BTC USD 62,279.3 Gold USD 2,659.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Pengusaha restoran, kedai makan gulung tikar, tutup kedai bisnes bungkus

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,156
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,156
Reaction score
3,982
Points
266
Awards
1
978905.jpg

ROZAID RAHMAN | | 22 Februari 2021

Lihat saja lot parkir Pasar Seni...kosong tiada kenderaan. Yang ada cuma kenderaan milik peniaga.
A
A
“Saya dah berniaga di sini selama 35 tahun Bang...belum pernah lagi saya lalui situasi perit dan getir sepertimana hari ini...saya dah bergadai golok apa saja yang ada...”
Demikianlah luahan hati pemilik Zakir Batik di Pasar Seni Kuala Lumpur ketika ditemui di hadapan lot kedainya pada Ahad.

Dia dan anak lelakinya Iman sedang termenung menongkat dagu memandang kosong jauh di hadapan.

Dan di hadapan kedai mereka terdapat barisan lot-lot kedai yang kosong dan telah ditutup perniagaan. Pendek kata gulung tikar kerana sudah tidak tahan lagi dengan penangan Covid-19.

Di sudut kedai mereka, tiga orang pekerja juga kelihatan bosan menunggu pelanggan yang tidak kunjung tiba. Mereka mundar-mandir di kaki lima tingkat atas Pasar Seni itu untuk menghilangkan rasa bosan.

Mereka menunggu pelanggan dengan penuh kesabaran. Setiap hari jika ada jualan yang melebihi RM150 itu sudah dianggap luar biasa kerana hakikatnya setiap hari tiada jualan langsung.

“Saya, anak-anak dan pekerja saya lebih ramai dari jumlah pelanggan,” kata Zakir dengan wajah yang tersenyum. Bunyi macam kelakar namun di sebalik senyuman itu terpahat keperitan yang sangat mendalam. Siapa saja akan dapat menyaksikannya jika mengadap wajahnya pada ketika dan saat itu.

978907.jpg

Lorong atas di mana Zakir Batik terletak, sunyi tanpa pelanggan dan peniaga. Lihat lot-lot kedai lain yang terpaksa menutup perniagaan kerana tidak dapat bertahan.
“Kenapa tidak tutup sahaja perniagaan pada waktu begini?”

“Bukan tak nak Bang...tapi saya harus mengambil kira beberapa faktor. Perjanjian dengan pihak pengurusan Pasar Seni, kebajikan pekerja dan macam-macam perkara.

“Semua wang simpanan saya termasuk simpanan ASB dah saya keluarkan untuk mempertahankan perniagaan saya ini. Jika saya lepaskan sekarang, kat mana saya nak sumbat segala stok barangan saya ini Bang.

“Tengok sajalah jumlah yang memenuhi kedai dan yang paling getir, jika saya mengalah sekarang dan lepaskan segala-galanya, mati hidup semula tak mungkin saya akan dapat masuk dan berniaga di sini semula,” tegasnya.

Menurut usahawan ini, dia hanya perlu bertahan sedikit sahaja lagi.

“Saya hanya perlu bertahan dan bersabar. Bila vaksin ini selesai disuntik kepada rakyat di seluruh negara dan sempadan negara dibuka semula selepas covid reda di seluruh dunia saya yakin pelancong akan masuk semula dan perniagaan kami anak beranak akan kembali normal,” ujarnya lagi.

Melihat suasana Pasar Seni dengan mata kepala sendiri memberi satu pengalaman baru kepada sesiapa kerana pusat tumpuan pelancong ini tidak pernah sunyi tetapi kini ia bagaikan dilanggar garuda.

Usahkan kata pelancong asing malah kelibat pelancong tempatan pun tidak kelihatan.

978906.jpg

Kiosk-kiosk yang suatu ketika dahulu penuh dengan barangan seni kini kosong ditinggalkan peniaga kerana tidak dapat bertahan akibat Covid-19.
Setiap sudut, setiap kaki lima di dalam kompleks itu tidak ada orang yang mundar-mandir.

Banyak lot kedai yang suatu ketika dulu penuh dengan barangan kraftangan dan barangan seni yang memberi nama kepada kompleks ikonik ini sudah gulung tikar.

Jika lot kedai pun tidak dapat bertahan apatah lagi kiosk-kiosk kecil yang berada di lorong-lorong di dalam Pasar Seni itu. Boleh dikatakan kesemuanya tutup.

Dan bagi yang tetap bertahan membuka kedai sepertimana Zakir Batik kemunculan pelanggan bagaikan satu rahmat ibarat tanah gersang yang ditimpa hujan selepas kemarau panjang.

Segeralah pergi covid kerana ramai yang sudah sengsara...

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...k-anak-dan-pekerja-lebih-ramai-dari-pelanggan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Last edited:
Sponsored Post

CM ni sejak 2000an mmg totally target foreigners. Beza masa aku lepak sana tahun 90an, jadi port bdk2 indie & yg dlm bidang senilukis, kedai art supply dan termasuk tshirt printing.

Klau foreigners takde mmg sakit la. Org local dh x pegi CM skang ni
 
CM ni sejak 2000an mmg totally target foreigners. Beza masa aku lepak sana tahun 90an, jadi port bdk2 indie & yg dlm bidang senilukis, kedai art supply dan termasuk tshirt printing.

Klau foreigners takde mmg sakit la. Org local dh x pegi CM skang ni
Kalau tak silap saya polisi CM ni berubah bila management dia bertukar tangan ke foreigner.
Dulu memang ramai artis jalanan lepak dan tunjuk bakat kat luar CM.
 
kena tahan lama sikit la, walaupun kalau kes dah balik 0, sektor pelancongan tak akan sewenang2nya dibuka mcm tu je.

satu dunia terkesan economically. semua skrg fokus on savings for the future. foreigners pun akan berkira2 nak melancong.

cut bajet utk unnecessary things.

tak nak pesimistik, tapi mungkin mid-2022 baru la masyarakat dunia konfiden nak melancong lagi.
 
lepas Puduraya tutup... CM terus jd zombie area.. Dulu2 sape yg hijrah ke KL.. CM la port pertama dorg dtg.. sbb plg hampir dgn stesen bas utama negara... sepatutnye laluar LRT/Monorel perlu ada kt CM tuh.. br la org tau tempat tuh wujud... ni skip terus ke masjid india dan bandaraya.. x lalu kt CM...
 
kena tahan lama sikit la, walaupun kalau kes dah balik 0, sektor pelancongan tak akan sewenang2nya dibuka mcm tu je.

satu dunia terkesan economically. semua skrg fokus on savings for the future. foreigners pun akan berkira2 nak melancong.

cut bajet utk unnecessary things.

tak nak pesimistik, tapi mungkin mid-2022 baru la masyarakat dunia konfiden nak melancong lagi.

Foreigners mmg target datang malaysia sbb duit kita murah. Tapi kalau kita tak vaksin takdenya diorang nak datang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register