afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Beri perwakilan DAP pilihan jika mengundi kekal dalam kerajaan, kata Ramkarpal
Timbalan Setiausaha Agung DAP Ramkarpal Singh, berkata membenarkan perwakilan mengkaji semula sebarang keputusan untuk kekal dalam kerajaan sekiranya berlaku ‘sebab mendesak’ adalah demi kepentingan parti.
Dalam kenyataan, Ramkarpal berkata ‘sedikit kelonggaran’ perlu diberikan sekiranya ‘garis merah’ dilanggar, seperti pendirian Umno yang mahu memohon pengampunan bagi bekas perdana menteri, Najib Razak.
“Sama ada ini dinamakan sebagai ‘klausa keluar’ atau tidak, ia sememangnya demi kepentingan parti,” katanya.
Beliau berkata, mungkin timbul tanggapan salah andai undian untuk kekal dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen ini bermakna undian untuk kekal tidak kira apa jua berlaku, meskipun peristiwa pada masa hadapan terbukti memudaratkan kepentingan parti.
“Saya berpandangan ia perlu dijelaskan bahawa para perwakilan bebas mengkaji semula keputusan mereka untuk kekal dalam kerajaan (sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian pada Ahad ini) jika terdapat sebab-sebab yang mendesak pada masa hadapan.”
Perwakilan DAP akan memutuskan pada hujung minggu ini sama ada parti itu perlu kekal atau menarik diri daripada jawatan kerajaan berbaki penggal Parlimen ini.
Pada Rabu, DAP Perak sebulat suara menyokong untuk kekal dalam kerajaan perpaduan bagi demi melunaskan janji pilihan raya.
Semalam, bekas Ahli Parlimen Bangi parti itu, Ong Kian Ming, menyenaraikan tiga sebab yang mungkin bagi perwakilan untuk mengundi kekal dalam Kabinet, termasuk memastikan kelulusan Bajet 2027, pada Oktober.
Beliau berkata, satu-satunya alasan kukuh untuk perwakilan mengundi pemimpin DAP meletak jawatan daripada Kabinet adalah bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim, meralisasikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada reformasi politik sebelum PRU akan datang.