BTC USD 82,316.8 Gold USD 4,169.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

ijok-pkrVIP--1440.jpg

ijok-calon4x.jpg

ijok-pkr3-lead.jpg

P4140017.jpg

P4140023.jpg
Suasana di IJOK..:D:D
 
kenapa wakil BN kat ijok bukan Melayu? sedangkan majoriti nya org melayu kat situ?...heran2...
 
memang macam tu la slalu, nak PR je, terus masuk surat kabor, walaupun bagi selipar jepun kat orang kampung, sebelum ni nak jenguk pun tak nak......
 
wakil cine melayu india, kalau buat kerja takpe..tapi kalau asyik makan gaji buta, bodek gila2 sebelum pilihan raya,hampeh lerrr...

nak buat amal kat fakir miskin pon bole buat extra vaganza. tak ikhlas langsung.dah menang election,pastu buat bodo .. dah 5 tahun pastu, baru buat baik2 sebab ade election lagi. macam ombak tsunami. bila datang, datang ngan powerful...

ape nak jadi ngan politic msia ni...
 
hmmm..masalahnya kalu pilih bangsa lain jadi wakil rakyat kat kawasan melayu nanti jadik yg bukan2 pulak..org sibuk buat masjid..dia sibuk buat K**l pulak..paham2 jela
 
Dun Ijok - KeADILan yakin Khalid berpeluang tewaskan Parthiban
Intan Abdullah
Tue | Apr 17, 07 | 03:59:10 PM

BATANG BERJUNTAI, 18 April(Hrkh) Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yakin mempunyai peluang yang besar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok, Kuala Selangor dengan meletakkan Bendahari Agungnya, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional, K Parthiban.

Nama Tan Sri Khalid diumumkan oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pekan Ijok malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Hadir sama, Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali, Ketua Wanita, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan, Tian Chua dan aktivis politik Dato' Ibrahim Ali.

Sementara Khalid yang ditemui wartawan malam tadi berkata,"Saya sudah masuk gelanggang, kalau saya sudah masuk, maka saya tidak akan lari lagi.."

Calon KeADILan Dun Ijok itu memberi keyakinan sepenuhnya bagi memastikan KeADILan menang di Dun tersebut.

Keyakinan itu disokong dengan kehadiran Dato' S Nallakarupan, salah seorang nama calon yang diwar-warkan akan mewakili KeADILan sebelum ini, untuk turut berkempen di kalangan orang-orang India yang berada di kawasan estet.

Keputusan meletakkan Khalid Ibrahim turut disokong oleh Nallakarupan yang sebelum ini dilaporkan berkata, pemilihan Khalid menunjukkan KeADILan tidak melatah dan terikut-ikut dengan rentak Barisan Nasional yang menamakan wakil MIC sebagai calon.

Mengulas lebih lanjut Khalid berkata, pimpinan KeADILan memberi keyakinan kepada beliau dan beliau akan menggunakan kepercayaan yang diberikan itu dengan menggangggap ia bukan suatu perkara yang dianggap mudah.

KeADILan tidak beli undi dengan turap jalan waktu malam

Khalid yang juga merupakan anak jati Kuala Selangor menegaskan bahawa Ijok telah lama menunggu perubahan sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.

Katanya, ini kerana KeADILan mempunyai strategi yang tersendiri yang tidak sama dengan parti lawan yang sanggup membaiki jalan raya pada malam hari menjelang pilihan raya kecil.

Kehadiran Anwar hangatkan suasana

Pentas politik Ijok dipanaskan malam tadi dengan ucapan oleh Anwar, dengan menghargai pengorbanan Khalid yang merupakan tokoh korporat, sanggup turun daripada jawatan beliau sebelum ini, bagi membela nasib penduduk Ijok

Ucapan beliau yang bertenaga itu diselang-selikan dengan sorakan khalayak yang hadir memberikan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon yang telah dipilih mewakili parti itu.

Kehadiran yang mencecah hampir 2 ribu orang penduduk daripada kalangan penduduk yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum India dan Cina itu menjadi petunjuk awal akan sokongan pengundi Ijok yang inginkan perubahan.

Penduduk Ijok tidak akan tunduk kepada pembangunan yang disogokkan oleh BN hanya apabila berlakunya pilihan raya kecil di sesuatu tempat, ujar Khalid lagi.

Kata-kata beliau disokong oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang menyatakan bahawa tindakan 'desperate' BN tersebut adalah bertujuan untuk membeli hati rakyat sambil mempertikaikan usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan Selangor setelah 50 tahun merdeka.

Nasharuddin berkata, bahawa PAS turut menyokong keputusan parti tersebut untuk bertanding di Ijok dengan mengatakan bahawa Barisan Alternatif tidak menghadapi sebarang masalah dalam memilih calon seperti yang dihadapi oleh parti lawan

Majlis yang bertempat di tapak pasar malam Pekan Batang Berjuntai itu dimulakan seawal jam 9.30 malam itu turut diserikan dengan upacara khas iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim mengalungkan bunga kepada calon KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai tanda restu pada akhir majlis tersebut,

Pihak polis dan pengawal keselamatan memberikan kerjasama yang baik dengan mengawal majlis yang berjalan demi menjamin suasana yang aman dan tenteram.

