hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki maut tersepit bawah kereta
Shah Alam: Lelaki warga emas meninggal dunia tersepit di bawah kereta yang mengundur di hadapan rumah di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 5.30 petang dengan mangsa berusia 67 tahun ditemui terperosok di bawah kenderaan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa meletakkan kereta itu di dalam garaj rumah.
"Pemandu kemudian dikatakan keluar dari kereta untuk menutup pagar rumah, namun kenderaan tiba-tiba mengundur sendiri dan melanggarnya.
"Pelanggaran mengakibatkan mangsa terjatuh dan tersepit di bawah kereta serta disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Ibrahim berkata, mangsa disyaki tidak menarik brek tangan selepas meletakkan kereta itu di kawasan landai namun sedikit menurun ke arah pintu pagar.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati seorang lelaki dewasa tersepit dan berada di bawah kereta Proton Saga.
"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemudian segera dijalankan" katanya.
Artikel Harian Metro