BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PETRA Komited Percepat Peralihan Tenaga Hijau, Perkukuh Tadbir Urus Air Negara - Fadillah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,770
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,770
Reaction score
289
Points
146
17889a94aff21ebd2920233fb2a980e26931073b56133

Gambar Fail

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi tumpuan mempercepat peralihan tenaga boleh baharu (TBB) dan memperkukuh pengurusan sumber air negara menjelang tahun keempat Malaysia MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri PETRA berkata kerajaan kekal komited menjana 70 peratus kapasiti elektrik daripada TBB menjelang 2050, seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Malaysia setakat Oktober lepas telah mencapai 31 peratus kapasiti TBB dan sasaran dijangka meningkat kepada 35 peratus menjelang 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Kerajaan akan memperluas inisiatif strategik termasuk Program Solar Berskala Besar (LSS 6) pada awal 2026, menambah kuota 300 MW bagi biogas, biojisim dan hidro kecil di bawah Skim Feed-In Tariff (FiT) serta memperkenalkan Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS).

“Ini bagi membolehkan pengguna mendapatkan tenaga hijau terus daripada penjana," katanya kepada Bernama bersempena Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Dis ini di Dataran Putrajaya.

Selain itu, Fadillah berkata pelaksanaan Skim Solar ATAP (Accelerated Transition Action Programme) akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai pengguna menjana tenaga untuk kegunaan sendiri.

Manakala Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM) akan membolehkan komuniti menjana tenaga bersama melalui sistem solar bumbung agregat serta memperkenalkan Low Carbon Energy Generation Programme (LCEGP) bagi memperbagaikan sumber TBB bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil.

Dalam sektor air, Fadillah berkata PETRA akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan Dasar Air Negara menerusi strategi bersepadu bagi menjamin keterjaminan air jangka panjang dan menjadikan sektor itu sebagai pemacu ekonomi baharu negara.

 
Back
Top
Log in Register