ivy_aku
Super Active Member
- Messages
- 7,088
- Joined
- Jan 7, 2009
- Messages
- 7,088
- Reaction score
- 20
- Points
- 65
solat istikharah.... bincang ngan mak bebaik..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Dah solat istiqarah dah, tapi takde petunjuk la, susah tul nak wat keputusan, masa dh suntuk dh ni,aku kadang kadang ada masalah aku citer kt awek tu, tapi yg ni punya masalah aku tak leh la nak citer kt dia,sebenarnya kami segan nak cakap
takut silap,merana diri
pilihan terbaik sebenarnya terletak pada hati anda
buat Solat Istikharah.mohon petunjuk dari Allah
ingat...kawin ni bukan untuk sehari dua
pasangan hidup sehingga anak cucu insyaallah
( macam ustaz la pulak aku tulis)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd member2 CG
Disini aku ada satu kemuskilan.Mcm ni, aku ni ada minat satu awek ni, satu opis la dengan aku, aku kawan cam biasa je ngan dia, daripada aku tak kenal sapa, sampai aku kenal semua famili dia, so rapat jugak la, dulu aku suka kawan ngan dia sebab dia caring sangat sampai la aku terjatuh hati dengan dia, aku tak penah bagitau yang aku suka kat dia, tapi aku rasa dia tau dari cara aku layan dia.
Dari yg diberitahu dia ni dah berpunya tapi BF dia ni duduk jauh, aku suruh dia bertunang atau cuba tanya Bf dia bila nak masuk meminang tapi bila dia tanya BF dia mesti gaduh punya, pendek kata takde komitment untuk hubungan tu, so dia redha jelah,kalau jodoh ok la katanya.
Nak dijadika citer pulak aku kena transfer jabatan lain pulak, dia ni aku mintak no hp tak penah bagi, takut aku ayat dia sampai cair katanya.Aku kalau org tak bagi aku tak cari.aku selalu berhubung dgn dia guna email atau telefon opis je, tu pun aku jarang ada kat opis dia pun jarang ada kt opis,jadi lama2 aku terlupa la dh kat dia, tapi dalam hati ada lagi.
Baru-baru ni dia dah lain mcm ngan aku pulak, email dia berbunga bunga, kalau call aku sampai 2 jam tak nak letak, aku pun tak tau la samaada aku perasan je ke, tapi dari yang aku terperesan dia dh mcm rindu kat aku kot, so ada peluang la,aku yakin dari apa yang diberitau oleh kawan aku kat opis lama.
Nak dijadikan citer lagi, mak aku dh bising pasal jodoh ni, maklum la aku ni asyik putus cinta berapa kali, putus tunang sekali,sampai dh fedup dh nak couple ni. so sebelum raya itu hari mak aku dah pesan dan aku dh janji ikut je pilihan dia,
Hari raya hari tu mak aku ada terbekenan kat sorang awek kt umah sedara aku, org dia ok,cantik gak, mak aku minggu lepas dia bertanya-tanya kt sedara aku tu pasal awek tu, family dia pun mak aku tanya, nak dijadikan citer, 2 minggu lagi dia nak pi merisik.Pilihan orang tua,
so sempat ke aku nak cancel org tua aku merisik atau sempat ke aku nak luahkan hati aku kat awek tu..takut dua-dua melepas..
tolong ye,,cadangan(#:-S


Dah solat istiqarah dah, tapi takde petunjuk la, susah tul nak wat keputusan, masa dh suntuk dh ni,aku kadang kadang ada masalah aku citer kt awek tu, tapi yg ni punya masalah aku tak leh la nak citer kt dia,
Awek opis aku ni bukan aku sorang je yg jatuh hati, dah ramai dah luahkan hati kat dia, tapi dia reject terus, tapi mamat2 tu bukan rapat dengan dia la, cuma kenal kenal jer
yang jadi persoalan, macamana aku nk bgtau mak aku, sebab lama jugak la dia suruh aku cari sendiri, tapi aku ni susah tul nak terbuka hati, berapa banyak bomoh ngan ustaz dh dia jumpa bagi aku ni terbuka hati, berapa gelen dh air dia suruh aku minum supaya hati aku terbukak, kesian gak aku tengok mak aku bila dia usaha camtu sekali.
Tadi masa drive balik umah aku termenung, dalam hati biarlah ianya berlalu dan terima apa seadanya.tu petunjuk ke agaknya yer.
tapi aku ada terpikir gak , awek yg mak aku nak merisik ni keje jauh kat utara, aku kt putrajaya, takut aku pulak dh kawin tercurang ke aper ke, ye tak, maklum la sekarang trend orang suka suami orang, dugaan tuh,,, Tapi yang penting tu niat.Kawin kerana Allah... aku tak nak kecewakan mak bapak aku yang dah banyak susahkan diri diorang dari aku kecik sampai la nak besar panjang ni.
tapi hati aku,,,,(dalam hati,, cinta lepas kawin best tak?)