BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PLKN 3.0 Beri Impak Positif, Skor Pelatih Meningkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PLKN 3.0 Beri Impak Positif, Skor Pelatih Meningkat​

4c702d6d7bd0a514cf913ddd1dd56eb66a8c0cfa2157c

Ketua Pengarah JLKN Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar

Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 menunjukkan bahawa program itu memberikan impak positif terhadap pembangunan pelatih dengan skor purata meningkat daripada 74.35 peratus sebelum latihan kepada 87.44 peratus selepas latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar berkata dapatan itu ialah hasil kajian yang dijalankan jabatan berkenaan dengan kerjasama tiga universiti awam, dengan kesemua enam indikator utama menunjukkan peningkatan selepas pelatih menamatkan latihan.

Beliau berkata indikator kajian itu meliputi patriotisme dan kesetiaan, perpaduan dan toleransi, disiplin dan transformasi diri, ketahanan mental dan kesiapsiagaan, kompetensi ketenteraan, serta kesukarelawanan.

"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PLKN 3.0 bukan sekadar memberikan pendedahan kepada latihan ketenteraan asas, malah turut berperanan dalam membentuk pelatih yang lebih berdisiplin, berdaya tahan, kompeten, patriotik serta mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Latihan Wira Muda Negara Siri 3/2026 PLKN 3.0 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) Kem 504 Askar Wataniah (AW) Bukit Keteri, dekat sini hari ini.

Marzuki berkata dapatan kajian itu turut mengukuhkan peranan PLKN sebagai platform pembangunan generasi muda secara menyeluruh.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan lebih 4,200 pelatih PLKN tahun ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 10,520 pelatih pada tahun depan.

Beliau berkata jumlah pengambilan peserta PLKN 3.0 Siri 4/2026 akan ditingkatkan menerusi penambahan lima kem CLKN termasuk penggunaan pusat latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Lima kem baharu itu ialah Bukit Pinang dan Bukit Selambau di Kedah; Hutan Melintang, Perak; Sungai Durian, Kelantan dan Tuaran, Sabah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register