BTC USD 56,457.6 Gold USD 1,764.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Islamic Nation ( Daulah Islamiyah yang akan menggantikan United Nation )

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Collaboration Not Competition.*

Dalam era *all digital,* permainan dan aturan permainan berubah secara total.

*Competition @ pertandingan @ persaingan* dalam era baru ini mempunyai makna yang berbeza dari yang pernah kita kenali sebelum ini.

Persaingan dalam era ini bukan untuk semua. Ia hanya bagi pihak yang besar-besar sahaja. Pihak yang besar bersaing dengan pihak yang lebih besar.

Ia bukan persaingan antara unit dengan unit tetapi persaingan antara rangkaian dengan rangkaian yang lain. Inilah zaman teknologi *block chain.*

Unit-unit yang membentuk rantaian @ jaringan @ rangkaian. Ia membentuk sebuah platform. Platform yang sangat besar untuk menguasai semuanya.

Teknologi atau mekanisme baru ini pula akan membentuk satu doktrin baru iaitu *winner's takes all.*

Ini era untuk *berkolaborasi @ collaboration* bukan lagi era untuk *berkompetisi @ competition.*

Mereka yang tidak mahu berkolaborasi akan tewas dan ketinggalan.

Contoh-contoh yang kolaborasi yang membentuk sebuah platform adalah seperti *Amazon, Face Book, Ali Baba* dan lain-lain lagi.

Platform-platform seperti ini yang akan menguasai permainan dan pasaran. Sama ada di bidang politik mahu pun di bidang ekonomi.

Dalam tempoh 15 - 20 tahun ini kita sudah menyaksikan bagaimana platform-platform ini menguasai permainan dan pasaran.

Dalam konteks bernegara pula, saya selalu menyarankan agar melihat kepada China. Melihat bagaimana China membentuk model politik dan ekonomi mereka.

Di China, tidak ada kepentingan lain yang lebih besar dari kepentingan negara. Semua pihak bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat negara.

Korporat-korporat besarnya bertaburan di seluruh dunia membawa agenda negara. Mereka bergerak secara terpimpin dengan matlamat yang sama. *To Make China The Greatest In The World.*

Dengan kesedaran ini, dalam tempoh 40 tahun, China sudah berupaya menyaingi Amerika untuk menjadi pemimpin dunia pasca Covid 19.

Dengan sistem unik yang di amalkan dan dengan populasi melebihi 1.4 billion, negara mana lagi yang mampu untuk bersaing dengan China di Abad ke 21 pasca Covid 19 ini ?

*Agenda Reset Malaysia* dengan wawasan untuk membangunkan *Special Economic Zone* di Sabah adalah satu inisiatif untuk membangunkan sebuah platform yang dapat menyatu-padukan seluruh umat Islam di dunia.

Dalam era baru ini, umat Islam tidak boleh lagi bersaing sesama sendiri. Mereka wajib bersatu-padu untuk kekal relevan dan menjadi *the next super power.*

*Tanpa penyatuan dan kesatuan yang terpimpin, umat Islam akan terus kekal seperti buih-buih di lautan.*

Sudah sampai masanya bagi umat Islam di seluruh dunia untuk membentuk satu hala tuju dan matlamat baru dalam kerangka berfikir *how to make Islam great again ?*

Dengan populasi umat Islam yang hampir mencecah 2 billion, dengan sistem, hala tuju dan matlamat baru, hanya umat Islam yang berpotensi untuk bersaing dengan China di pentas global.

Marilah kita tinggalkan hiruk-pikuk politik semasa yang melelahkan dan merugikan kita semua.

*Agenda Reset Malaysia* adalah agenda bangsa Melayu @ Nusantara dan agenda umat Islam di seluruh dunia. Tidak ada masa yang lebih baik dari sekarang untuk kita bersatu dan membentuk satu kesatuan baru bagi membina satu masa depan baru yang lebih gemilang.

Jangan sia-siakan peluang yang sudah ada di depan mata. Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Kita mempunyai pelbagai aset dan sumber yang di perlukan *to Make Islam Great Again.* Kenapa nak sia-siakan semua itu dengan perkara yang melelahkan dan merugikan kita semua ?

*Just say good bye to yesterday and let's move on for a better tomorrow.*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
8 Februari 2021

www.worldislamicnation.com
 
Sponsored Post

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Undi 18. Jangan Nafikan Hak Mereka !*

Saya agak terperanjat membaca kenyataan Tan Sri Rais Yatim, Yang Di Pertua Dewan Negara kepada Bernama semalam.

Beliau menyatakan bahawa adalah tidak pratikal untuk mengimplentasikan *Undi 18* pada masa ini. Ini kerana ia akan melibatkan masa dan sumber yang banyak.

Apa motif Tan Sri Rais Yatim dengan kenyataan tersebut ?

Kalau benar tidak praktikal kenapa rang undang-undang yang menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun di luluskan oleh Dewan Negara pada Julai 2019 ?

Bila sudah di luluskan, kenapa mahu di nafikan pula hak mereka ?

Mereka sudah layak mengundi. Jadi biarlah mereka melaksanakan tanggung-jawab mereka kepada negara.

Biarlah mereka memilih pemimpin yang mereka rasa mampu untuk memimpin mereka di zaman *all digital* pasca Covid 19.

Siapa kita untuk menafikan hak mereka sebagai warga negara Malaysia ?

Atau, apakah ini bermakna bahawa *parti Bersatu* takut untuk berdepan dengan pengundi muda pada PRU 15 ?

Logiknya, bukankah kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu juga telah menunjukkan kelemahan yang ketara oleh kerajaan pimpinan TSMY ?

*Come on Tan Sri !* Kita sudah berada di zaman *all digital* sekarang. Kalau setakat urusan pendaftaran dan mengundi, semuanya boleh di buat di hujung jari. Apa yang susah sangat tu ?

Untuk makluman Tan Sri. Ini zaman generasi muda. Zaman *the new mind.* Kita kenalah beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju negara ini.

