BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan RM559.85 Juta Perkasa Keterjaminan Makanan Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
689d059835792fb87117484b5a7a7a106991801a2c40e

73f31d528552247a826299d2182f3ceb69917fcb5ebd3

kredit Jabatan Ketua Menteri

Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) tahun ini bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan Kadar Sara Diri (SSR) tanaman makanan di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sekuriti makanan kekal kukuh, memandangkan isu berkenaan kini menjadi agenda utama di peringkat global dan nasional.

“Sektor pertanian, perikanan dan industri makanan terus menjadi nadi kepada pembangunan sosioekonomi Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah Kebun Dapur MAFFI di Padang Istiadat, Tuaran di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar, Pembantu Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.

Hajiji berkata beberapa inisiatif kini sedang giat dilaksanakan Jabatan Pertanian Sabah termasuk pembangunan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan Kekal di 15 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sabah.

Beliau berkata RM3 juta juga telah diperuntukkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi perbelanjaan mengurus manakala RM15 juta lagi disediakan untuk perolehan jentera menuai serta pembajakan padi.

“Inisiatif ini bertujuan menjadikan Sabah sebagai pengeluar padi dan beras yang mampan serta berdaya saing bagi menjamin sekuriti makanan dengan sasaran 60 peratus Tahap Sara Diri (SSL) menjelang 2030,” katanya.

Bagaimanapun, Hajiji berkata tanggungjawab keterjaminan makanan tidak seharusnya diletakkan di bahu ladang atau projek berskala besar semata-mata, sebaliknya perlu bermula di peringkat akar umbi.

Justeru, program Kebun Dapur di bawah Revolusi Ekonomi Luar Bandar diperkenalkan sebagai strategi mengurangkan kos sara hidup selain membentuk komuniti lebih berdikari dan mampan.

 
Back
Top
Log in Register