BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sekatan DM Mampu Lindungi Kanak-kanak Di Ruang Siber

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Sekatan DM Mampu Lindungi Kanak-kanak Di Ruang Siber​

e103e4b56047e532406c91b94f3594bd69590ad44a2a9

-- Gambar hiasan

Sekatan terhadap fungsi pesanan terus (DM) dan keupayaan carian profil bagi pengguna di bawah usia 16 tahun dilihat sebagai “benteng digital” paling ampuh bagi melumpuhkan ruang gerak pemangsa siber di negara ini.

Langkah itu disifatkan sebagai komponen kritikal dalam cadangan sistem pengesahan umur, terutama selepas pendedahan Ops Cyber Guardian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menemukan hampir 500,000 fail bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM), bulan lepas.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata ciri keselamatan yang menyekat fungsi DM dan carian oleh akaun tidak dikenali merupakan mekanisme “penapis pintu masuk” atau gatekeeping yang mewujudkan sempadan digital jelas antara profil dewasa dan kanak-kanak.

“Melalui mekanisme ini, fungsi carian dan pesanan terus daripada akaun tidak dikenali dapat disekat secara automatik, sekali gus menghalang cubaan kontak terus (cold contact) oleh pemangsa sebelum sebarang perbualan sempat dimulakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menyifatkan penemuan dalam Ops Cyber Guardian itu sebagai isyarat bahawa keselamatan digital kanak-kanak berada pada tahap kritikal, sekali gus menjadikan langkah kerajaan menyekat akses kepada yang berumur 16 tahun ke bawah dan mewajibkan pengesahan umur sebagai satu anjakan paradigma mendesak.

Siraj berkata pelaksanaan mandatori itu juga mampu menghapuskan faktor anonimiti atau identiti tanpa nama yang selama ini menjadi perisai utama bagi pelaku jenayah seksual siber.

"Melalui keperluan dokumen rasmi atau biometrik, setiap akaun kini mempunyai akauntabiliti identiti dan jejak digital sah, yang berfungsi sebagai pencegah psikologi (deterrent) kerana risiko dikesan dan ditangkap meningkat mendadak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pengesahan umur memaksa penyedia platform menyesuaikan algoritma dengan menyekat kandungan seksual, ganas atau berbahaya daripada dipaparkan kepada pengguna bawah umur.

 
Back
Top
Log in Register