*Old guard* seperti Tan Sri dan yang seangkatan dengan Tan Sri perlulah memberi laluan kepada generasi yang lebih muda.

Pemikiran generasi muda agak mudah. Mereka hanya mahu negara ini di pimpin oleh golongan yang mampu menyerap aspirasi dan ambisi mereka.

Majoriti dari mereka punya keinginan untuk bersaing dengan pemain-pemain global. Dan perkembangan teknologi digital di zaman ini memungkinkan hasrat tersebut di capai.

Kita tidak boleh membiarkan *the old mind* menyekat kreativiti dan innovasi mereka. Apatah lagi ambisi mereka.

Berikan mereka ruang dan peluang.

Generasi mereka sudah terdedah dengan perkembangan teknologi digital seawal mereka di bangku sekolah rendah lagi.

Ini bukan generasi muda di tahun 60an, 70an atau 80an. Ini generasi muda Abad ke 21. Ini generasi yang menjadikan orang-orang seperti *Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, Jack Ma, Elon Musk dll sebagai ikon.*

Ini generasi yang tidak pernah beratur dalam bank untuk melakukan sebarang transaksi kewangan.

Hari-hari mereka di temani oleh *smart phone.* Kita cuma perlu pastikan agar mereka lebih *smart* dari *smart phone* mereka. Itu saja.

Secara peribadi, saya menganggap kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu tidak *valid* dan merupakan satu lagi cubaan dari kerajaan PN untuk mengingkari Perlembagaan Negara.

Ini pentingnya sebuah lembaga seperti *politburo @ central committee* yang di cadangkan oleh *Agenda Reset Malaysia* di adakan dengan kadar segera.

Biarlah sebarang dasar, perancangan dan hala tuju negara di tentukan oleh lembaga seperti itu. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil kesempatan atau memanipulasi keadaan.

Cukup-cukuplah ! Negara yang sepatutnya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, di lihat makin hari makin undur belakang.

Apa nak jadi ??

*Let's move forward. Its a brand new world.*

Beri peluang kepada *Agenda Reset Malaysia.* Beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju baru negara ini.

Kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat untuk membawa negara *to the next level.*

Kita tidak berminat untuk bersaing dengan negara-negara dunia ketiga. Kita mahu bersaing dengan Amerika dan China. Kita tahu kita mampu melakukannya.

Saya ulangi lagi sekali. *Its a brand new world. A world that is fit for everybody.*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di pujuk, di rayu, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
12 March 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Mekah Dan Madinah Hak Siapa ?*

Tular surat terbuka tanpa nama penulis yang di tujukan khusus kepada saya kerana nota saya yang bertajuk *Skandal Kouta Haji ?*

Surat terbuka itu bertajuk ;

*Pemberian Kouta Haji Hak Mutlak Raja Arab Saudi Bukannya Menteri Haji Dan Umrah.*

Surat terbuka itu mengandungi beberapa dakwaan terhadap diri saya.

*1. Saya di dakwa kurang cerdik kerana menulis dengan membabi buta dan tulisan saya di anggap boleh menimbulkan fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang telah kembali menjalin hubungan akrab dalam setahun ini.*

*Jawapan saya ;* Saya akui saya *kurang cerdik* sebab itu saya lebih banyak bertanya soalan. Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya lebih banyak bertanya soalan berbanding dengan menjawab soalan.

Namun saya menyangkal dakwaan penulis tersebut bahawa saya menulis secara *membabi buta* tanpa memikirkan implikasi tulisan saya terhadap hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Kalau saya jenis yang semberono, kaki fitnah dan tidak bertanggung-jawab, sudah pasti saya tidak akan menulis nama penuh saya dan gelaran saya pada setiap nota-nota saya.

Saya tidak tahu bahawa *pemberian kouta haji adalah hak mutlak Raja Arab Saudi.* Bolehkah saya bertanya, siapa yang memberikan hak tersebut kepada Raja Arab Saudi ? Dan sejak bila pulak tu ?

*Kalau betul dapat kouta tambahan sebanyak 10 ribu tu, tunjukkanlah surat dari Raja Salman itu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kami semua boleh bersyukur dan berbangga dengan pencapaian PM Malaysia ?*

Takkan tak boleh kot ??

Baik, soalan seterusnya...

Bukankah *Mekah* dan *Madinah* termasuk juga *Baitul Maqdis* adalah milik umat Islam ?

Kenapa bukan umat Islam yang menguruskan dan mentadbir 3 Kota Suci tersebut ?

Nampak gaya kerajaan Malaysia kena buat seminar antarabangsa untuk membincangkan perkara yang besar seperti ini.

*2. Memberi tanggapan seolah-olah pemecatan Dr Mohammed Saleh adalah kerana memberi 10,000 kouta haji kepada Malaysia menerusi lawatan TSMY baru-baru ini.*

*Jawapan saya ;* Isu pemecatan ini berlaku kebetulan sempena dengan lawatan PM Malaysia ke Arab Saudi. Sudah pasti ia akan menimbulkan spekulasi dan pelbagai tafsiran khususnya dari umat Islam di Malaysia. Dan ini bagi seseorang yang *kurang cerdik* seperti saya, sudah pasti saya anggap ianya adalah sesuatu yang biasa dan wajar.

*3. Cuba menimbulkan syak wasangka kononnya wujud skandal rasuah dalam pemberian kouta haji tersebut.*

*Jawapan saya ;* Saya sekadar bertanya apakah ada skandal rasuah yang berlaku di sebalik penambahan kouta tersebut ?

Takkan tanya pun tak boleh ? Sekolah mana pulak yang mengajar bertanya pun tak boleh ni ?

Saya kira pertanyaan itu ada dasarnya. Bukankah kerajaan PN ini telah di anggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai kerajaan yang paling korup sekali ?

Bukankah wujudnya *kluster katak lompat* di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia kerana sogokan dan rasuah ?

