BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian Mujaddid

tersedak aku baca. baru2 ni ada forumer tuduh ace ni wahabi. skrg ni syiah. :eek: setahu aku la, syiah gn wahabi mcm air dgn minyak. langsung tak leh campur.

dey, mana satu betul tuan ace? wahabi ke atau syiah? aku dah start nak gelak ni :eek::eek:

maaf kpd king sbb offtopic, tp rasanya topik ni pun dah menyimpang sbb masuk hal mazhab plak. sedangkan kita bincang pasal mujadid.

minta juga sape2 yg arif listkan nama2 mujadid dr dulu sampai skrg.

Betul tu tuan, pada awalnya saya dah tersedak dah bila diajukan persoalan tentang Syiah ni....macam tuan cakap dulu saya sebut perkataan "bid`ah" aje terus orang kata saya wahabi...sekarang bila saya sebut "Ahlul Bait" orang memandang saya sebagai Syiah pulak...pening2 tuan...

Lagi satu, benarlah kata tuan...thread ni bahas tentang Mujaddid...tapi sekarang dah pergi mazhab ni...saya rasa mungkin tuan Suchi boleh bukak satu thread untuk bahaskan 2 mazhab tersebut untuk memberikan laluan bagi forumer supaya tak ter "stuck" dengan perbincangan mujaddid...boleh tuan suchi..
 
Last edited:
Sekadar menambah dari apa yg saya tahu.

Ada satu kitab karangan Imam As Sayuti berkaitan dengan ciri2 mujaddid kurun. Kitab ni menerangkan secara jelas sifat2 seorang mujaddid kurun. Yg terakhir ialah Imam As-Syahid Hassan Al Banna. Ketika beliau meninggal dunia, hari tu disambut perayaan matinya Imam Al banna oleh kafirun2 di UK dan US.
Mereka sangat takut pd beliau kerana beliau membangkitkan perasaan sayangkan Deen Islam ini sehingga menyebabkan penjajah pada masa itu bimbang pengaruh mereka tergugat.
Cumanya, kitab tu saya terlupa namanya. Yg ni yg silap saya ni. Kalau tak boleh share...,

Macamana ni tuan, bukankah imam Suyuthi tak sezaman dengan Hasan al-Banna jadi camna imam boleh masukkan nama Hasan al-Banna sebagai mujaddid terakhir ni....:-? explain sikit tuan...
 
Last edited:
Jadi, siapakah calon mujaddid untuk abad ini dari pandangan tuan-tuan sekelian?
 
Jadi, siapakah calon mujaddid untuk abad ini dari pandangan tuan-tuan sekelian?

kalo pada pandangan hamba, hamba tak nampak lg sape2 ada ciri2 tu pada zaman skrg. org lain ada pandangan lain ke?

minta sape2 mahir, tlg listkan nama2 mujadid pada zaman lepas. tak kisah la dr sudut syiah ke, wahabi ke, sunnah ke. mana tau kot2 ada titik pertemuan antaranya. insyaALLAH.
 
kalo pada pandangan hamba, hamba tak nampak lg sape2 ada ciri2 tu pada zaman skrg. org lain ada pandangan lain ke?

minta sape2 mahir, tlg listkan nama2 mujadid pada zaman lepas. tak kisah la dr sudut syiah ke, wahabi ke, sunnah ke. mana tau kot2 ada titik pertemuan antaranya. insyaALLAH.

Kalau bagi pandangan sayalah tuan...tiada lain yang memiliki ciri2 yang berilmu dan layak dalam kepimpinan mujaddid ini hanyalah dia yang yang layak sebagai khalifah juga iaitu imam Muhammad al-Mahdi.

