BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Muat Turun Aplikasi MyGOV Meningkat 200 Peratus Setakat Feb 2026 - Gobind

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
72230be8d6f1c438781ae07229ac7ec3698d5c359a749

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Jumlah muat turun aplikasi MyGOV meningkat hingga 200 peratus melibatkan sebanyak 1,567,000 pengguna baharu setakat semalam berbanding hanya 437,000 pada Disember lepas.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata peningkatan itu menandakan tahap penerimaan yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap aplikasi berkenaan yang ketika ini menyediakan sebanyak 44 perkhidmatan daripada 16 agensi kerajaan.

Beliau berkata ia juga susulan hebahan mengenai fungsi semakan status Sumbangan Tunai Rahmah dan Wang Tak Dituntut yang boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyGOV.

“Proses integrasi perkhidmatan lain akan terus dilaksanakan secara berterusan dan juga berfasa dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan bersifat umum, berimpak tinggi dan kerap digunakan oleh rakyat termasuk fungsi bagi permohonan serta pembayaran.

“Bagi tahun ini, lebih daripada 30 perkhidmatan baharu telah dirancang untuk proses integrasi ke dalam aplikasi MyGOV,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai sama ada kerajaan bercadang mewujudkan satu aplikasi (Government Super Apps) untuk menyatukan semua urusan kerajaan bagi menggantikan pelbagai aplikasi yang digunakan secara bersendirian oleh agensi kerajaan.

Menjawab pertanyaan mengenai kos pembangunan MyGOV, Gobind berkata platform itu dibangunkan secara dalaman (in-house) oleh pakar-pakar penjawat awam menggunakan platform dan infrastruktur di bawah inisiatif sedia ada.

 
Back
Top
Log in Register