BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkahwinan Di Perlis Turun 10 Peratus, Usia Berkahwin Meningkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perkahwinan Di Perlis Turun 10 Peratus, Usia Berkahwin Meningkat​

a7d5807149819ad7ca9dd4cc8a5110d26a6a05bb56895


Corak pembentukan keluarga di Perlis mengalami perubahan apabila bilangan perkahwinan berdaftar di negeri itu menurun sebanyak 10 peratus iaitu daripada 1,982 yang direkodkan pada 2020 kepada 1,783 pada 2023.

Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Adzmel Mahmud berkata umur purata perkahwinan lelaki dan perempuan meningkat masing-masing 32.2 tahun dan 30 tahun pada 2023 berbanding 30.8 tahun dan 28.4 tahun pada 2020.

Beliau berkata perkahwinan semakin lewat boleh menangguhkan pembentukan keluarga dan kelahiran anak sekali gus mempengaruhi saiz keluarga, kadar kelahiran, bekalan tenaga kerja dan keseimbangan antara penduduk muda dengan warga emas dalam tempoh jangka panjang.

"Perubahan ini bukan bermakna golongan muda menolak perkahwinan sebaliknya dipengaruhi faktor seperti kestabilan pekerjaan, pendapatan, kos sara hidup, perumahan dan tahap kesiapsiagaan untuk berkeluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kependudukan Negeri Perlis 2026 bersempena dengan sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Adzmel berkata perancangan kependudukan perlu bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi melalui pewujudan pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan, penyediaan perumahan mampu milik dan persekitaran mesra keluarga.

"Langkah ini penting untuk mengekalkan golongan muda agar terus melihat Perlis sebagai tempat terbaik untuk belajar, bekerja, membina keluarga dan membesarkan anak-anak dan memastikan pembangunan negeri lebih seimbang serta mampan," katanya.

Beliau berkata kekuatan Perlis dalam sektor pendidikan tinggi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian, agromakanan, pelancongan dan perdagangan sempadan perlu dimanfaatkan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan, keusahawanan dan inovasi kepada generasi muda.

Adzmel berkata kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh ekosistem sokongan keluarga melalui Dasar KASIH Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026-2030.

Beliau berkata tumpuan diberikan kepada pemartabatan perkahwinan, pengukuhan daya tahan keluarga, peningkatan kualiti keibubapaan dan sokongan pada setiap peringkat kehidupan.

 
Back
Top
Log in Register