BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perwakilan Negeri Sokong DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Perwakilan Negeri Sokong DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan​

701a98ef2594b0654b6f3c226c95d5ad6a81583bcf8c8

fc846a37fa93bca4cbc1c7b7e4beaf0a6a81452337fa8

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 14 perwakilan DAP negeri menyokong supaya parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, bagi melunaskan janji pilihan raya serta memastikan kestabilan politik negara.

Sokongan itu disuarakan sewaktu perbahasan usul sama ada DAP kekal dalam Kerajaan Persekutuan hingga tamat tempoh penggal Parlimen semasa, pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Antara alasan utama yang diketengahkan perwakilan termasuk meneruskan mandat rakyat bagi melaksanakan reformasi institusi, memperkasakan usaha membanteras rasuah, mengurangkan kos sara hidup, memelihara hak masyarakat berbilang kaum, mengekalkan kestabilan dasar serta mengelakkan risiko Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal.

Perwakilan Perak Jason Ng Thien Yong menegaskan DAP perlu terus kekal dalam kerajaan dan merencanakan langkah pembaharuan yang efektif, bagi meraih mandat rakyat pada PRU akan datang.

“Walaupun kita berdepan kekalahan dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini, kita mesti membuat keputusan tepat untuk kekal. Kerajaan Perpaduan mungkin ada kelemahan dan atas sebab itulah perubahan perlu terus dilaksanakan dari dalam,” katanya.

Senada dengan pandangan itu, veteran DAP dari Pahang Leong Ngah Ngah menyeru perwakilan agar bersikap matang, memandangkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membuktikan pelbagai kejayaan dan membawa pembaharuan sepanjang tiga tahun lepas.

“Apabila berada dalam kerajaan, kita berupaya mendesak pelaksanaan reformasi yang telah dijanjikan. Keputusan yang dibuat perwakilan mestilah berlandaskan kematangan,” katanya.

Dalam pada itu, perwakilan Selangor Muhammad Shakir Amerr Mohideen turut menyatakan sokongan penuh DAP kekal dalam kerajaan dan yakin keupayaan parti itu untuk bangkit semula.

Beliau yakin amalan tadbir urus yang baik serta prestasi kerja DAP, mampu mengembalikan keyakinan pengundi di kawasan yang tewas sebelum ini.

 
DAH TAK LAKU.PARTI LIDAH BERCABANG
 
Back
Top
Log in Register