BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD

  • Total voters
    0
  • Poll closed .
45077212_10218652149355325_4116340572527001600_o.jpg

Latar pendidikan Mujahid ialah sastera Pak Arab (ijazah sarjana muda). Kemudian untuk sarjana, dia belajar bidang pengurusan sumber manusia. Manakala untuk doktor falsafah, bidang sains politik.

Dia bukan sahaja tidak layak untuk bicara soal agama; bahkan juga sangat jahil selok-belok perundangan dan keperlembagaan negara. Dia mungkin baca cedok sana, cedok sini; dengar sikit-sikit apa yang dibisikkan oleh DAP — tetapi dia tidak mengaji secara berdisiplin.

Atas kepentingan politik kepartian, dia menuduh mereka yang cuba menyampaikan kepada masyarakat tentang bahaya ICERD yang mengancam kedudukan dan kedaulatan Melayu dan orang-oorang asal Sabah dan Sarawak, sebagai kononnya “mengadu-domba” dan “fitnah”.

Walhal yang memberikan pandangan tentang bahaya ICERD dan mengapa ia bercanggah dengan banyak peruntukan Perlembagaan, bukanlah calang-calang orang.

Tuan Lukman Sheriff Alias, ialah peguam kanan dengan puluhan tahun pengalaman dalam bidang guaman; beliau juga ialah exco Majlis Peguam Malaysia (Bar Council), dan sememangnya arif tentang Perlembagaan Persekutuan. Beliau menyatakan bahawa ICERD adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak). Ia juga bertentangan dengan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Tanah Rizab Melayu.

Manakala siapa tidak kenal dengan Prof. Madya Dr. Shamrahayu? Beliau ialah pakar rujuk untuk undang-undang Perlembagaan, selain bidang kepakarannya berkenaan comparative law. Beliau mengatakan bahawa ICERD bukan sahaja akan memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan bumiputera, bahkan akan turut melanggar isu aqidah kerana akan menyebabkan murtad mesti dibenarkan, perkahwinan silang agama tidak boleh dihalang, dan banyak lagi. Ini semua termaktub dalam Article 5(d)(iv) dan (vii) ICERD.

Sesungguhnya pandangan jahil Mujahid tiada bernilai sama sekali, jika dibandingkan dengan pandangan penuh berautoriti oleh dua pakar bidang perundangan dan perlembagaan ini.

Apabila seseorang itu jahil, seperti Mujahid, tapi memandai-mandai, inilah yang disebut oleh Prof. Syed Naquib al-Attas sebagai kemunculan para pemimpin palsu yang menyebabkan kerosakan kepada masyarakat.
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10218652149315324&set=a.2678013349981&type=3&theater

Mujahid..sesungguhnya Iman tidak dapat diwarisi...
 
Oooo... Baru aku tau menteri suci ni bidang pengajian dia sastera + human resources + politik !! Ingat dulu dia ni ngaji syariah Ka apa...
 
BANGI, 20 Safar 1440H, Isnin – Langkah kerajaan untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), boleh mencetuskan huru-hara di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor.

Meluahkan kebimbangannya, beliau berkata, walaupun sebelum ini menteri Pakatan Harapan (PH) menafikan pelaksanaan ICERD memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, namun kesan ratifikasi ICERD itu sendiri dipercayai akan merungkai hak agama Islam bagi mereka yang mencabar atau keluar dari Islam.

Malah katanya, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera juga akan tergadai.

“Di sebalik agenda lain, umat Islam akan semakin hilang identitinya, kuasa dan kekuatan agama Islam dalam negara akan hilang pengaruh. Tindakan meratifikasi ICERD juga mendedahkan negara kepada tekanan antarabangsa supaya undang-undang yang tidak selari dengan konvensyen itu dipinda.

“Malah tindakan meratifikasi tanpa meminda undang-undang berkaitan, hanya akan memalukan negara pada mata dunia, kerana kerajaan dilihat bersetuju dengan konvensyen, tetapi tidak mengambil apa-apa langkah ke arah persetujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyatakan kerajaan komited untuk mengesahkan enam ‘treaty’ hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, perkara tersebut selaras dengan dengan manifesto PH.

Komitmen itu turut diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa dan diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini.

Riduan berkata, turut dibimbangi negara akan terdedah kepada peruntukan perjanjian dan akan tertakluk kepada kehendak PBB.

“Ancaman paling serius adalah keadaan di mana kerajaan Malaysia akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung. Kedaulatan negara semakin mudah dicabar, diceroboh bahkan dikuasai oleh pihak lain dengan cara ini,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan berfikiran jauh sebelum membuat keputusan melibatkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sebagai kerajaan yang memerintah, sebarang kenyataan perlu dibincangkan dan diperhalusi kerana jika salah percaturan, ia boleh menimbulkan polemik tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

“Perpecahan antara kaum dan bangsa perlu dielakkan. Sebarang jarum yang mahu merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat mesti ditentang,” katanya.
 
KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin – Kerajaan menegaskan proses ratifikasi enam triti hak asasi manusia akan dilaksanakan dengan menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian agama dan kaum di negara ini serta mengambil kira suara rakyat terutama dalam isu-isu sensitif.

Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya berkata, proses ratifikasi Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kini diteliti kerajaan, akan juga mengambil kira keserasian konvensyen berkenaan dengan sistem perundangan di Malaysia.

