combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Seri Nancy Shukri
Penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan tertinggi sektor awam terus mencatat peningkatan ketara mencecah 39.4 peratus setakat Disember 2025, sekali gus mencerminkan kemajuan signifikan dalam usaha merapatkan jurang jantina di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu menunjukkan wanita kini semakin diterima menduduki jawatan utama yang sebelum ini sinonim dengan kepimpinan lelaki.
“Jawatan utama yang sebelum ini hanya dipelopori dan dipegang lelaki tidak lagi asing untuk diduduki wanita seperti jawatan Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Bandar dan sebagainya,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat, hari ini.
Nancy berkata pencapaian itu ialah hasil pelaksanaan dasar jangka panjang kerajaan pada 2004 yang menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam.
Beliau berkata perkembangan itu diperkukuh lagi apabila kerajaan pada 2011 mengumumkan peluasan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan, ke sektor swasta.
“Kini, data Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada April 2025 menunjukkan wanita memegang 33.1 peratus kerusi Lembaga Pengarah dalam 100 syarikat awam tersenarai (PLC) teratas (Top 100) di Bursa Malaysia, meningkat daripada hanya 14 peratus pada 2015.
“Berdasarkan statistik tersebut, dapat dirumuskan banyak kemajuan telah dicapai, terutama dalam usaha memberdayakan wanita dalam sektor awam mahupun swasta,” katanya.
Bagaimanapun, Nancy berkata peratusan penglibatan wanita dalam politik masih kekal menjadi cabaran, dan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan KPWKM untuk menambah baik kedudukan serta menggalakkan penyertaan wanita dalam kalangan kepimpinan tertinggi.
Beliau berkata sepanjang 2025, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah membelanjakan sejumlah RM11.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pemerkasaan dan kepimpinan wanita.
Penyertaan Wanita Dalam Pengurusan Tertinggi Sektor Awam Cecah 39.4 Peratus
Dewan Rakyat, KPWKM, wanita, pengurusan tertinggi