1. Kerana beliau keturunan suci Ahlul Bait. Nabi bersabda:

- Al-Hakim dari Abu Dzar dan Al-Bazzar dari Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair bahawa Rasul telah bersabda:

انّ مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلّف عنها هلك / غرق
​

"Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku di sisi kalian laksana bahtera Nuh a.s. Barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan musnah / tenggelam"

(Rujuk: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 282, Mustadrak al-Hakim: 3/151, Nuzm Durar Simthin: Hal. 235, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 30 & 370, Is`afur Raghibin: Hal. 109,Faraidus Simthin: 2/246. Bil. 519, Al-Mu`jam As-Saghir: 1/139, Majama`uz Zawaid: 9/168,Nurul Absar: Hal. 104, Al-Fathul Kabir: 1/414 & 2/113, Kunuzul Haqaiq: Al-Manawi. Hal 119 dan Ihqaqul Haq: At-Tasturi 9/270-293)

Menerusi hadits ini, baginda Nabi membuat perumpamaan yang amat jelas bahawa kepimpinan Ahlul Bait diibaratkan seperti bahtera Nabi Allah Nuh a.s. Setelah siap bahtera tersebut, Nabi Nuh menyeru umatnya untuk naik ke atas bahtera tersebut kerana banjir besar akan melanda. Meskipun begitu, sebahagian besar dari umatnya enggan dan tidak mempercayai baginda termasuklah anak dan isterinya. Apabila hujan turun dan berlaku banjir sebagaimana yang dikatakan Nuh a.s, dengan sedaya upaya mereka mahu mencari perlindungan dengan memanjat bukit-bukit dan gunung-gunug semata-mata mahu menyelamatkan diri dari azab tersebut. Malangnya, mereka tetap mati tenggelam meskipun dengan "jalan lain" untuk menyelamatkan diri.

2.Hanya dengan mengikut Ahlul Bait amalan diterima Allah

- Ath-Thabrani mengeluarkan riwayat dari Hasan bin Ali bahawa Rasul telah bersabda:

الزموا مودتنا أهل البيت فانّه من لقي الله وهو يودّنا دخل الجنة بشفاعتنا والذي نفسي بيده لا ينفع عبدا عمله الاّ بمعرفة حقنا
​

"Kekalkanlah kecintaan kepada kami Ahlul Bait. Kerana sesiapa menghadap Allah dengan mencintai kami akan masuk ke syurga melalui syafaat kami. Demi Dia yang jiwaku digenggaman-Nya, bahawa sesungguhnya tidak bermanfaat amalan seseorang hamba melainkan dengan mengenali hak kami"

(Rujuk: Ihya`ul Mayyit: As-Suyuthi. Hadits No. 18, As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 138, Yanabi`ul Mawaddah: Hal. 293, 323, 326 & 364 dan Majma`uz Zawaid: 9/172.)

Teks terakhir yang berbunyi "Tidak bermanfaat amalan seseorang hamba melainkan mengenali hak kami (Ahlul Bait)" jelas menunjukkan bahawa hak-hak yang dijadikan Allah sebagai syarat penerimaan amalan-amalan adalah dengan mentaati Ahlul Bait dan mendapatkan keredhaan Allah melalui jalan mereka yang lurus.

3. Ahlul Bait Menjadi pendamping al-Quran.

Sebuah adits yang dishahihkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami menerusi karyanya As-Sawa`iqul Muhriqah yang berbunyi:

اِنّي تارك فيكم أمرين لن تضلوا ان تتّبعوهما, وهما كتاب الله وأهل بيتي عترتي اِنّي سألتُ ذلك لهما فلا تقدِّموهما فتهلكوا ولا تقصروا عنهما فتهلكوا ولا تُعَلِّموهم فانهم أعلم منكم​

"Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian 2 perkara yang kalian tidak akan sesat buat selamanya selagi kalian mengikut keduanya. Keduanya adalah kitab Allah dan Ahlul Baitku. Dari itu, jangan kalian mendahului keduanya (memandai-mandai) kerana kalian akan binasa. Dan jangan kalian memperkecilkan keduanya kerana kalian akan binasa. Dan jangan kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui dari kalian"

(Rujuk: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 230, Majma`uz Zawaid: 9/163, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 41 & 355, Ad-Durul Mantsur: 2/60, Kanzul Ummal: Bil Hadits. 958 dan Usudul Ghabah: 3/137.)

