BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

38 Projek Bernilai RM1.65 Bilion Beri Impak Besar Kepada Perlis - Nanta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
a2f5dd5a57291789152346d9de1600f9698c6fd672a9b

fb Alexander Nanta Linggi

Pelaksanaan 38 projek pembangunan infrastruktur di Perlis bernilai lebih RM1.65 bilion termasuk di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memberi impak besar kepada pembangunan negeri itu, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata daripada keseluruhan projek terbabit, 17 kini di peringkat prapembinaan melibatkan kos kira-kira RM880.25 juta manakala 21 projek di peringkat pembinaan dengan nilai kira-kira RM757.14 juta.

Nanta berkata pembangunan di UniMAP merangkumi pembinaan masjid, Pusat Islam dan Pusat Pengajian Kejuruteraan.

Projek lain yang sedang dilaksanakan ialah Sekolah Berasrama Penuh SMKA Kangar, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah terpilih serta penubuhan UniKL Asia Sustainable Transportation Institute (ASTI) di Lembah Chuping.

“Projek-projek ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem pendidikan negeri, malah menyokong agenda pembangunan modal insan yang mampan," katanya menerusi hantaran X hari ini.

Beliau berkata dalam sektor kesihatan, pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 Beseri (Gantian) kini merekodkan prestasi fizikal melepasi jadual semasa.

Sementara itu, projek infrastruktur jalan melibatkan laluan Semadong–Bukit Chabang, Padang Nyu–Padang Siding, Behor Mali–Kampung Kepala Sepuloh serta Kampung Wai–Jalan Dato’ Ali dijangka meningkatkan kesalinghubungan, merancakkan ekonomi setempat serta memudahkan pergerakan rakyat dan hasil pertanian.

“Di sebalik angka dan perancangan ini, keutamaan kita tetap sama iaitu memastikan rakyat merasai manfaat yang sebenar. Sama ada sekolah yang lebih selesa untuk anak-anak, kemudahan kesihatan yang lebih baik untuk komuniti, mahupun jaringan jalan raya yang lebih selamat dan lancar, setiap projek membawa impak langsung kepada kehidupan harian rakyat Perlis," katanya.

Nanta berkata Kementerian Kerja Raya akan terus komited menjadi pemudah cara kepada agenda pembangunan negeri kerana kerjasama erat serta komunikasi berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah kunci kepada kemajuan yang lebih tersusun dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register