BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
xde pulak jumpa komen good2 machai ph dalam nih..
 
Jumpa saya jika tak faham ratifikasi ICERD, kata Mujahid​

October 29, 2018 5:04 PM

mujahid-yusof-rawa-fmt-210918-1.jpg


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak yang tidak faham tentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) agar bertemunya untuk mendapatkan penjelasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tindakan menularkan isu tentang ratifikasi perjanjian antrabangsa itu tanpa memahaminya hanya menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Mujahid mengajak Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan untuk mengambil peluang ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Apa yang ditularkan secara tidak bertanggungjawab itu fitnah yang boleh timbulkan masalah perkauman. Amat berbahaya jika salah faham ini ditularkan secara berterusan kerana ia melibatkan perpaduan kaum dan agama,” katanya pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Beliau mengulas sebaran di media sosial mendakwa keistimewaan Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan Islam akan tercabar jika ICERD dimeterai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy pada 23 Oktober berkata ratifikasi ICERD boleh dilakukan dengan pengecualian terhadap peruntukan-peruntukan tertentu dalam perjanjian antarabangsa itu.

Ditanya sama ada Perkara 2.2 ICERD melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Waytha berkata “diskriminasi positif” atau tindakan afirmatif tidak boleh dianggap diskriminasi menyeluruh.

Perkara 153 yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera dikatakan bercanggah dengan Perkara 2.2 ICERD, yang menyatakan sebarang langkah untuk membangunkan atau melindungi kumpulan kaum tertentu harus dihentikan selepas tempoh masa tertentu.

Mengikut ICERD, pemeterai wajib menggunakan dasar-dasar tindakan afirmatif “sekiranya wajar” dan dalam satu tempoh masa tertentu bagi menjamin hak asasi dan kebebasan kumpulan kaum tertentu yang sebelumnya mengalami diskriminasi.

Mujahid memberi jaminan ratifikasi ICERD tidak akan memberi kesan kepada undang-undang dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bermakna jikalau kita menandatangani atau melakukan ratifikasi ICERD ia tidak akan mengubah apa yang sudah sedia ada diamalkan kecuali apa-apa undang-undang yang berkaitan mesti dibawa ke Parlimen,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...jika-tak-faham-ratifikasi-icerd-kata-mujahid/

Meet me if you don’t understand ICERD, says Mujahid​

October 29, 2018 6:18 PM

Mujahid-fmt-1.jpg


PETALING JAYA: Minister in the Prime Minister’s Department Mujahid Yusof Rawa has urged critics of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) to meet him to get a better picture of the treaty’s contents.

He said there was a danger in spreading information about ICERD without getting a good understanding of the issue, adding that it would cause anxiety among the public.

“It is very dangerous if this misunderstanding is spread continuously, as it involves racial and religious unity,” said Mujahid, adding that he hoped Youth leaders from Umno and PAS would meet him.

The debate over ICERD has intensified recently with some groups claiming that the special rights of the Bumiputera, as well as the positions of the Malay language and Islam, would be undermined if Malaysia ratifies the treaty.

Last week, the minister in charge of national unity P Waythamoorthy said Malaysia could still sign the convention while retaining reservations on certain provisions.

Article 153 of the constitution provides for the special rights to Bumiputeras, but critics say this is contradictory to ICERD’s Article 2.2, which states that any step to develop or protect a certain racial group must be stopped after a certain period of time.

ICERD also compels its signatories to use affirmative action policies “if it is reasonable”, and limited within a timeframe.

Mujahid said ratifying ICERD would not impact provisions in the constitution.

“This means that if we sign or ratify ICERD, it will not change what is already being practised at present, except for related laws which must be brought to Parliament,” he added.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...me-if-you-dont-understand-icerd-says-mujahid/
 
saya wonder, apa agaknya yg mahu dicapai oleh Dr Mujahid ni pasal ratifikasi ICERD ni
kenapa dia ambil langkah mcm ni, dia amat memahami ke apa yg dia sebut ni...
 
Last edited:
Bacalah kisah tauladan ini dan semat dalam jiwa dan generasi mendatang.

Saya sekadar majukan untuk kesedaran umum dan Melayu utamanya apa itu kontrak sosial seperti yg DYMM Sultan Perak ingatkan.

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah dua orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama dua orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik Raja-Raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang ke negara asal
2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia...
 
Sebenarnya apakah keperluan meretifikasi Kan ICERD nih? Ni yang duk bermain Di kepala otak aku.. adakah bangsa lain Di Malaysia ni kene sembelih sekarang? Aku tengok elok je semua hidup , selesa je.. semua kaum Ada Kaya Ada miskin , semua agama mempunyai rumah agama masing masing.. takde pun bangsa lain kene paksa tukar jadi melayu. Kita punya acuan bagi negara kita sendiri, bukan mengikut acuan orang lain.

Agaknya kalau kita rectify ni dapat duit 1 trillion dollar buat bayar hutang Ka? Benda elok tak payah la nak godek godek, kang jahanam baru nak menyesal... Tak begitu ?
 