Atau mungkin anggapan majoriti rakyat Malaysia itu salah kerana mungkin motif sebenar wujudnya *kluster katak lompat* ini adalah kerana mereka ingin menyelamatkan negara dari di hancurkan oleh kerajaan PH ?

Kalau benar begitu, mengapa PM kerajaan PH dan Menteri-Menterinya tidak di tangkap, siasat dan di dakwa di mahkamah ?

Pelik tu...

Apa kata cadangkan kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* agar saya di lantik jadi *Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Di Raja* untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia agar persepsi rakyat dapat di perbetulkan.

Maka bolehlah saya gunakan kaedah *Hipnosis* untuk menjalankan siasatan ke atas mereka.

Maklumlah nak siasat orang-orang cerdik ni bukan boleh pakai kaedah yang biasa. Perlu pada kaedah yang luar biasa. Ini pandangan sayalah, pandangan orang yang kurang cerdik.

*4. Saya di nasihatkan agar meminta maaf secara terbuka kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri dan rakyat Malaysia yang mungkin telah tersalah anggap selepas membaca tulisan itu.*

*Jawapan saya ;* Saya tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Saya bersedia untuk meminta maaf secara terbuka mahu pun secara tertutup sekiranya benar tulisan saya itu menjejaskan hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang sudah kembali akrab sejak setahun ini.

Kenapa ? Sebelum ini tidak akrab ke ? Sejak bila pulak tu ? Saya tak tahu pun....

Setahu saya PM ke enam, *Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah* cukup akrab dengan Raja Salman dan keluarga Di Raja Arab Saudi.

Kalau tak percaya, beri peluang kepada *Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah* untuk menunaikan umrah. Kita sama-sama saksikan nanti sama ada mereka akan di terima untuk mengadap Raja Salman atau pun cuma sekadar dapat bercakap melalui alam maya sahaja masa di Arab Saudi nanti.

Kalau kita tak *test @ uji,* kita tak akan tahu. Betul tak ?

Jangan risau. Saya cukup yakin bahawa mereka tidak akan melarikan diri. Kalau mereka lari juga, biarlah saya yang jadi ganti mereka untuk masuk ke dalam penjara. Maklumlah saya ni kurang cerdik. Dah tentu idea pun kurang cerdik juga.

Kalau boleh, saya pun nak ikut umrah sekali dengan mereka supaya senang saya nak minta maaf dengan Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi nanti.

Jadi, berani ke PM dan kerajaan Malaysia menyahut cabaran saya ini ?

Jadi pemimpin ni kena berani, tegas dan ada hala tuju. Kalau setakat sembang kari, tak payah la ( sekadar mengutip kata-kata sahabat saya, Dato Z @ Captain America ).

Kepada penulis yang tak bernama tu, sampaikanlah nota saya ini kepada *boss* awak. Mudah-mudahan dia terpujuk, terayu, tergoda, terinspirasi dan termotivasi untuk menunaikan permintaan-permintaan saya ini.

Dari *orang yang kurang cerdik, membabi buta dan tidak bertanggung-jawab.*

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.
16 March 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Agenda Reset Malaysia: Pemangkin Kegemilangan Malaysia.*

Saya berteori dan bermimpi-mimpi untuk sebuah idealismse Islam bagi negara Malaysia bermula sejak awal 1990-an sehinggalah 2000-an.

Kemuncak impian ini ialah menjuarai Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2012 dengan novel berjudul Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur.

Dan kemudiannya diikuti pula oleh buku Revolusi Senyap, sebuah buku yang menterjemahkan teori kepada proses realiti supaya Sistem Demokrasi Berparlimen di negara ini ditamatkan dan digantikan pula dengan negara Malaysia yang ditadbir di bawah Pemerintahan RRM.

Kedua dua buah buku itu telah dihadiahkan kepada banyak pihak termasuklah RRM sendiri.

Saya percaya kedua-dua buah karya itu dan karya-karya saya yang lain, baik karya kreatif khasnya cerpen dan buku-buku semi ilmiah, ada peranannya masing-masing dalam mood dakwah amar makruf nahi mungkar yang saya namakan *Revolusi Senyap*.

Mood Revolusi Senyap memang berjalan secara senyap-senyap, sendirian, tanpa teman, tanpa sebarang sokongan dan bantuan atau publisiti. Cuma program HIKMAH anjuran Tuan Merah Silu sahaja saya berkesempatan sebanyak tiga kali dijemput sebagai penceramah di Pagoh, Chenor dan Janda Baik.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Radhi Shafie yang sudi menjemput saya.

Allah Taala tiba-tiba takdirkan berlaku pertemuan saya dengan Dato Dr. Ramalan. Saya dimasukkan senyap-senyap ke dalam grup Demi Melayu oleh Tun Suzana pada tahun 2019 apabila Tun Suzana mengenali saya melalui program HIKMAH di Pagoh. Saya dah lupa tahun bila.

Dari grup DMlah segalanya bermula apabila *mimpi-mimpi saya dan angan-angan Dato Dr. Ramalan* bertaup melalui nota-nota yang kami siarkan, sehingga membawa kepada perjuangan bertemakan *Agenda Reset Malaysia yang dipopularkan oleh Dato Dr. Ramalan.* Kronologinya adalah seperti berikut:

1. Ogos 2019 saya dimasukkan ke dalam *grup DM* dan kemudiannya dijemput menghadiri mesyuarat di KL. Di sana saya telah *memberikan cadangan* supaya dibentuk perwakilan mempersembahkan model Pemerintahan RRM kepada YDPA. Oleh kerana grup ini berminat dengan agenda mereka, maka kertas kerja saya tidak dibentangkan.

Oleh kerana saya tidak menyertai mesyuarat yang berikutnya, lantas saya dikeluarkan oleh admin.

Namun Dato Dr. Ramalan *menghubungi saya* meminta saya e-melkan kertas kerja itu. Dia berkenan untuk menelitinya.

