World Islamic Nation ( Daulah Islamiyah yang akan menggantikan United Nation )

CG Sponsors




W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
PERJUANGAN W.I.N

Perjuangan yang dibangunkan ini tidak boleh hanya atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.

Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.

Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.

Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.

Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi [email protected] dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.

Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan digolongkan sebagai jihad fisabilillah!.

Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.

AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.

Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.

Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.

Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.

ALLAHUAKBAR !!
 
Last edited:
Sponsored Post

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
Satu pertubuhan yg akan ditubuhkan untuk menggantikan UNITED NATION ..satu pertubuhan yang akan mentadbir dunia ini mengikut al-quran dan sunnah ...satu pertubuhan yang akan menyatukan seluruh umat islam didunia ini yang sudah tidak bersatu lg pada masa ini ..satu pertubuhan yang akan menyelamatkan al-aqsa dari tangan zionis ...satu pertubuhan yang akan diketuai oleh chairman yang di gelar khalifah oleh umat islam
 
Last edited:

W.I.N

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2014
Messages
126
Reaction score
8
Points
25
W.I.N adalah singkatan bagi World Islamic Nation ..WIN bererti menang ..seperti apa yang di janjikan Allah Swt akan kebangkitan yang agung ini .Islam akan menang akhir nya ..zaman itu semakin hampir ...
 

namaku

Banned
Joined
Dec 30, 2010
Messages
1,910
Reaction score
19
Points
25
TT ni imam mahadi ker?nak minta otograf boleh tak...
 

m_radd

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2013
Messages
2,517
Reaction score
311
Points
41
Isu imam mahdi pagi2 ni adoi multiple id ke..dah sarap belum tt..moh kita minum dulu hehe jgn mare
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,111
Reaction score
270
Points
91
tak perlu susah2...xperlu pening2...
Kempen habis2an utk....konsep 'Islam..way of life'
 

Cynical_Cakcibor

Active Member
Joined
Dec 28, 2010
Messages
1,633
Reaction score
12
Points
25
Bak kata as syahid Imam Hassan Al Banna .. Tegakkan Islam di dalam diri kamu ... Nescaya Islam akan tertegak di bumi kamu ..
 

mamatganu

Active Member
Joined
Aug 8, 2010
Messages
1,217
Reaction score
10
Points
25
awal2 lg ade dh nk kondem..shame on u guys..tt teruskan usaha..tp jgn menyimpang sudah..
 

Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,981
Reaction score
86
Points
45
W.I.N adalah singkatan bagi World Islamic Nation ..WIN bererti menang ..seperti apa yang di janjikan Allah Swt akan kebangkitan yang agung ini .Islam akan menang akhir nya ..zaman itu semakin hampir ...
Tt dah join wicc ke belum. Bnyk sngt geng2 penegak khalufah terakhir nnt... boleh jadi perpecahan ni



Akhir kata #prayforMH370
 
Sponsored Post
Top
Log in Register