BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

Parthiban lebih layak – Khir Toyo

SHAH ALAM 17 April – Setiausaha MIC Tanjung Karang, K. Parthiban mengatasi kelebihan Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy untuk dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, kedua-dua mereka mempunyai keistimewaan masing-masing tetapi Parthiban mempunyai latar belakang yang lebih meyakinkan dari segi pendidikan, usia dan penerimaan orang ramai di kawasan tersebut.

‘‘Kita tengok latar belakang Parthiban adalah lebih baik, penerimaan masyarakat terhadap beliau dengan usia yang muda, mempunyai kelayakan dalam pelajaran dan amat penting fasih berbahasa Melayu kerana 61 peratus pengundi merupakan orang Melayu.

‘‘Kita mahu memberi sesuatu yang istimewa kepada penduduk Ijok dalam pilihan raya kecil ini. Ini juga adalah kehendak penduduk Ijok sendiri, maka Parthiban adalah calon yang amat sesuai,” katanya selepas menghadiri program amal Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis), di Kompleks Wawasan Balkis di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor mengulas mengenai peletakan jawatan Thirumoorthy, 55, yang turut diikuti oleh Ketua MIC cawangan di Kuala Selangor semalam selepas pengumuman Parthiban sebagai calon BN dibuat.

Dalam pada itu, Mohamad Khir menyifatkan tindakan berebut-rebut untuk menjadi calon dalam pilihan raya bukan perjuangan sejati BN tetapi adalah perjuangan yang mementingkan individu.

‘‘Walaupun mungkin ada masalah dengan pemimpin MIC tetapi sebagai pejuang tulen, kita perlu terus sokong BN.

‘‘Tetapi kalau sudah marah kerana tak dapat jadi calon itu sudah menjadi perjuangan individu. Memang kita ada kelayakan dan rasa kita layak tetapi presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tahu siapa lebih layak,” katanya.

Mengenai surat peletakan jawatan Thirumoorthy, beliau berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

‘‘Setakat ini BN Selangor tidak menerima apa-apa surat atau dimaklumkan mengenai peletakan jawatan.

‘‘Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan tindakan beliau dalam beberapa hari ini. Saya harap ada sesuatu yang positif,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, 12 ketua MIC cawangan yang dikatakan oleh Thirumoorthy turut meletakkan jawatan juga diragui kesahihannya.

‘‘Saya diberitahu 12 cawangan ini tidak langsung melibatkan Ijok. Yang kita pentingkan sekarang adalah perpaduan dalam Ijok.

‘‘Saya juga dimaklumkan sebelum ini hanya enam tidak menyertai mesyuarat MIC Selangor baru-baru ini dan semalam semasa pengumuman calon, kesemua mereka sudah kembali,” katanya
 
wah sureduit macam wakil rakyat plak:eek:
 
Jom sembang pasal pilihanraya tersebut...
terbuka pada semua.....BN ka BA ka BEBAS ka KEBAS ka :D

calon dah ada..jadi tunggu apa lagi...
Tunaikan Kewajipan ANDA.....

:D:D:D:D

aiik beria2 nampak Keadilan kat IJOK ni..dulu masa kat batu talam kan dah berjanji nak pulaukan SPR dan pilihanraya kecil kekekekee
owhh now kiranya SPR dah telus la ekk? xsbr dah ka tgu PRU :eek:
 
Azab la bagi orang Islam yang menyokong kafir... masih ramai pemimpin Islam.. mengapa pilih kafir???? "Agama belakang cerita.. janji menang"
 
Bagi aku tak kira sapa jadi wakil rakyat...asalkan buat yang betul.Perpaduan kaum amat penting untuk kemajuan rakyat kat situ...

Tak guna kalau ada yang iya2 masa mula pas dah dapat position senyap pulak...ini yang dok berlaku sekarang satu malaysia..

Masalah besar sekarang ialah penempatan rakyat....
Buat rumah macam sarang burung ....punca masalah sosial..anak2
takleh dok rumah tak ada privacy ...jadi mereka merayap laah...

Buat rumah tapi tak siap2 sampai jadi macam kubu jepun...buat shopping complex macam cendawan semata2 nak kikis lagi duit yg ada dan bagi bangsa lain maju dan teru maju..