2. Setelah setahun berlalu, pada pertengahan tahun 2020 saya tiba-tiba *ditarik semula* ke dalam grup DM. Saya diminta turut sama memeriahkan grup DM ini.

3. Terbukti melalui nota-nota saya dan nota Dato Dr. Ramalan yang kami siarkan di dalam grup DM, Dato Dr. Ramalan rupa-rupanya *berkongsi idea dan agenda yang sama* dengan saya iaitu kami menulis demi Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Saya dengan *model Sistem Pemerintahan RRM* yang akan menghidupkan kembali nostalgia istilah -istilah klasik pembesar-pembesar Melayu dalam pentadbiran. Model pemerintahan itu mencadangkan *Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya* dengan kembali semula ke pangkal jalan setelah tersasar terlalu jauh daripada jalan kehidupan yang dibentangkan oleh Rasulullah SAW.

Bangsa Melayu mesti *pulangkan kembali negara ini kepada pemilik asalnya* iaitu RRM untuk melaksanakan pemerintahan Islam berasaskan format yang saya sediakan demi menamatkan perbalahan dan perpecahan oleh sistem demokrasi berparlimen.

Format pemerintahan oleh RRM yang diperkenalkan akan *menamatkan era yang serba buruk* kerana akan melonjakkan orang-orang yang berkeperibadian mulia memegang tampuk kepimpinan di segenap bidang kepimpinan.

Menakala Dato Dr. Ramalan pula dengan *plan strategik yang hebat-hebat bagi membangun dan mengangkat martabat bangsa dan negara* bukan sahaja ke seluruh Alam Melayu tetapi kepada persada dunia antarabangsa.

Visi dan misi yang *tersangat hebat dan cemerlang* ini tidak akan sekali-kali dapat be direalisasikan selagi negara ini ditadbir oleh kerajaan demokrasi seperti sekarang.

Maka bertauplah dua gagasan idea yang cukup hebat untuk Islam dan bangsa Melayu!

Aduhai...Allah *mempertemukan kami* dan rupa-rupanya kami berkongsi persefahaman dan mendukung agenda yang hampir- hampir sama dalam semua perkara.

*MasyaAllah. Tabarokallah. Lailahaillah.*

4. Bulan Ogos/September 2020 saya *menyusun strategi* bersama Dato Dr. Ramalan bagaimana nak membawa model pemerintahan RRM saya itu mengadap YDPA.

5. DS Mufti Pahang bersetuju untuk berbincang dengan Dato Dr. Ramalan di Kuantan mengenai *angan-angan dan mimpi* kami itu tapi terhalang oleh PKP.

6. Dato Dr. Ramalan lalu mencadangkan supaya saya *berbincang dengan Tengku Amir, Yang diPertua MUIP* sebagai laluan untuk mengadap YDPA. Maka dicubalah melalui beberapa individu. Antaranya teman baik Tengku Amir, Pegawai Khasnya dan DS Mufti serta Timbalannya. Tapi semuanya gagal. Pertemuan tidak dapat berlaku.

4. Tanpa diduga tiba-tiba pada bulan Januari 2021 terbuka ruang untuk Dato Dr. Ramalan *menghantar nota angan-angannya* yang dijamin sampai kepada YDPA, MRRM dan VVIP.

Selepas nota tersebut sampai kepada sasarannya, melalui tiupan angin yang bertiup lembut, baharulah nampak kepada saya *bakal berbunganya sebuah impian dan harapan* untuk mudah-mudahan bakal bermulanya sebuah era baru yang Dato Dr. Ramalan popularkan dengan istilah *Agenda Reset Malaysia*.

MRRM dijangka bersidang pada awal Februari 2021 untuk mengumumkan keputusan pendirian MRRM atas cadangan nota Dato Dr. Ramalan itu.

Tiba-tiba persidangan ditangguh pula kepada 24 Februari. Kemudian sehari dua menjelang tarikh itu, persidangan ditangguh pula kepada 30 Jun 2021.

Ada perkara- perkara *kerahsiaan* pada peringkat MRRM sehingga agenda yang dinamakan Agenda Reset Malaysia itu ditangguh.

Oleh kerana Agenda Reset Malaysia adalah agenda bangsa Melayu yang begitu besar yang akan *merombak seluruh sistem yang sedia ada yang akan diserasikan sepenuhnya dengan Sunnah Allah dan Sunnah Rasul-Nya* maka MRRM tertekan untuk tidak menerimanya.

MRRM sebenarnya *tidak ada pilihan untuk tidak menerimanya* kerana sebagai penaung agama, bangsa dan negara, Agenda Reset Malaysia sesungguhnya adalah agenda agung akhir zaman bagi bangsa Melayu yang akan menjadi formula perpaduan Melayu, perpaduan Islam dan perpaduan Malaysia.

Agenda Reset Malaysia amat diyakini, insyaAllah akan *menyelesaikan semua kemelut dan permasalahan* di negara ini kerana slogan agung *Islam adalah penyelesai segala masalah*

Semoga dalam tempoh terdekat, insyaAllah kita akan mendapat solusinya.

Senario politik semasa akan menentukan apakah akan berlaku pergolakan politik yang menyulitkan sehingga Proklamasi Darurat Covid-19 ini mungkin boleh bertukar menjadi darurat politik sehingga YDPA perlu mengistiharkan pemerintahan MAGERAN.

*Hanya MAGERAN* saja yang boleh memungkinkan Agenda Reset Malaysia ini menjadi kenyataan.

Kami menyerahkan kepada bangsa Melayu sama ada untuk membiarkan Malaysia kekal seperti sekarang ini atau *beranjak melonjak ke hadapan* menyesuaikan dengan dunia era baru menjelang fasa terakhir akhir zaman, sepertimana yang dijanjikan bahawa Islam akan bangkit dari Timur dan bangsa Melayulah yang akan mengibarkan panji-panjinya.