“Berkenaan dengan ratifikasi, proses ini akan berbeza bergantung kepada faktor seperti keserasian konvensyen itu dengan sistem perundangan Malaysia dan keperluan untuk mengadakan perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan bagi setiap konvensyen hak asasi manusia.

“Jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan untuk mengkaji penyertaan Malaysia, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh agensi-agensi peneraju yang secara lazimnya merangka dan menyelia dasar-dasar konvensyen tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang meminta penjelasan kementerian sama ada telah bersetuju untuk meratifikasi enam resolusi hak asasi manusia berkenaan dan sama ada pihak pembangkang turut dilibatkan dalam jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti ratifikasi triti berkenaan.

Pada Julai, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berjanji untuk berusaha meratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang masih belum ditandatangani, iaitu Konvensyen Antarabangsa Menentang Segala Bentuk Diskriminasi Kaum; Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik; dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penderaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Martabat.

Konvensyen lain yang belum diratifikasi adalah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan; Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga; serta Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, kerajaan Pakatan Harapan mengambil pendekatan berbeza dengan pentadbiran lama berhubung isu ratifikasi triti tersebut.

“Ratifikasi ini dilihat sebagai garisan penamat dan bukan sempadan yang tidak boleh didekati dan perkara penting ini perlukan perbincangan terbuka semua pihak dan bukan dialog tertutup oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah tekankan di Persidangan PBB bahawa kita beri masa kepada semua pihak untuk membahaskan ratifkasi ini untuk diputuskan berdasarkan demokrasi, kerajaan juga akan menjalankan proses ini dengan menghormati sepenuhnya perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia dan suara rakyat mengenai isu sensitif,” katanya. – Bernama
 
puncanya hak asasi rupanya..

hak asasi ni lgbt pun hak asasi..murtad pun hak asasi..

dari dulu hingga skrg perlu ke rakyat Malaysia kejar hak asasi hingga hak agama letak ke tepi..
 
Selama ni tak sign perjanjian tu tak ada apa2 pun..aman sejahtera je kaum2 kat bumi malaysia ni....
 
drfathiyusof.jpg

Ratifikasi ICERD: Langkah biadab terhadap Raja-Raja Melayu ​

October 29, 2018

oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
28-10-18

1. Tidak ada keperluan untuk kerajaan membuat ratifikasi konvensyen berkenaan. Tidak ada sebarang kezaliman yang berlaku atas sebab diskriminasi atau penindasan kaum. Bahkan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri.

2. Setiap negara mempunyai sejarah tersendiri. Di Malaysia, wujud hak istimewa untuk orang Melayu dan Bumiputera sebagai makanisme perlindungan yang telah dipersetujui dalam perundingan Merdeka. Ia berkait rapat dengan kelonggaran dalam hal kewarganegaraan waktu itu. Ia juga berperanan bagi mengimbangi kekuatan ekonomi kaum-kaum di Malaysia. Persoalan bila hak istimewa ini akan terus diberikan adalah satu perkara yang boleh dibincangkan secara dalaman tanpa perlu diikat dengan satu kawalan dari luar. Bagi menghormati kemerdekaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan berprinsip, kerajaan sepatutnya tidak perlu meratifikasi ICERD.

3. Ratifikasi ICERD adalah perkara yang melibatkan struktur asas Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Walau pun kuasa Raja-raja Melayu adalah terhad, kita tidak boleh mengabaikan peranan dan kedudukan dalam isu ini. Ini kerana hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera termasuk dalam kuasa Raja-raja Melayu yang sedikit itu. Oleh itu langkah meratifikasikan ICERD, jika benar-benar berlaku, adalah satu langkah yang bercanggah dengan Perlembagaan dan bersikap biadap Terhadap Raja-raja Melayu.

4. Hati-hati dengan agenda campur tangan asing atas alasan hak asasi manusia. Hak asasi manusia adalah satu prinsip yang dianggap sebagai bersifat sejagat atau universal. Namun realitinya sebahagian daripada konsep hak asasi dibina di atas falsafah dan sistem nilai benua dan negara tertentu dan tidak sesuai dengan sistem nilai di negara lain. Usaha pemaksaan sesuatu sistem nilai bagi penduduk dunia yang pelbagai agama, budaya dan bangsa adalah satu langkah yang tidak wajar. Amalan LGBT misalnya, kini diiktiraf sebagai satu amalan yang diterima baik di Barat, tetap dianggap bermasalah bagi negara yang berpegang dengan prinsip agama. Dalam hal seperti ini pemaksaan amalan seragam di semua negara seluruh dunia tetunya sesuatu yang tidak wajar.

5. Ringkasnya, ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) adalah tidak perlu. Apa yang wajar dilakukan ialah dengan menumpukan amanah asasi kerajaan untuk menjamin kesejahteraan, keadilan dan kecemerlangan rakyat serta menjamin agar hak rakyat yang berbilang kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak diabaikan.

http://www.1media.my/2018/10/ratifikasi-icerd-langkah-biadab_29.html
 
tak da sign apa2, negara aman jer ....

kalau ICERD ni sign, rasanya hura-hara negara .... :((:((:((:((

Diaa.. memang kompem la.. tak caya try la sign pastu enforce la 100% . Pasti perang saudara punya.. kalau sign pastu maintain, sesekali acah acah ( macam biasa buat skang) mungkin setakat bantahan, tunjuk perasaan je la..
 
Back
Top
Log in Register