combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengoperasian LRT3 Beri Impak Positif Kelancaran Pergerakan Pelajar - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Zambry Abd Kadir (tengah) beramah mesra dengan pelajar Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketika menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif "Semikonduktor@UiTM" di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengoperasian perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam memberi impak positif yang signikan dalam melancarkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan trafik yang dihadapi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dengan adanya kemudahan Stesen UiTM Shah Alam di jajaran tersebut, ia juga dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan mereka untuk bergerak di sekitar kawasan Lembah Klang.
"Saya dapat saksikan tadi ramai pelajar begitu teruja dan ia tentunya memberi kelegaan kepada mereka yang menghadapi masalah kesesakan untuk sampai ke kampus secara harian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan inisiatif Semikonduktor@UiTM yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahubuddin di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah UiTM, di sini, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam kepada semua penumpang bermula 29 Jun hingga 31 Julai ini pada pelancaran jajaran laluan itu Ahad lepas.
Terdapat 20 stesen baharu bagi LRT3 Laluan Shah Alam iaitu Bandar Utama, Kayu Ara, BU 11 (Bandar Utama 11), Damansara Idaman, Subang, Glenmarie 2, Kerjaya, Stadium Shah Alam, Dato’ Menteri, UiTM Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Baru Klang, Pasar Klang, Jalan Meru, Jambatan Kota, Taman Selatan, Seri Andalas, Klang Jaya, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia.
Sementara itu, beliau berkata UiTM kini melangkah lebih jauh dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktor global menerusi pelancaran inisiatif strategik Semikonduktor@UiTM.
Zambry berkata inisiatif itu merupakan manifestasi komitmen universiti dalam menterjemahkan peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan ekosistem bakat berkemahiran tinggi yang memenuhi standard industri antarabangsa.
"UiTM telah membuktikan keupayaan dan komitmen yang tinggi dalam memanfaatkan peruntukan RM20 juta daripada kerajaan untuk membangunkan infrastruktur, kepakaran serta ekosistem pembelajaran yang mampu memenuhi keperluan industri semikonduktor negara.
Loading…
www.bernama.com