BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang Motosikal Maut Tersepit Bawah Jengkaut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penunggang Motosikal Maut Tersepit Bawah Jengkaut​

68dcf0775575a385f143a3ba73ae1a036a0e7b7537b45

Kredit JBPM

Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan menghala ke simpang empat kilang gula dari arah Shah Alam, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai melanggar sebuah jengkaut dari belakang.

“Mangsa yang tersepit di bawah jengkaut disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dengan sebuah jentera FRT Sitrak.

 
Back
Top
Log in Register