Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Sales 1 juta banyak sangat kena cas. Macam tu limitkan sales 5 ribu je sehari.. baru kena cas 50sen1juta kena 2500 bang
Dari dapatan kajian mana anwar ambik ni ya? Berapa ratus ribu responden?Caj QR DuitNow tidak beban golongan bawahan, kata PM
Bank Negara akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.
29 Sep 2023, 1:05pm
![]()
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata caj bakal dikenakan terhadap pengguna QR DuitNow bermula 1 Nov tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.
Menurutnya, perkara itu telah dijelaskan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour dalam perbincangan mereka semalam.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, BNM akan memberi penjelasan lanjut kepada orang ramai mengenai isu dibangkitkan sejak beberapa hari lalu itu.
“Sekarang yang penting, tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan menengah,” katanya selepas melawat pameran Postnormal Times di KL Jazz & Art Center.
Semalam, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali platform QR DuitNow mengesahkan pengguna aplikasi itu akan dikenakan caj bermula 1 Nov ini.
Syarikat itu menjelaskan caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate (MDR)’ bukan perkara baharu kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.
Malam tadi, FMT melaporkan keresahan peniaga kecil susulan pengenaan caj ke atas pengguna aplikasi QR DuitNow kerana bimbang “untung tidak seberapa” makin mengecil.
Setakat ini, tiga bank iaitu Public Bank, CIMB dan Maybank mengumumkan penangguhan caj untuk vendor menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow.
CIMB memutuskan menangguhkannya sehingga akhir tahun, manakala Public Bank dan Maybank sehingga diberitahu kelak.