Sefaham saya ialah Islamic Financial ni ialah lebih kurang:
Bab Akad Jual-Beli mesti jelas semasa perjanjian dibuat.
Rumah:
Harga rumah ialah RM100,00.00
Deposit ialah RM10,000.00
Baki ialah RM90,000.00
Pembiayaan Bank ialah RM90,000.00
Sementara deposit tidak memberi makna belian sempurna kerana ianya boleh forfeit apabila S&P tidak berlaku dalam tempoh yang dipersetujuian dengan developer. Jadi, maksud deposit ialah umpama wang cagaran untuk mengikat janji dengan pemaju pada tempoh tertentu dan nilai deposit akan diambil-kira dalam kos harga rumah apabila pembelian penuh berlaku oleh pihak bank kelak.
Baik, kita dapat pembiayaan dari Bank Y katakan. Bank jual kepada kita seperti berikut:
Harga belian oleh Bank: RM168,000.00
Tempoh bayaran secara tangguh (hutang): 15 tahun
Ansuran bulanan: RM934.00
Harga bank beli daripada pemaju ialah RM90,000.00 (tunai)
Semua itu disebut dalam perjanjian.
Beli Kereta:
Kereta agak rumit sebab nilai kereta berkadar songsang dengan masa tidak seperti sebuah rumah.
Semakin lama tempoh bayaran ansuran semakin susut nilai pasaran kenderaan tersebut.
Tetapi kaedah jual-belinya masih sama dengan beli Rumah.
Maknanya bank beli sebuah kereta Exora (contoh) dengan harga RM60,000.00 (tunai) dari pengedar dan menjualnya kepada anda dengan harga RM80,000.00. Tempoh 9 tahun dengan ansuran RM740.00 sebulan.
Jika amalan warga Malaysia beli tunai, harga pasaran semasa Exora masih kekal RM67,000 (OTR).
Tetapi jika amalan warga Malaysia beli secara tangguh (hutang) harga pasaran ialah RM80,000.00 + RM7,000.00 (deposit), maka harga pasaran ialah RM87,000.00.
Dalam Islam belian tangguh dibenarkan. Tetapi jika belian itu tidak menggambarkan harga pasaran sebenar di sini ada pandangan berlaku zalim.
Contoh jika di Negeri A mereka suka bayaran ansuran selama 7 tahun untuk Exora, nilai pasaran kenderaan itu ialah RM82,000.00
Maka, di negeri B ialah 9 tahun nilai pasaran ialah RM87,000.00
Bezanya ialah RM5,000.... kezaliman berlaku di negeri B kerana harga pasarannya mahal berbanding negeri A.
Tetapi dijawab oleh pakar syariah, itu adalah harga yang dipersetuji semasa akad jual-beli.
Pembiayaan Peribadi
Ini lebih rumit sebab
Dulu jual komputer
Laa ni jual saham pula.
Yang pasti panel penasihat menanggung dosa kalau amalan ini adalah riba atau zalim.
Kalau yang dah mahir selok-belok pembiayaan Islam ini dan ada rasa was-was maka jadi berdosa juga kalau teruskan.