BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan RM32.31 Juta Untuk Perkasa Pendigitalan Di Sabah - Hajiji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bb14face6faf5c24b735fb34ad6ec1da69d4b4936df6c

kredit FB Hajiji Haji Noor

Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM32.31 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) tahun ini bagi memperkasakan agenda pendigitalan negeri, memfokuskan kepada memperluas capaian luar bandar dan ekonomi digital yang inklusif.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu melibatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan JPKN bagi memastikan perkhidmatan penyampaian kerajaan yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM9.59 juta akan disalurkan secara spesifik bagi memantapkan kelengkapan ICT, pengurusan pusat data, peningkatan keselamatan siber, serta pembangunan sistem aplikasi agensi kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terus menjadikan pendigitalan sebagai teras utama pertumbuhan.

“Fokus diberikan kepada memperluas capaian digital di luar bandar, pengukuhan keupayaan digital serta pembangunan ekonomi digital yang inklusif, sejajar komitmen untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai pada Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baharu Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini hari ini.

Menyentuh mengenai peranan kesalinghubungan, Hajiji berkata pengukuhan infrastruktur digital kini menjadi faktor kritikal dalam menyokong komunikasi dan inovasi merentasi pelbagai sektor bagi menjayakan Hala Tuju SMJ 2.0 untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Beliau menjelaskan bahawa SMJ 2.0 merupakan kesinambungan kepada SMJ 1.0, yang dirangka khusus bagi berhadapan dengan cabaran global yang lebih kompleks termasuk perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan rentas sempadan.

Oleh itu, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pemain industri komunikasi seperti Celcom Timur Sabah adalah amat penting bagi merapatkan jurang digital.

 
Back
Top
Log in Register