BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November

Lim Sian See

57min ·

Khidmat DuitNow QR adalah milik syarikat PayNet.
Pemegang saham terbesar bagi PayNet ialah Bank Negara Malaysia.

383440724_277563178530246_4319044435219803919_n.jpg
 

Lim Sian See

·

Pengendali DuitNow QR iaitu Paynet telah mengesahkan bahawa peniaga akan mula membayar caj transaksi bagi semua bayaran yang diterima melalui kaedah ini.

Paynet jelaskan bahawa caj transaksi ini sudah wujud sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2019 tetapi ianya telah diketepikan sehingga 1 Nov 2023.

Bagaimanapun, Paynet kata ianya terpulang kepada setiap bank untuk terus tangguh caj ataupun kenakan caj yang lebih rendah untuk peniaga kecil.

Caj transaksi ini adalah dalam bentuk "Merchant Discount Rate" (MDR) yang dikenakan oleh bank kepada peniaga - sistem yang sama dengan bayaran melalui kad debit atau kad kredit.
Paynet tidak memaklumkan kadar MDR ini sebab setiap bank ada kadarnya sendiri.

Namun, BNM telah menetapkan kadar siling bagi caj MDR yang boleh dikenakan bank seperti berikut:
1. Kad Debit jenama tempatan (MyDebit): 0.10% dari nilai transaksi atau RM0.37 + 0.001% nilai transaksi (yang mana lebih rendah).
2. Kad Debit jenama tempatan (Visa/Mastercard): 0.27% dari nilai transaksi atau RM0.63 + 0.001% nilai transaksi (yang mana lebih rendah).
3. Kad kredit: 0.60% dari nilai transaksi.

Ada kemungkinan bahawa bank-bank akan tetapkan caj yang lebih rendah bagi bayaran melalui kaedah DuitNow QR berbanding bayaran sedia ada melalui kad debit/kredit.

383774834_276960975257133_4453559734425413042_n.jpg

383780229_276961038590460_657842755932302559_n.jpg


8iuTX4LlGZO.png
Author
Lim Sian See
BNM telah menetapkan kadar siling bagi caj MDR yang boleh dikenakan bank seperti berikut:

1695952410240.png
 

Fathul Farisan

·

PayNet ialah subsidiary Bank Negara Malaysia sebagai pemegang saham utama dan juga dimilik sebahagian lain oleh 11 bank besar yang lain.
"DuitNow" dibina oleh PayNet di bawah program ICTF (Interoperable Credit Transfer Framework) BNM sebagai 'national payment network'.
Tujuannya untuk mencipta kerangka ekosistem Cashless yang kompetitif dan meluas
Sebarang keuntungan dari sistem DuitNow ini tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak dan perlu dilaburkan balik untuk pembaikkan struktur.
Jadi kalau sapa nak cakap DuitNow ni milik sepenuhnya syarikat swasta dan mereka berhak untuk caj adalah tidak tepat.
Caj yang akan dikenakan kepada transaksi di kecil di bawah RM 5,000 sebenarnya tidak adil kerana ini ialah framework kerajaan dan akan membebankan peniaga kecil.
Yang perlu menjawab isu ini ialah BNM dan kerajaan. Kenapa mereka hendak mula caj peniaga/transaksi kecil dan ke mana keuntungan itu akan pergi?
.

1695954066223.png

1695954078351.png
 

Muhamad Harris Nasril

an hour ago ·

Benda boleh tangguh buat apa nak 'charge'?
Eh, mana pula suara-suara kata biarlah bank 'charge' , bukannya mahal pun.
1f92d.png

Bro, kau rasa bukan mahal sebab kau kira untuk kau sahaja, cuba kau darab berapa juta transaksi, berjuta pelanggan.
Kapitalis nak buat duit cara tak bijak ni kita jangan sokong. Lawan. Bank mana buat, kita boikot. Senang.


1695955321353.png




Afiq Noordin
Guna duit pelanggan untuk melabur
2705.png

Tampung kos QR Code guna duit hasil untung pelaburan dari duit pelanggan
274c.png
 

Muhamad Harris Nasril

an hour ago ·

Yang beriya jadi pencacai bank ni dah kenapa? Ada dapat kerja jadi laskar siber mereka kah?
Kau yang simpan duit pada mereka.
Mereka guna duit tu bagi pinjaman pada pihak lain, kemudian mereka makan duit atas faedah.
Jadi pencacai kalau depa bayar tak apa lah. Ini satu sen pun tak dapat.
1f602.png
 

Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow​

September 29, 2023 @ 10:35am


Pembayaran kod QR diperkenal pada 2019 -NSTP/Eizairi Shamsudin
Pembayaran kod QR diperkenal pada 2019 -NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Tiga bank melanjutkan pengecualian caj ke atas vendor yang menerima pembayaran menggunakan platform kod QR Duitnow.



Maybank mengumumkan bahawa ia tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas vendor yang menggunakan kemudahan itu buat masa sekarang.

"Kami mahu memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang fi berhubung Duitnow
QR, sehingga diberitahu kelak.




"Yang pasti, semua peniaga boleh terus menggunakan pembayaran QR Duitnow tanpa caj, seperti yang menjadi amalan sekarang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniagam" katanya dalam satu kenyataan.

Selain Maybank, Public Bank dalam satu kenyataan terdahulu turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

"Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR," kata PayNet.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

"Pengecualian ini dilanjutkan lagi berikutan COVID-19," katanya.

PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan konsortium terdiri daripada 11 bank tempatan.

DuitNow QR ditubuhkan di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) BNM.

ICTF memberi mandat kepada PayNet, sebagai penyedia rangkaian pembayaran dan infrastruktur utama bagi pasaran kewangan di Malaysia untuk menjalankan QR standard saling boleh kendali dan umum untuk Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register