View attachment 3795
Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini memberi penghargaan yang tinggi kepada jentera wanita Barisan Nasional.
Menurut beliau, Wanita BN mempunyai keupayaan yang besar dalam menarik sokongan pengundi kepada Barisan nasional.
"Wanita mempunyai kuasa pembujukan yang cukup kuat dalam menarik orang ramai mengundi Barisan Nasional. Inilah kekuatan wanita."
"Saya berharap Wanita akan terus bekerja keras sehingga hari pengundian bagi membolehkan Barisan Nasional bukan sahaja menang, malah menambah majoriti kemenangan di Ijok kali ini."
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jentera Kempen Wanita Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Ijok sebentar tadi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Ijok.
Dalam ucapan sempena majlis tersebut, Dr. Mohamad Khir menyeru jentera wanita bekerja keras bagi membantu meningkatkan majoriti bagi kerusi Ijok.
"Wanita tidak perlu lagi menjawab isu-isu politik kerana ini telah kita selesaikan."
Dalam ucapan tersebut juga Dr. Khir berkata semua isu yang dibangkitkan oleh pengundi sama ada pembangunan infrastruktur mahu pun kriteria calon telah diselesaikan oleh Barisan Nasional.
"Kita akui ada isu yang tidak diselesaikan sungguhpun dibangkitkan sejak pilihan raya lalu. Tapi kita akan atasi sebarang kekurangan wakil rakyat sebelum ini. Boleh saya katakan kebanyakan isu-isu pembangunan yang tertangguh telah pun diselesaikan kecuali membabitkan infrastruktur yang besar seperti Dewan atau Balai Raya."
"Sungguhpun ia tidak akan selesai dalam masa pilihan raya ini, tetapi peruntukan sudah ada dan akan tetap dilaksanakan."
Manakala dalam isu calon, permintaan untuk mendapat calon tempatan sudah ditunaikan.
"Bukan sahaja kita ambil anak tempatan, Parthiban merupakan anak kelahiran Ladang Haji Musa, Kuala Selangor, malah beliau merupakan orang muda yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang sehingga ke peringkat sarjana.