Terdahulu dalam siaran medianya kepada Harakahdaily, KeADILan melampirkan profil Khalid untuk dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi di kawasan Ijok.

Profil penuh calon KeADILan

Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut dari dulu hingga kini.

ImageKhalid Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar 1956 dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Beliau seterusnya menyambung pelajaran di sebuah sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.

Beliau kemudiannya lulus dengan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Khalid Ibrahim juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam Jeddah, sebuah syarikat pelaburan kewangan Islam yang tersohor.

Beliau juga merupakan Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Bekas guru dan pensyarah institut pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Penduduk Kuala Selangor selalu mengingati jasa Khalid Ibrahim yang membina pusat latihan penyelenggaraan jentera perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.

Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang di Guthrie Berhad, dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.

Kedua-dua program ini berjaya menaik taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.

Atas kesedaran bahawa perubahan politik amat penting dalam memperbetulkan sistem sosio ekonomi negara ini, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor dan Ketua Bahagian Kuala Selangor sehingga kini.

Menaikkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan anak-anak muda menjadi keutamaan Khalid Ibrahim. Dibesarkan di Kuala Selangor, sekiranya beliau dipilih sebagai wakil penduduk Ijok, beliau akan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi, sosial dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia, supaya Ijok menjadi contoh DUN terbaik dan termaju dalam Parlimen Kuala Selangor.
 
Broker tanah umum jadi calon bebas

KUALA SELANGOR 17 April – Seorang broker tanah, Ali Mohamad, 49, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ali yang juga ahli DAP berkata, keputusan untuk bertanding tidak didorong oleh mana-mana parti termasuk DAP.

Sebaliknya, beliau mendakwa keputusan untuk bertanding merupakan strateginya bagi memecahkan undi Barisan Nasional (BN) dan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Saya tidak kisah saya hilang wang pertaruhan dan kalah pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui di bilik gerakannya di Majlis Daerah Kuala Selangor di sini hari ini.

Ali berasal dari Ijok dan kini menetap di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Tiket

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan K. Loganathan, 47, turut mengumumkan untuk bertanding atas tiket yang sama dalam pilihan raya Ijok pada 28 April ini.

Sementara itu, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan penglibatan calon bebas dalam pilihan raya kecil Ijok tidak akan memecahkan undi BN kerana pengundi mengenali parti ini.

‘‘Ini hanya gimik politik saja iaitu ingin melihat apa strategi kita. Ada juga yang mahu jadi calon bebas kerana berharap agar kita akan ‘beli’ dia supaya tidak bertanding.

‘‘Tak apalah lagi ramai calon bebas pun lagi bagus kepada kita,” katanya.
 
saper yg selalu aku pangkah dlm kertas undi...
1st ada melayu aku pangkah
2nd kalau dua2 melayu...aku pangkah dua2
3rd kalau x de melayu..aku tambah nama tun abd rahman, aku pangkah kat situ

kalau spr jumpa kertas undi tue...makna nye tau laa saper yg pangkah
 
hmmm..masalahnya kalu pilih bangsa lain jadi wakil rakyat kat kawasan melayu nanti jadik yg bukan2 pulak..org sibuk buat masjid..dia sibuk buat K**l pulak..paham2 jela

bina kuil ke..masjid ke..tu semue terpulang kat rakyat yg request.kalau kerajaan federal nak buat masjid kat situ, ade la sebab nye.sama la ngan kuil. tapi kalau wakil rakyat tu cina/india, pastu 50% majority ( melayu ) tu kata takmau buat kuil, takde la kuil nye...tu kalau wakil rakyat dgr ckap.kakakaakak.kalau tak, satu malaysia ni mmg racist tahap gaban ar. tapi talam 2 muka ckap diri tu tak racist. kakakakk
 
Broker tanah umum jadi calon bebas

KUALA SELANGOR 17 April – Seorang broker tanah, Ali Mohamad, 49, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ali yang juga ahli DAP berkata, keputusan untuk bertanding tidak didorong oleh mana-mana parti termasuk DAP.

Sebaliknya, beliau mendakwa keputusan untuk bertanding merupakan strateginya bagi memecahkan undi Barisan Nasional (BN) dan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Saya tidak kisah saya hilang wang pertaruhan dan kalah pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui di bilik gerakannya di Majlis Daerah Kuala Selangor di sini hari ini.

Ali berasal dari Ijok dan kini menetap di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Tiket

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan K. Loganathan, 47, turut mengumumkan untuk bertanding atas tiket yang sama dalam pilihan raya Ijok pada 28 April ini.

Sementara itu, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan penglibatan calon bebas dalam pilihan raya kecil Ijok tidak akan memecahkan undi BN kerana pengundi mengenali parti ini.

‘‘Ini hanya gimik politik saja iaitu ingin melihat apa strategi kita. Ada juga yang mahu jadi calon bebas kerana berharap agar kita akan ‘beli’ dia supaya tidak bertanding.

‘‘Tak apalah lagi ramai calon bebas pun lagi bagus kepada kita,” katanya.

ada je pengacau pemecah undi ni...
 
Back
Top
Log in Register