Keperluan mendesak jugak nampaknya ratifikasi ni. Teruk sangat dah gamaknya kaum lain kat Malaysia ni dikerjakan oleh bangsa Melayu sekarang ni. Itu sebab la mujahat ni terdesak sangat nak buat benda ni.
 
saya wonder, apa agaknya yg mahu dicapai oleh Dr Mujahid ni pasal ratifikasi ICERD ni
kenapa dia ambil langkah mcm ni, dia amat memahami ke apa yg dia sebut ni...

ermmmm....saya lagi pelik....kalo cek mek pelik...orang biasa mcm kami lagi pelik....:):):)
 
Sebenarnya apakah keperluan meretifikasi Kan ICERD nih? Ni yang duk bermain Di kepala otak aku.. adakah bangsa lain Di Malaysia ni kene sembelih sekarang? Aku tengok elok je semua hidup , selesa je.. semua kaum Ada Kaya Ada miskin , semua agama mempunyai rumah agama masing masing.. takde pun bangsa lain kene paksa tukar jadi melayu. Kita punya acuan bagi negara kita sendiri, bukan mengikut acuan orang lain.

Agaknya kalau kita rectify ni dapat duit 1 trillion dollar buat bayar hutang Ka? Benda elok tak payah la nak godek godek, kang jahanam baru nak menyesal... Tak begitu ?

supaya kononnya boleh di terima semua negara...bila negara lain sign...tiba2 Malaysia menolak...nnti semua pandang sinis kat Malaysia...

pada pendapat peribadi aku....yang x berapa faham sangat dengan perundangan antarabangsa ni....tak perlu kita follow sgt...lagi pun tak ada isu pun kalo negara kita tak sign...

once dah sign...akan banyak timbul isu....

mungkin bukan sekarang isu tu timbul...tunggu anak cucu kita nnti...
 
Jumpa saya jika tak faham ratifikasi ICERD, kata Mujahid​

October 29, 2018 5:04 PM

mujahid-yusof-rawa-fmt-210918-1.jpg


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak yang tidak faham tentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) agar bertemunya untuk mendapatkan penjelasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tindakan menularkan isu tentang ratifikasi perjanjian antrabangsa itu tanpa memahaminya hanya menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Mujahid mengajak Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan untuk mengambil peluang ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Apa yang ditularkan secara tidak bertanggungjawab itu fitnah yang boleh timbulkan masalah perkauman. Amat berbahaya jika salah faham ini ditularkan secara berterusan kerana ia melibatkan perpaduan kaum dan agama,” katanya pada sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Beliau mengulas sebaran di media sosial mendakwa keistimewaan Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan Islam akan tercabar jika ICERD dimeterai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy pada 23 Oktober berkata ratifikasi ICERD boleh dilakukan dengan pengecualian terhadap peruntukan-peruntukan tertentu dalam perjanjian antarabangsa itu.

Ditanya sama ada Perkara 2.2 ICERD melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Waytha berkata “diskriminasi positif” atau tindakan afirmatif tidak boleh dianggap diskriminasi menyeluruh.

Perkara 153 yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera dikatakan bercanggah dengan Perkara 2.2 ICERD, yang menyatakan sebarang langkah untuk membangunkan atau melindungi kumpulan kaum tertentu harus dihentikan selepas tempoh masa tertentu.

Mengikut ICERD, pemeterai wajib menggunakan dasar-dasar tindakan afirmatif “sekiranya wajar” dan dalam satu tempoh masa tertentu bagi menjamin hak asasi dan kebebasan kumpulan kaum tertentu yang sebelumnya mengalami diskriminasi.

Mujahid memberi jaminan ratifikasi ICERD tidak akan memberi kesan kepada undang-undang dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bermakna jikalau kita menandatangani atau melakukan ratifikasi ICERD ia tidak akan mengubah apa yang sudah sedia ada diamalkan kecuali apa-apa undang-undang yang berkaitan mesti dibawa ke Parlimen,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...jika-tak-faham-ratifikasi-icerd-kata-mujahid/

Apa ke penin menteri ni

Statement beliau

“Ini bermakna jikalau kita menandatangani atau melakukan ratifikasi ICERD ia tidak akan mengubah apa yang sudah sedia ada diamalkan kecuali apa-apa undang-undang yang berkaitan mesti dibawa ke Parlimen,” katanya.

Kalau dh mcm ni

Tak payah sign pun takpe...

Ape kalut sgt nak sign....
 
saya wonder, apa agaknya yg mahu dicapai oleh Dr Mujahid ni pasal ratifikasi ICERD ni
kenapa dia ambil langkah mcm ni, dia amat memahami ke apa yg dia sebut ni...

Saya pun hairan.... Benda sensitif camni perlu penelitian dan kajian yang lama sekurangnya 2 3 tahun...ini baru berapa bulan dah pandai siap nak ajar orang lagi...
 
Back
Top
Log in Register