Marilah kita sama-sama doakanlah apa-apa yang terbaik buat bangsa Melayu, umat Nabi Muhammad SAW dan negara Malaysia tercinta kita ini.

Semoga Allah memudahkan seluruh urusan. Aaminn!

Kamaludin Endol @ Demi Melayu
19 Mac 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Berpuasalah Untuk Mencapai Keredhaan Allah.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Matlamat utama *Agenda Reset Malaysia* adalah untuk kembali hidup dengan agama yang di redhai oleh Allah SWT.

Agama itu adalah cara hidup. Cara hidup yang mempunyai dua sisi. Iaitu *sisi eksotoris @ luaran dan dan sisi esotoris @ dalaman.*

Hanya dengan kesedaran spiritual sahaja kita akan dapat memahami dan menghayati *sisi esotoris* sesuatu amalan atau ritual yang kita lakukan.

Semakin tinggi kesedaran spiritual kita maka semakin dalam makna yang akan dapat kita capai pada setiap amalan atau ritual yang kita lakukan.

Ini kerana *5 Rukun Islam* itu mempunyai makna tersirat yang cukup mendalam dan hanya mampu di capai dengan kesedaran spiritual sahaja.

Dan salah satu amalan @ ritual dalam hidup yang paling penting adalah *saum @ puasa @ menahan diri.*

Menahan diri dari hidup untuk menuruti *hawa nafsu kebinatangan* yang sememang di bekalkan di dalam diri kita sejak azali.

*Hawa nafsu kebinatangan* di bekalkan agar kita punya hasrat dan keinginan kepada makan minum, seks, berkeluarga dan bermasyarakat.

Namun nafsu tersebut perlu di kawal agar manusia kekal sebagai seorang manusia. Dan tidak menjadi lebih binatang dari binatang.

Ini kerana manusia memiliki akal. Maka akal tersebut perlu di pandu oleh nafsu yang tenang @ *mutmainah* bukan oleh nafsu yang serakah @ *amarah.*

Manusia yang serakah adalah manusia yang tidak mampu mengawal *nafsu amarah* nya.

Dan amalan berpuasa adalah amalan yang terbaik untuk mendidik nafsu manusia.

Tetapi kenapa ramai yang sudah berpuasa namun masih gagal untuk mengawal hawa nafsu mereka ?

Kenapa hawa nafsu mereka masih terus berkobar-kobar kepada *harta, takhta dan wanita ?*

Tak salah memiliki harta, takhta dan wanita kalau sekadar menjadi alat untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Tetapi memang menjadi satu kesalahan dan amat merugikan kalau harta, takhta dan wanita yang menjadi matlamat hidup kita.

Inilah perkara yang paling penting yang perlu kita reset semula. Agar kita dapat menentukan kembali apa sebenarnya matlamat hidup kita.

Setelah kita jelas dengan matlamat hidup kita maka mulailah untuk belajar menahan diri agar *tidak menjadikan harta, takhta dan wanita sebagai matlamat hidup kita.*

Tetapi menggunakannya sebagai alat untuk mencapai matlamat hidup kita yang sebenarnya.

Bukankah kita sentiasa berjanji kepada Allah SWT *bahawa solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah SWT semata-mata ?*

Maka sentiasalah menahan diri untuk memelihara dan mempertahankan janji kita itu kepada Allah SWT.

Sekurang-kurangnya inilah *tahap kesedaran yang paling awam* yang perlu kita capai dalam memahami dan menghayati amalan *saum @ puasa @ menahan diri.*

Inilah hakikat puasa yang sebenarnya. Bukan sekadar hanya menahan diri dari lapar dan dahaga.

InsyaaAllah, dengan meneruskan amalan berpuasa pada setiap masa, kita akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran spiritual kita agar kita lebih memahami lagi erti puasa yang lebih mendalam lagi.

Semoga *Ramadhan Kali Ini* lebih bermakna buat kita semua.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
14 April 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : PAS Perlu Di Reset Semula.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Viral satu artikel yang bertajuk *Pemimpin PAS sokong PN, Penyokong PAS sokong MN.*

Inilah realiti sebenar sentimen akar umbi PAS setelah melalui pengalaman bekerjasama dengan UMNO dalam 7 PRK.

Dan yang paling menarik, ketujuh-tujuhnya menang pulak tu !

Saya melihat mereka semakin yakin dan optimis bahawa hanya MN sahaja yang mampu menjamin dominasi Melayu/Islam dalam PRU 15.

Sebenarnya memang tak masuk akal pun untuk menjalin kerjasama dengan PPBM. Parti *nyamuk* yang tak ada akar umbi.

Presiden PPBM pulak cukup suka pakai *nama samaran @ nama glamour @ nama palsu.*

Silap-silap haribulan, pendaftaran parti pun tak sah !

Tapi nak buat macam mana, para pemimpin PAS tengah mabuk kuasa. Terlena di puncak kekuasaan. Hanyut di buai mimpi indah dalam syurga ciptaan Presiden parti PPBM.

Sudah sampai masanya untuk akar umbi PAS menyatakan pendirian mereka kepada para pemimpin PAS.

Akar umbi PAS perlu berani untuk *kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.*

Sampai bila mahu tunduk di bawah kepemimpinan para pendakyah Wahabi yang hanya bijak *bertaqiyyah.*

Akar umbi PAS perlu sedar bahawa Malaysia adalah sebuah *Negara Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah @ ASWJ.*

Perkara ini sudah terang dan jelas dalam *Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.*

Fatwa mengenai ajaran Wahabi di Malaysia juga sudah jelas. *Sesat lagi menyesatkan.*

Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk akar umbi PAS mengembalikan PAS kepada landasan ASWJ semula.

Ingat ! Tidak ada ketaatan dan kepatuhan yang mutlak kepada Ulil Amri. Apatah lagi kalau setakat kepada pemimpin parti politik.

