afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Majoriti perwakilan DAP lulus usul kekal dalam kerajaan perpaduan
Kongres khas itu diadakan untuk memberi peluang kepada perwakilan DAP memutuskan kedudukan parti itu dalam kerajaan perpaduan.
Keputusan itu dicapai menerusi proses pengundian pada kongres parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas usul khas dibentangkan oleh Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.
Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin mengumumkan 1,857 perwakilan mengundi untuk DAP kekal dalam kerajaan manakala 242 mengundi keluar.
Seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan layak hadir dan mengambil bahagian dalam persidangan itu.
Ini bermakna pemimpin dan wakil parti itu akan terus memegang jawatan sebagai menteri, timbalan menteri serta lantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
DAP kini mempunyai lima menteri dalam Kabinet, iaitu Loke Siew Fook (pengangkutan), Nga Kor Ming (perumahan dan kerajaan tempatan), Hannah Yeoh (Wilayah Persekutuan), Gobind Singh Deo (digital) dan Steven Sim (pembangunan usahawan dan koperasi).
Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri, iaitu Lim Hui Ying (pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat), Liew Chin Tong (kewangan), M Kulasegaran (undang-undang dan reformasi institusi), Teo Nie Ching (komunikasi), Wong Kah Woh (pendidikan), Chan Foong Hin (pertanian dan keterjaminan makanan) serta Mordi Bimol (belia dan sukan).
Dalam pada itu, Loke pada sidang media selepas kongres berkenaan menafikan dakwaan tanda protes susulan kehadiran perwakilan sekitar 52.12% atau 2,223 orang.
“Perwakilan kita dari akar umbi dan tidak semua boleh hadir… kalau ada pemilihan pun biasanya hampir 70% sahaja.
“Jumlah hari ini melebihi separuh daripada jumlah perwakilan, ia dikira tinggi pada persidangan DAP kebangsaan,” katanya.
Terdahulu, majoriti perwakilan ketika perbahasan menunjukkan kehendak yang kuat untuk kekal dalam pentadbiran Persekutuan meskipun wujud rasa tidak puas hati berhubung prestasi kerajaan.
Mereka berpandangan tindakan meninggalkan kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya akan memburukkan keadaan semasa.