kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pengesahan Umur MyDigital ID Lindung Kanak-kanak Daripada Ancaman Siber, Jamin Keselamatan Data
Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin
Penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan umur untuk menghalang individu di bawah 16 tahun membuka akaun media sosial akan melindungi data pengguna daripada ancaman siber dan mencegah maklumat sensitif dikumpulkan oleh syarikat teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata sistem pengesahan identiti kerajaan itu bertindak sebagai lapisan keselamatan, memastikan platform berkenaan tidak mempunyai akses kepada maklumat asas peribadi pengguna.
Menyentuh kebimbangan mengenai kerahsiaan data, beliau berkata sistem itu menghapuskan keperluan pengguna untuk berkongsi maklumat sensitif merentasi pelbagai platform media sosial yang sering menjadi sasaran penggodam.
“MyDigital ID tidak memerlukan pengguna untuk menghantar atau menyimpan salinan ID fizikal selain juga tidak menyimpan data biometrik seperti cap jari atau imej wajah.
“Sebaliknya, ia mengesahkan pengguna melalui rekod rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan data sensitif kekal dalam sistem kerajaan yang selamat dan dipercayai,” katanya kepada Bernama.
Megat Zuhairy berkata dari perspektif keselamatan siber, pendekatan itu dengan ketara mengurangkan risiko pendedahan data dengan mewujudkan satu lapisan pengesahan yang selamat.
Beliau berkata platform media sosial hanya akan menerima pengesahan yang diperlukan seperti jika pengguna memenuhi syarat umur tanpa mendapat akses kepada butiran peribadi tertentu.
“Objektifnya jelas, iaitu membolehkan pengesahan tanpa memperluas ruang serangan. Dengan mengehadkan perkongsian data, mengelak pertindihan dan memusatkan pengesahan dalam sistem nasional yang selamat, kita boleh melindungi kanak-kanak dalam talian tanpa menjejaskan privasi mereka,” katanya.