Sangkut sana sangkut sini....satu kementerian tu kena tala kaw2..

Kalau kita ni perhatin sangat kita kena buat sesuatu untuk perkara ini...
(Rempit/Bohsia/Dadah/Cabul anak/Rasuah/monopolikanak2/hyip/etc)

Kemasukkan pendatang tanpa had sampai mencecah separuh dari rakyat kita sendiri...nak cari kerja pun susah dan tak ada plak

Apa yang aku baca kat thread ini dari muka 1 sampai 3.tak abih2
nak wujud unsur perkauman...dimana pegangan perkauman kita..dah
merdeka lebih 50tahun....dan negara kita masih aman malah jadi
contoh untuk negara lain....kena bangga tu..

Kalau Melayu sama Melayu bertanding kita kutuk kaw kaw melayu kita sendiri.Sama ada Umno atau pembangkang...

Kalau India masuk kita puji parti penbangkang tapi sebelum ini kita pernah kutuk kaw kaw..

Kepada kawan2 sebangsa aku...tak kisah sapa nak masuk...tapi aku
memang tak puas hati bab perumahan dan kemasukkan pendatang tanpa had itu...aku nampak memang malaplah masa depan bangsa aku yang majority berpendapatan rendah malah makin kecundang kerana situasi ni yang makin hari makin menjadi2...

Jihadlah demi kemajuan bangsa kita untuk masa yang akan datang..
tak guna focus perkara remeh ni...
 
batu talam kecik...beb pengundi x ramai...tu namer dia strategy...politik..biasa aa abis bn..conquer umah pengundi..
nie ijok..aku pun nak tgk..brp budget bn kuarkan blanja..melobi..org ijok..brp umah dia leh conquer plk..
budget beso kali nie bn..setau aku..majority masa lepas seribu lebey jer...wait n see
 
aku yg duduk kat ijok nie lg hangin tau...
pemimpin bn nie x tau ker yg mejoriti rakyat kat sini nk pemimpin melayu & islam. x kn tgk dacing jer nk terus pangkah.. kene la tgk sape yg bakal memimpin. la nie sibuk nk wat itu ini.. teknik nk pangkah undi.. pada aku klu buat highway pn kat kg aku nie jgn harap la nk menang klu x tukar calon bn nie..
senang citer kte tgk la sape menang nanti.. yg lepas dh kalah.. mintak2 biar dieorg nie tau ape rakyat melayu nk...
 
Dun Ijok - KeADILan yakin Khalid berpeluang tewaskan Parthiban
Intan Abdullah
Tue | Apr 17, 07 | 03:59:10 PM

BATANG BERJUNTAI, 18 April(Hrkh) Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yakin mempunyai peluang yang besar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Kuala Selangor dengan meletakkan Bendahari Agungnya, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional, K Parthiban.

Nama Tan Sri Khalid diumumkan oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pekan Ijok malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Hadir sama, Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali, Ketua Wanita, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan, Tian Chua dan aktivis politik Dato' Ibrahim Ali.

Sementara Khalid yang ditemui wartawan malam tadi berkata,"Saya sudah masuk gelanggang, kalau saya sudah masuk, maka saya tidak akan lari lagi.."

Calon KeADILan Dun Ijok itu memberi keyakinan sepenuhnya bagi memastikan KeADILan menang di Dun tersebut.

Keyakinan itu disokong dengan kehadiran Dato' S Nallakarupan, salah seorang nama calon yang diwar-warkan akan mewakili KeADILan sebelum ini, untuk turut berkempen di kalangan orang-orang India yang berada di kawasan estet.

Keputusan meletakkan Khalid Ibrahim turut disokong oleh Nallakarupan yang sebelum ini dilaporkan berkata, pemilihan Khalid menunjukkan KeADILan tidak melatah dan terikut-ikut dengan rentak Barisan Nasional yang menamakan wakil MIC sebagai calon.

Mengulas lebih lanjut Khalid berkata, pimpinan KeADILan memberi keyakinan kepada beliau dan beliau akan menggunakan kepercayaan yang diberikan itu dengan menggangggap ia bukan suatu perkara yang dianggap mudah.

KeADILan tidak beli undi dengan turap jalan waktu malam

Khalid yang juga merupakan anak jati Kuala Selangor menegaskan bahawa Ijok telah lama menunggu perubahan sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.

