BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penutupan Pangkalan Haram Beri Impak Besar, Kes Penyeludupan Menjunam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Penutupan Pangkalan Haram Beri Impak Besar, Kes Penyeludupan Menjunam​

b68ffc573489dda35a19ac0cdd6921376a752661e155f

8b4f8a6b7c7603f3131dda0c198121116a73fa5e0a4d9

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Hanif Yusabra Yusof ketika temu bual bersama BERNAMA mengenai sindiket penyeludupan petrol dan diesel di Pejabat KPDN Kelantan di sini.

Penutupan pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand telah mengganggu pergerakan dan rangkaian transit sindiket penyeludupan, sekali gus menyumbang kepada penurunan ketara kes penyeludupan yang dikesan di Kelantan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Hanif Yusabra Yusof berkata tindakan menutup laluan haram itu menyebabkan sindiket berdepan kesukaran menggerakkan aktiviti penyeludupan kerana akses dan laluan transit mereka terjejas.

“Kalau dibandingkan dengan keadaan sebelum pangkalan haram ditutup dan hari ini, penurunannya sangat signifikan dari segi kes penyeludupan yang kita kesan dan tangkap.

“Apabila akses untuk aktiviti tersebut ditutup, kawalan pihak penguat kuasa menjadi lebih baik dan ia banyak membantu operasi penguatkuasaan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata KPDN turut memperkukuh kawalan di kawasan sempadan menerusi penempatan anggota secara statik di stesen minyak selain rondaan berterusan sebagai sebahagian daripada operasi rutin.

Beliau berkata operasi itu dilaksanakan tujuh hari seminggu dengan tumpuan di kawasan sempadan bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan barang kawalan, khususnya bahan api bersubsidi.

Mengulas cadangan Thailand membina benteng di kawasan sempadan, Hanif Yusabra berkata KPDN Kelantan mengalu-alukan langkah itu kerana ia dijangka dapat memperkukuh kawalan rentas sempadan dan seterusnya menyukarkan lagi pergerakan sindiket penyeludupan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Sungai Golok, Narathiwat di Thailand baru-baru ini, mendapati penjualan petrol dan diesel yang dipercayai diseludup dari Malaysia semakin berkurangan berbanding sebelum penutupan pangkalan haram di sepanjang sempadan.

Keadaan itu berbeza berbanding sebelum ini apabila bahan api berkenaan mudah ditemui dijual di beberapa lokasi.

 
Back
Top
Log in Register