, tawarruq etc?

Pernah x selidik apa fungsi Bursa Suq al-Sila?

Mcmana pulak pemahaman tt tentang sistem muamalat islam?
(Kalau ikut penerangan tt bunyi mcm penjual xboleh amik satu sen pun sebagai keuntungan@upah menjual)

Saya tinggalkan persoalan ni kpd tt supaya tt boleh study dulu:):):):)

:)cgrock:)cgrock den sokong bro bedua. ramai petikai islamic punya law tp salah sndiri kurang faham. pegi kedai beli sos cakap saya nk beli dgn harga toke kedai amik kat kilang. boleh ke mcm tu?

dia ingat rumahh 100k tu bila bank nak kasi dia duit bank x beli dulu rumah tu? harga jual 150k yg bank jual tu hak bank sbb bank dh beli dulu rumah tu. ibarat pembeli jadi pemilik ke 2 selepas pemilik petama iaitu pihak bank.

yg jadi masalahnya peratus keuntungan tu yg tinggi yg buat ramai org x puas hati dgn pihak bank ni.
 
:)cgrock:)cgrock den sokong bro bedua. ramai petikai islamic punya law tp salah sndiri kurang faham. pegi kedai beli sos cakap saya nk beli dgn harga toke kedai amik kat kilang. boleh ke mcm tu?

dia ingat rumahh 100k tu bila bank nak kasi dia duit bank x beli dulu rumah tu? harga jual 150k yg bank jual tu hak bank sbb bank dh beli dulu rumah tu. ibarat pembeli jadi pemilik ke 2 selepas pemilik petama iaitu pihak bank.

yg jadi masalahnya peratus keuntungan tu yg tinggi yg buat ramai org x puas hati dgn pihak bank ni.


kalau kita nak beli Beras dah takde duit sangat dah.
Harga beras RM25.00 sekampit.

Bole ke kita pergi pinjam duit rm25.00 utk beli beras,
tapi si pemimjam kata ok, aku beli beras dulu , nanti aku
jual balik kat kau rm50.00 , kau bayar balik le secara ansuran RM50 tu.

Kau rasa dengan rela ke dia beli beras dgn harga RM50 tu dekat kau.

Sistem macam ni membantu ke umat Islam ke?
 
Bro...tanya sket. Kalo rumah tergendala, ikut islamik bank....adakah pembeli kena bayar ansurannya...tanggung hutangnya...? Psl umah takde lg utk diberi kpd pembeli...?

tu la..nk tau jugak jwpn utk persoalan ni..mn tau ade yg arif..
lg 1 yg musykil..kalo rumah xde lg..cmne bank bole beli n jual semula?ape yg bank tu jual sbnrnye??jual geran je ke?
 
kalau kita nak beli Beras dah takde duit sangat dah.
Harga beras RM25.00 sekampit.

Bole ke kita pergi pinjam duit rm25.00 utk beli beras,
tapi si pemimjam kata ok, aku beli beras dulu , nanti aku
jual balik kat kau rm50.00 , kau bayar balik le secara ansuran RM50 tu.

Kau rasa dengan rela ke dia beli beras dgn harga RM50 tu dekat kau.

Sistem macam ni membantu ke umat Islam ke?

Part ni la aku rasa Bank Islam pusing

tak sama ke macam kisah Yahudi tangkap ikan hari Sabtu?
 
kalau kita nak beli Beras dah takde duit sangat dah.
Harga beras RM25.00 sekampit.

Bole ke kita pergi pinjam duit rm25.00 utk beli beras,
tapi si pemimjam kata ok, aku beli beras dulu , nanti aku
jual balik kat kau rm50.00 , kau bayar balik le secara ansuran RM50 tu.

Kau rasa dengan rela ke dia beli beras dgn harga RM50 tu dekat kau.

Sistem macam ni membantu ke umat Islam ke?

bantu atau tidak bergantung pada individu, dlm akad jual beli x ada termaksuk apa yg bro nk kan tu iaitu kene bantu org lain. pembeli penjual harga belian ijab qabul.

nk belajar sistem jual beli elok jumpa dgn utz yg betul2 faham. nk bahan bacaan boleh masuk web utz zaharuddin jgn sedap ikut faham sndiri sistem ni berat sebelaha la x adil la dll.
 
Memang terdapat perbezaan perbankan islam dan perbankan kovensional...

Walaupun secara kasar nampak sama, tetapi ia tetap berbeza, sama ada dari segi akad, pelaksanaan, proses pembiyaan dan lain2...

Sbb tu perbankan islam menggunakan terma pembiayaan dan bukan terma pinjaman seperti perbankan konvensional...

Malah setiap perbankan islam mempunyai panel syariah yg tersendiri yg memantau...

Jadi sebagai org awam dan bukan ahlinya, untuk memudahkan urusan, kita ikut sahaja pengiktirafan oleh panel syariah tersebut...

Lagi pun, perkara ini adalah khilaf di kalangan ulama' dan ulama' juga mempunyai perbezaan pandangan mengenainya...

Apabila ia terdapat khilaf, maka anda boleh memilih untuk berpengang pada mana2 pendapat selagi mana ianya tidak terpesong dari islam...

Sekiranya masih terus dibahaskan dan anda berpegang pada pandangan riba tersebut...

Maka ianya hanya haram untuk anda dan org yg berpegang pada pandangan mengenainya...

Seperti mana hukum penggunaan wang kertas / wang fiat yg tiada nilai sandaran atau nilai intrensik...

Sekiranya anda berpandangan pada wang kertas adalah haram, oleh kerana ianya tidak bernilai seperti emas dan perak...

Maka adalah haram untuk anda menggunakan wang kertas dalam kehidupan seharian dan anda perlu menggunakan emas dan perak untuk menjalankan setiap urusan berkaitan...

Apa2 pun sila dapatkan pandangan org2 yg arif dan pakar mengenainya...

isu islamic banking ni dh betahun dah bro. kaum2 ni saja payah nk hadap. bagi diorg apa yg diorg fikir tu la yg perlu dilaksanakan. puas dh suruh baca itu ini tp balik2 soalan berulang saja.

penat nk kasi hadap diorg ni
 
Back
Top
Log in Register