Secara ringkasnya, hanya imam al-Mahdi yang selayaknya digelar mujaddid dan seterusnya sebagai khalifah umat islam kerana beliau dari keturunan suci tersebut. Wallahu A`alam
 
Macamana ni tuan, bukankah imam Suyuthi tak sezaman dengan Hasan al-Banna jadi camna imam boleh masukkan nama Hasan al-Banna sebagai mujaddid terakhir ni....:-? explain sikit tuan...

imam sayuti hidup sebelum imam hassan al banna. Jadi, ulama kaji sifat2 yg ada pada imam hasan al banna ada dengan apa yg ditulis oleh imam sayuti.

so, clear ke syeikh??:):)
 
imam sayuti hidup sebelum imam hassan al banna. Jadi, ulama kaji sifat2 yg ada pada imam hasan al banna ada dengan apa yg ditulis oleh imam sayuti.

so, clear ke syeikh??:):)

Oh...maksudnya ciri2 yang dinyatakan imam suyuthi lah...ye...emm faham2...clear:)
 
So

imam mahdi belum muncul lagi ...

Maka zaman2 sebelum imam mahdi , iaitu kurun2 yang telah berlalu dahulu, siapakah mujaddid2 tersebut....

Sebab hadis nabi mengatakan setiap kurun ada mujaddid..

Kalau nak kira start dari imam mahdi, maka kurun2 yang dulu takde lah mujaddid ek...

Camne tu tuan2.......
 
Sekadar menambah dari apa yg saya tahu.

Ada satu kitab karangan Imam As Sayuti berkaitan dengan ciri2 mujaddid kurun. Kitab ni menerangkan secara jelas sifat2 seorang mujaddid kurun. Yg terakhir ialah Imam As-Syahid Hassan Al Banna. Ketika beliau meninggal dunia, hari tu disambut perayaan matinya Imam Al banna oleh kafirun2 di UK dan US.
Mereka sangat takut pd beliau kerana beliau membangkitkan perasaan sayangkan Deen Islam ini sehingga menyebabkan penjajah pada masa itu bimbang pengaruh mereka tergugat.
Cumanya, kitab tu saya terlupa namanya. Yg ni yg silap saya ni. Kalau tak boleh share...,
Sekadar menjampuk perbualan kalian diforum ini..berdasar apa yg saya masih ingat dari kuliah pengajian seorang yg saya iktiraf sbg irsyadu ustaazin dan siqah kpdnya..
Nabi SAW pernah menyebut; "Man yujaddidudaha deenaha 'ala raksi kullu miati sanah" - 'akan ada mereka yg memperbaharui agama di antara tiap2 seratus tahun'.
adalah bermaksud membaharui perjuangan Islam, bukan dlm hal hukum-hakam yg hanya layak dibuat ijtihad oleh ulama2 Islam yg hidup sehingga zaman Tabi'-Tabi'in. Zaman kini hanya layak berijma' ulama' dan Qias sahaja. Zaman Nabi SAW, Zaman Sahabat, Zaman Tabi'in, Zaman Tabi'-Tabi'in adalah zaman2 yg dimuliakan Allah, walau disana berlaku peperangan kerana khilaf dikalangan mereka, mereka tetap diterima Allah, siapa yg betul mendapat 2 pemberian dari Allah dan siapa yg salah mendapat satu sahaja.

Dlm hal mujaddid pula ialah pembaharu perjuangan Islam..antaranya yg saya masih ingat tok guru saya tu sebutkan ialah Jamaluddin Al-Afghani, Badiuzzaman Said An-Nursi, Imam As-Shahid Hasan Al-Banna, Fathi Yakan, Musthofa Masyhur, Rashid Ridha..sehinggalah kepada Ayatullah Ruhullah Khomeini.. yg Allah kurniakan kpd umat Muhammad SAW diantara tiap2 100 tahun.. meaning bukan seorang utk setiap seratus tahun.. semua ni pembaharu perjuangan Islam "li i'laa ee kalimatullahi hiyal 'ulya" sebagai yg memerintah dan bukan diperintah..

itulah juga bezanya Hamas dan Fatah di Palestine.. bezanya antara org yg berjuang menegakkan agama Allah dan orang yg berjuang atas dasar asobiyyah..sebagaimana Kamal Attarturk yg memperjuangkan dasar kebangsaan itu..sehingga menggadai khilafah uthmaniah dan menjual2 tanah2 Palestin kpd British seterusnya membenarkan kemasukan Yahudi dari serata Eropah ke tanah2 itu..

maaf..saya kona sampai ke Palestin

ps. berkenaan 12 bintang yg berkerlipan di akhir zaman itu dalam suatu hadith yg lain..juga berkaitan tapi saya kurang ingat nama2 12 imam tersebut, cuma imam yg terakhir ialah Al-Mahdi
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register