Katanya, ini kerana KeADILan mempunyai strategi yang tersendiri yang tidak sama dengan parti lawan yang sanggup membaiki jalan raya pada malam hari menjelang pilihan raya kecil.

Kehadiran Anwar hangatkan suasana

Pentas politik Ijok dipanaskan malam tadi dengan ucapan oleh Anwar, dengan menghargai pengorbanan Khalid yang merupakan tokoh korporat, sanggup turun daripada jawatan beliau sebelum ini, bagi membela nasib penduduk Ijok

Ucapan beliau yang bertenaga itu diselang-selikan dengan sorakan khalayak yang hadir memberikan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon yang telah dipilih mewakili parti itu.

Kehadiran yang mencecah hampir 2 ribu orang penduduk daripada kalangan penduduk yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum India dan Cina itu menjadi petunjuk awal akan sokongan pengundi Ijok yang inginkan perubahan.

Penduduk Ijok tidak akan tunduk kepada pembangunan yang disogokkan oleh BN hanya apabila berlakunya pilihan raya kecil di sesuatu tempat, ujar Khalid lagi.

Kata-kata beliau disokong oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang menyatakan bahawa tindakan 'desperate' BN tersebut adalah bertujuan untuk membeli hati rakyat sambil mempertikaikan usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan Selangor setelah 50 tahun merdeka.

Nasharuddin berkata, bahawa PAS turut menyokong keputusan parti tersebut untuk bertanding di Ijok dengan mengatakan bahawa Barisan Alternatif tidak menghadapi sebarang masalah dalam memilih calon seperti yang dihadapi oleh parti lawan

Majlis yang bertempat di tapak pasar malam Pekan Batang Berjuntai itu dimulakan seawal jam 9.30 malam itu turut diserikan dengan upacara khas iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim mengalungkan bunga kepada calon KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai tanda restu pada akhir majlis tersebut,

Pihak polis dan pengawal keselamatan memberikan kerjasama yang baik dengan mengawal majlis yang berjalan demi menjamin suasana yang aman dan tenteram.

Terdahulu dalam siaran medianya kepada Harakahdaily, KeADILan melampirkan profil Khalid untuk dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi di kawasan Ijok.

Profil penuh calon KeADILan

Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut dari dulu hingga kini.

ImageKhalid Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Beliau seterusnya menyambung pelajaran di sebuah sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.

Beliau kemudiannya lulus dengan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Khalid Ibrahim juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam Jeddah, sebuah syarikat pelaburan kewangan Islam yang tersohor.

Beliau juga merupakan Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Bekas guru dan pensyarah institut pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Penduduk Kuala Selangor selalu mengingati jasa Khalid Ibrahim yang membina pusat latihan penyelenggaraan jentera perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.

Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang di Guthrie Berhad, dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.

Kedua-dua program ini berjaya menaik taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.

Atas kesedaran bahawa perubahan politik amat penting dalam memperbetulkan sistem sosio ekonomi negara ini, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian Kuala Selangor sehingga kini.

Menaikkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan anak-anak muda menjadi keutamaan Khalid Ibrahim. Dibesarkan di Kuala Selangor, sekiranya beliau dipilih sebagai wakil penduduk Ijok, beliau akan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi, sosial dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia, supaya Ijok menjadi contoh DUN terbaik dan termaju dalam Parlimen Kuala Selangor.

"LAWAN TETAP LAWAN"

:D :D :D
 
aiik beria2 nampak Keadilan kat IJOK ni..dulu masa kat batu talam kan dah berjanji nak pulaukan SPR dan pilihanraya kecil kekekekee
owhh now kiranya SPR dah telus la ekk? xsbr dah ka tgu PRU :eek:

aku saje jee umpan nak bagi ko timbul...
:D:D ko jgn dok melatah pegi Ijok plak...
nuuu lampin baby sapa nak basuhh nuuu...:D :D

mynemokembali: wah sureduit macam wakil rakyat plak
Today 05:56 AM
Ko jangan lupa pangkah aku nanti...:)cgrock
 
cayalah sureduit.....kasi up lg........kalau bn kalah huuuuuuuuuuu panjg cerita niiii
 
Back
Top
Log in Register