BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perluasan Perlindungan 24 Jam Untuk Lebih Sembilan Juta Pekerja Berkuat Kuasa Hari Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Perluasan Perlindungan 24 Jam Untuk Lebih Sembilan Juta Pekerja Berkuat Kuasa Hari Ini​

4afbadecc0c50a91815899d69c3c40896830b90ef1e83

Datuk Seri R. Ramanan

Lebih sembilan juta pencarum menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada kesan kemalangan bukan bencana kerja, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata skim LINDUNG 24 Jam yang diperkenalkan melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, memperuntukkan jaringan perlindungan keselamatan sosial yang lebih meluas di Malaysia termasuk ketika cuti umum dan hari kelepasan am.

“Pelaksanaan skim bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini adalah secara automatik kepada semua pekerja formal sedia ada tanpa memerlukan sebarang pendaftaran baharu oleh majikan atau pekerja.

“Bagi individu yang baru diambil bekerja dan melapor diri selepas 1 Jun 2026, majikan wajib mendaftarkan pekerja tersebut mengikut prosedur sedia ada melalui sistem Perkeso,” katanya dalam kenyataan.

Ramanan berkata caruman LINDUNG 24 Jam ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan, tertakluk kepada had siling gaji bagi maksud caruman iaitu RM6,000.

Untuk permulaan, Ramanan berkata kadar caruman bagi LINDUNG 24 Jam adalah 0.75 peratus daripada gaji bulanan, justeru majikan bertanggungjawab untuk menguruskan potongan gaji pekerja dan melaksanakan pembayaran caruman skim itu kepada Perkeso setiap bulan.

Beliau berkata pembayaran caruman perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kesinambungan perlindungan tanpa gangguan di samping memudahkan pematuhan oleh majikan dan pekerja.

“Menerusi skim LINDUNG 24 Jam, Perkeso memperuntukkan lapan faedah demi kelangsungan dan kebajikan pencarum, antaranya Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal serta Faedah Orang Tanggungan.

“Selain itu, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional atau Return To Work (RTW) serta Faedah Pendidikan bagi menyokong masa depan waris,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register