*Kepatuhan dan ketaatan yang mutlak itu hanya kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja.*

Kepatuhan dan ketaatan kepada Ulil Amri itu bersyarat. Apatah lagi kepada pemimpin parti politik.

Berhati-hati dengan para pendakyah Wahabi. Mereka hanya ingin mengejar kuasa. Bila mereka sudah berkuasa, mereka pasti akan menghapuskan ASWJ dengan segala cara.

Kalau nak bezakan antara Wahabi dan ASWJ pun kita tak tahu macam nak berjuang untuk membela agama, bangsa dan negara ?

Ini perkara yang paling asas dan paling penting dalam bab aqidah kita sebagai seorang Muslim.

Lihat sahaja Menteri Agama Wahabi kita yang kononnya *zuhud dan tawadhuk* itu. Pergi umrah naik *private jet,* bukan main. Di taja oleh ahli perniagaan pulak tu.

Kita bukan cemburu sebab dia pergi umrah naik *private jet.* Ini bukan isu cemburu.

Kalau perkara seperti ini bukan di panggil rasuah lalu kita nak panggil apa ?

Jangan lupa, dia tu adalah seorang penjawat jawatan awam. Bertaraf menteri pulak tu. Mana boleh berbuat seperti itu ?

Jadi wahai sahabat-sahabatku di dalam parti PAS. Ini zaman reset. Kita perlu reset semua perkara termasuk parti PAS.

*Kita wajib kembalikan semua perkara ke landasannya yang sebenar. Landasan yang menuju kepada keredhaan Allah SWT.*

Bersihkan PAS dari pendakyah-pendakyah Wahabi yang sememangnya gila kuasa.

Kalau betul nak berjuang untuk membela agama, bangsa dan negara, *RESET PAS !*

Kembalikan PAS kepada kepemimpinan *Ahli Sunnah Wal Jamaah.*

*Perkasakan MUAFAKAT NASIONAL dengan kepemimpinan Ahli Sunnah Wal Jamaah.*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
14 April 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Gerakan Wahabi Dalam PAS.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Bila di sentuh sikit soal gerakan Wahabi di dalam PAS, ramai ahli PAS yang melenting.

Kenapa nak melenting ?

Isu Wahabi dalam PAS bukan perkara baru. Sudah wujud sejak tahun 60an lagi. Semenjak Al Marhum DS Nik Aziz Nik Mat pulang dari India.

Bukankah persengketaan antara Al Marhum TG Hj Abdul Rahman dengan DS TG Nik Aziz sudah menjadi rahsia umum ?

Bahkan penentangan sebahagian besar ulamak pondok terhadap TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang juga sudah lama.

Antara Tuan Guru-Tuan Guru yang pernah menasihati TG Nik Aziz adalah,

1. TG Hj Abdullah Sa'amah, Ulamak dan Pengasas Madrasah Al Najmiah Pondok Getting.

2. Tok Ayah Mat Jibrail.

3. Tok Ayah Mat Pohon Tanjung.

4. Tok Imam Mansur, dan lain-lain lagi.

Bahkan ada seorang ulamak terkenal yang di kenali sebagai *Wali Abdul Rahman Fatoni* telah mengisytiharkan bahawa *TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang sebagai Bapak Wahabi Malaysia.*

Bukan orang-orang sembarangan yang mendakwa bahawa mereka itu berpegang kepada ajaran dan pemikiran Wahabi.

Bukankah semua itu sudah jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa PAS memang di kuasai oleh golongan Wahabi ?

Tidak timbul soal fitnah atau sengaja mereka-reka cerita terhadap kepemimpinan PAS.

Akar umbi PAS perlu menerima kenyataan ini dengan hati yang terbuka *sekiranya benar-benar jujur dan ikhlas ingin berjuang untuk membela Islam.*

Kenapa isu ini saya bangkitkan kembali ?

Sebagaimana yang telah saya sampaikan pada nota-nota saya yg lepas, ini *Zaman Reset.* Jadi semuanya perlu kita reset termasuklah parti PAS sekali.

Ini sebagai ikhtiar kita untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah kita warisi dari nenek moyang kita bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh Kepulauan Melayu.

*Di Malaysia, fahaman Wahabi jelas bertentangan dengan Perlembagaan Negeri-Negeri dan Fatwa dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.*

Jadi isu Wahabi ini adalah isu yang cukup *serious.*

*Isu Aqidah dan isu jenayah besar di negara ini.*

Pasa masa ini sudah terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa golongan Wahabi di Malaysia terlibat dengan *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM.*

Bukan calang-calang ancaman yang telah di hadirkan oleh golongan Wahabi terhadap *Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu* di negara ini.

Dan ini adalah isu yang *super besar.* Isu mahu menggulingkan *Raja-Raja Melayu* dan menukar status dab sifat negara ini.

Maka dengan itu adalah menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam di negara ini *bangkit untuk menentang gerakan Wahabi* dari terus menguasai parti PAS dan juga negara ini.

Cukuplah pengalaman yang telah di lalui oleh umat Islam yang telah sekian lama berpecah belah akibat dari *doktrin-doktrin Wahabi* yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Kita telah menyaksikan peristiwa *solat dua imam, sembelihan tidak sah, akad nikah tidak sah, suami isteri bercerai-berai, anak dan bapa tidak bertegur sapa* dan banyak lagi.

Semua itu adalah akibat dari *indoktrinasi fahaman Wahabi yang radikal dan ekstreme di dalam parti PAS.*

Ia bukan sekadar permusuhan atau perbezaan budaya politik antara PAS dan UMNO semata-mata. *Tetapi adalah kesan dari indoktrinasi ajaran Wahabi di dalam PAS.*

Ia melangkaui batas amalan dan budaya politik semasa. *Ia adalah mengenai satu fahaman yang bertentangan dengan perlembagaan dan juga telah di fatwakan sebagai sesat lagi menyesatkan di negara ini.*

Ini yang perlu di sedari dan di fahami oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Oleh itu, akar umbi PAS perlu berusaha sekuat tenaga untuk menyingkirkan tokoh-tokoh pendakyah PAS dari terus menguasai kepemimpinan dan hala tuju parti tersebut.

