BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi Bernama Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CHT 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengerusi Bernama Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CHT 2026​

ae0bdffb98fe831d991ef72c0118dcfe6a5258010b80f


Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CHT 2026, sekali gus menjadi penerima ke-14 anugerah berprestij itu.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Steven Sim pada satu majlis di sini hari ini, yang turut dihadiri pengasas CHT Network dan CHT International Awards Datuk Chng Huck Theng.

Menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan itu, Wong, 65, berkata beliau berbesar hati menerima anugerah daripada sebuah organisasi yang berpangkalan di Pulau Pinang, negeri kelahirannya.

"Sesungguhnya saya amat berbesar hati menerima anugerah ini daripada YB Steven Sim, yang juga anak jati Pulau Pinang serta sebuah organisasi yang berpangkalan di negeri itu," katanya.

Beliau berkata Pulau Pinang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah perkembangan media negara kerana telah melahirkan ramai wartawan tersohor.

Menurut Wong, Pulau Pinang juga merupakan lokasi penerbitan akhbar berbahasa Inggeris pertama negara The Prince of Wales Gazette yang mula diterbitkan pada 1806, manakala The Star pula diasaskan di negeri itu pada 1971.

Beliau turut menyentuh sejarah Kwong Wah Yit Poh, akhbar berbahasa Cina yang berpangkalan di Pulau Pinang dan diasaskan pada 1910 oleh tokoh revolusi China Dr Sun Yat Sen yang sehingga kini kekal sebagai akhbar harian berbahasa Cina tertua di dunia yang masih diterbitkan.

Lulusan Ijazah Kewartawanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu memulakan kerjaya sebagai wartawan di The Star di Pulau Pinang pada 1984.

Beliau kemudian meniti kerjaya sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan termuda akhbar itu pada usia 46 tahun pada 2008, sebelum menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan pada 2013.

 
Back
Top
Log in Register