Ini wajib di lakukan demi menjaga maslahat umat dan negara ini.

Umat Islam di negara ini perlu di kembalikan kepada aliran *Ahli Sunnah Wal Jamaah* yang berpegang kepada ajaran Aqidah *Ash'ari dan Maturidi.* Fikhnya *Imam Shafie* dan Tasawufnya aliran perdana seperti *manhaj Al Junaidi dan Imam Al Ghazali.*

Inilah perjuangan besar kita sebagai umat Islam di Malaysia dan di seluruh Kepulauan Melayu.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
20 April 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Sukuk Hijau USD 1.3 Billion.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Menteri Kewangan Malaysia dengan penuh bangga mengumumkan bahawa *Sukuk Hijau Kerajaan Malaysia* telah terlebih langganan sebanyak 6.4 kali.

Bagi saya, apa yang nak di banggakan sangat dengan perkara seperti itu ? Hutang tetap hutang. Dan ia perlu di bayar kembali oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tak kisah la apa pun namanya. Sukuk Hijau ke Biru ke Pink ke, ia tetap *Bon Kedaulatan @ Nota Jamin Negara.*

Ia tetap mendedahkan negara ini kepada risiko kewangan yang besar. Sekiranya gagal membayar hutang maka negara akan jatuh bankrap.

Bila sudah jatuh bankrap maka *hilanglah Kedaulatan Negara ini.*

*Bon Kedaulatan* tetapi di terbitkan dengan menggunakan matawang USD. *Ringgit Malaysia sudah hilang kedaulatan ke ?*

Kenapa perlu berhutang lagi ?

Sudah tidak ada cara lain lagi ke yang boleh di gunakan untuk *fund raising exercise ?*

Sampai bila nak terus berhutang ?

Kenapa tak gunakan kaedah *Modern Monetary Theory @ MMT ?*

Kalau Amerika dan China boleh menggunakan kaedah *MMT* mengapa tidak Malaysia ?

Apakah Malaysia bukan sebuah negara berdaulat ke ?

Saya sudah sampaikan berkali-kali, pasca Covid 19, *the formula to move forward is MMT + Geo Politic + Geo Economy + Geo Strategy.*

Inilah formula yang paling berkesan untuk bangkit dan bersaing dengan negara-negara seperti Amerika dan China.

Sampai bila nak pakai teori ekonomi *Adam Smith dan John Maynard Keynes ?* Teori tu dah lapuk. Dah ketinggalan zaman dah.

Tapi kalau cuma nak bersaing dengan *Myanmar, Cambodia atau Laos,* teruskanlah berpegang dengan teori-teori tu.

Teruskanlah berhutang lagi. Tambah hutang banyak-banyak. Jangan risau, team *Agenda Reset Malaysia @ ARM* ada. InsyaaAllah kami boleh lunaskan semua hutang-hutang itu nanti.

Kami pun faham, setakat itu sahaja kemampuan yang kerajaan ini ada.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
22 April 2021

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : TSMY Buat Kelakar Lagi.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

*Sukuk success shows Malaysia on track for recovery, says PM...*

Ini tajuk berita dari *Free Malaysia Today @ FMT* yang mengulas mengenai kenyataan PM mengenai *Sukuk Hijau @ Bon Kedaulatan* yang di terbitkan dalam matawang US dan terlebih langganan sebanyak 6.4 kali ganda.

Geli hati saya bila membaca tajuk berita tersebut.

Sekolah ekonomi mana la yang mengajar TSMY bahawa *semakin negara kita banyak hutang bermakna negara kita akan semakin bertambah makmur.*

Baru dua hari lepas dalam nota saya yang bertajuk *Sukuk Hijau USD 1.3 Billion* saya menulis mengenai *risiko kewangan yang boleh menyebabkan negara muflis dan kehilangan kedaulatannya.*

Ini bermakna bahawa hutang negara yang semakin bertambah pada masa ini telah menjadi ancaman buat kedaulatan negara ini.

*Tolong, jangan main-main dengan perkara seperti ini !*

*Raja-Raja Melayu* boleh kehilangan takhta kalau negara ini menjadi sebuah negara yang muflis.

Bagi para pengamal dalam industri kewangan, mereka tahu pada masa ini Amerika sedang mencetak duit dengan begitu banyak sekali.

*Its a cheap money.* Kalau untuk sesebuah kerajaan @ negara, tak di kenakan faedah pun. Boleh dapat pinjaman dengan *zero interest.*

Dan duit-duit ini sedang di ekspot ke seluruh dunia terutamanya kepada negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Dengan duit-duit tersebut maka negara-negara seperti Malaysia ini akan kembali berbelanja untuk membeli teknologi, produk, peralatan dan perkhidmatan dari korporat-korporat besar Amerika yang berada di seluruh dunia.

Kita akan terus menjadi pengguna kepada *teknologi, produk, peralatan dan perkhidmatan mereka.*

Jadi terlebih langganan sebanyak 6.4 kali ganda itu sebenarnya *bukan mencerminkan keyakinan pelabur kepada kita tetapi sebenarnya sedang menunjukkan kebodohan kita dalam menguruskan kewangan dan ekonomi kepada para pelabur luar.*

Amerika cetak duit kertas yang tak ada *intrinsic value.* Dan kita pula pinjam kertas yang tak ada *intrinsic value* tu.

Jadi cerdiknya kita tu tang mana ?

Kalau nak jadi cerdik, sepatutnya kita pun cetak duit banyak-banyak macam Amerika dan China.

Apa beza kita dengan Amerika dan China ?

Kita pun sebuah negara berdaulat juga. Betul atau tidak ?

Jadi kalau Amerika dan China boleh *create money out of thin air like nobody business* mengapa kita tidak ?

Isunya di sini adalah, adakah para pemimpin kita faham tentang *Modern Monetary Theory @ MMT ?*

Kalau tak faham, pergi ambil kursus *Modern Monetary Theory @ MMT* dengan *The BigBoys Academy.*

Jadi kepada *PM, MOF, MTEN, MITI* atau mana-mana institusi yang menguruskan ekonomi dan kewangan negara, kaji formula saya, *MMT + Geo Politik + Geo Economi + Geo Strategi.*

Ini penting supaya kita tidak terus *menjadi badut di pentas dunia dan menjadi haiwan yang di cucuk hidung oleh para elit global.*

*Kalau orang lain tak malu, saya malu dengan semua ni...*

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
24 April 2021.

www.worldislamicnation.com
 

W.I.N

Fun Poster
Messages
141
Joined
Mar 14, 2014
Messages
141
Reaction score
8
Points
25
*Bismillah : Tuhan, Kepada-Mu Aku Bersujud.*

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.

*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*

Kunci kepada *Agenda Reset Malaysia* adalah mentauhidkan Allah SWT di dalam seluruh aspek kehidupan kita di atas muka bumi ini.

*Tidak ada Tuhan yang layak di sembah selain dari Allah SWT.*

Kedatangan Pandemik Covid 19 menyerlahkan betapa lemahnya iman kita sebagai sebuah negara bangsa.

Kita lebih bersungguh-sungguh untuk mengikuti SOP dari WHO berbanding untuk mengikuti *Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabatnya.*

*Virus dari Wuhan* telah menyerlahkan betapa tingginya kecintaan kita kepada dunia dan menyerlahkan betapa takutnya kita dengan kematian.

Terbukti kita terlalu mencintai sesuatu yang pasti kita tinggalkan dan kita takut dengan kematian, sesuatu yang sudah di wajibkan ke atas kita semua.

Biarpun sudah acap kali di ingatkan namun kita masih tetap tidak mahu kembali kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Kita gunakan pelbagai peraturan dan akta untuk memastikan agar SOP dari WHO di patuhi.

Seolah-olah WHO itu lebih berkuasa dari Allah SWT.

Namun realitinya pandemik Covid 19 bukan semakin reda malah semakin bermaharaja lela.

*Realiti telah membuktikan bahawa SOP dari WHO telah menghancurkan dan membunuh kehidupan kita semua.*

Tidak kedengan suara-suara para ulamak dan para asatizah yang mengkritik segala keputusan dan tindakan dari pihak kerajaan.

Tidak kelihatan mereka berduyun-duyun pergi ke *Istana Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu* untuk mempersembahkan apa yang sedang berlaku.

Kalau ada pun terlalu sedikit jumlahnya. Lebih ramai yang beria-ia menyokong tindakan kerajaan seolah-olah apa yang di lakukan oleh kerajaan itu benar dan sesuai menurut ajaran Islam.

Ahli-ahli politik kita apatah lagi. Memang jelas tidak boleh di harap untuk mempertahankan aqidah umat Islam.

Sudah lupakah kita dengan peristiwa Tsunami yang melanda *Banda Atjeh* pada tahun 2004 ?

Peristiwa yang telah menghancur luluhkan Banda Atjeh dan mengorbankan lebih dari 200 ribu nyawa manusia.

Dalam peristiwa itu juga Allah SWT memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan-Nya untuk melindungi sebuah mesjid di Banda Atjeh.

Ya, Alhamdulillah, *Mesjid Raya Baiturrahman Banda Atjeh* tetap berdiri kukuh dan megah di bawah naungan Allah SWT.

Kekuasaan dan kehebatan Allah SWT menewaskan segala logik dan rasional manusia dengan peristiwa itu.

Apakah peristiwa ini tidak cukup lagi buat kita semua untuk mengakui keagungan dan kehebatan Allah SWT ?

Sepatutnya apabila kita di timpa sesuatu musibah pergilah ke *Rumah Allah @ Mesjid* beramai-ramai untuk memohon pertolongan dan perlindungan-Nya, bukan menjauhkan diri dari *Rumah Allah @ Mesjid.*

Sampai bila kita mahu terus menyombongkan diri di hadapan Allah SWT ?

Tidak adakah sekelumit pun rasa gerun di hati kita dengan kehebatan dan keagungan Allah SWT ?

Apakah tidak bergetar hati dan perasaan kita apabila kita menyebut nama-Nya ?

Apakah hati kita sudah mati ?

Wahai manusia, tidak ada lagi yang lebih berhak untuk di sembah dan di cintai selain dari Allah SWT.

Seharusnya setiap musibah lebih mendekatkan lagi kepada Allah SWT.

Sedarlah bahawa kita ini makhluk yang lemah. Makhluk yang tidak punya daya dan upaya. Makhluk yang sentiasa bersandar kepada-Nya.

Kembalilah kepada-Nya dengan segala rendah diri. Bertaubat dan pohonlah keampunan dari-Nya.

Akui segala dosa, kesalahan dan kesilapan kita. Akui juga segala kelemahan dan kekurangan kita di hadapan-Nya.

Allah sedang menanti kita dengan segala kerinduan dengan sepenuh kasih dan sayang untuk kita kembali kepada-Nya.

Kembalilah. Kita sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan rahmat dan keredhaan-Nya.

*Agenda Reset Malaysia @ ARM* mengajak anda semua untuk kembali kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik tempat untuk kita kembali.

Ayuh ! Kita kembali bersujud di hadapan Allah SWT. *Jangan biarkan Covid 19 meruntuhkan aqidah kita sebagai umat yang beragama.*

Kita berjanji di hadapan Allah SWT untuk mempertingkatkan kesedaran dan kecerdasan kita dalam beragama dan bernegara.

InsyaaAllah, kita akan bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang terunggul di dunia.

Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*

Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.

*Al Fakir Ilallah.*
- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.
25 April 2021.

www.worldislamicnation.com
 
Sponsored Post
Top
Log in Register