ajakio85
Active+ Member
- Messages
- 2,868
- Joined
- Feb 1, 2008
- Messages
- 2,868
- Reaction score
- 183
- Points
- 38
Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah telah
membuat perbezaan dan memberi pengertian
setiap satu kedudukan hadis seperti hadis
sahih, hasan, dan lemah. Apa pentingnya kita
mengetahui ilmu ini? Apakah tujuannya kita
harus mengetahui kedudukan hadis sama ada
hadis itu sahih, hasan, ataupun palsu?
Seperti mana di dalam urusan kehidupan
seharian, bagi orang yang hendak memulakan
perniagaan mereka akan membuat analisa dan
kajian bagi memastikan perniagaan mereka itu
boleh menguntungkan atau tidak; berniaga
dengan orang bagaimana, pasaran yang
bagaimana, kiraan betul atau tidak. Begitu juga
dalam soal memilih makanan, sebelum makan
kita akan pastikan terlebih dahulu adakah
makanan yang diambil itu halal ataupun tidak.
Tidak kurang dengan urusan agama malah lebih
penting dari itu, kita perlu mendapatkan
kepastian dan kesahihan sesuatu hadis kerana
kita hendak menjadikannya sebagai asas
sumber rujukan di dalam Agama. Kita hendak
solat dengan cara yang betul, sebab itu kita
mesti pastikan riwayat tentang solat yang
sampai kepada kita adalah riwayat yang benar,
bukan riwayat yang palsu (direka-reka) atau
diragui.
Kadangkala sebahagian orang mengambil
mudah, asalkan ia disebut hadis maka mereka
tidak peduli sama ada ia lemah atau palsu.
Kalau urusan makanan pun kita pilih, sedap
atau tidak, makanan yang baik atau tidak, maka
apatah lagi perkara-perkara yang kita lakukan
untuk Akhirat, hendaklah kita pastikan ianya
betul-betul sahih datang dari Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam supaya ia diterima dan
dihitung sebagai amal soleh.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
ﻣَﻦْ ﻋَﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻠًﺎ ﻟَﻴْﺲَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺃَﻣْﺮُﻧَﺎ ﻓَﻬُﻮَ ﺭَﺩٌ
ّ
“Barangsiapa yang melakukan suatu amalan
(ibadah) yang tidak kami perintahkan, maka ia
tertolak.” (Riwayat Muslim)
Kalau amalan yang dilakukan tidak betul,
bagaimana ia hendak dihitung? Analoginya,
majikan memberi kerja kepada kita di pejabat
sebagai kerani menaip surat. Dalam waktu
bekerja kita membuat kerja-kerja lain seperti
menyapu sampah, cuci tandas, bersihkan
sawang. Kemudian apabila tiba hujung bula kita
hendak ‘claim’ upah kerja-kerja menyapu
sampah dan sebagainya. Apa majikan akan
kata? “Aku bayar gaji kamu untuk jadi kerani,
siapa suruh sapu sampah, buang sawang, cuci
tandas?” Adakah majikan akan membayar upah
bagi kerja yang tidak dipertanggungjawabkan
ke atas kita? Semestinya tidak.
Begitu juga urusan kita dengan ALLAH, Allah
telah memberikan garis panduan kerja,
tanggungjawab dan tugasan apa yang kita perlu
buat melalui Rasul-Nya, jika kita buat selain
daripada apa yang diperintahkan, adakah kita
boleh pastikan ia dikira oleh ALLAH? Kita tidak
tahu tetapi secara zahirnya ia tidak dikira
kerana kita melakukan sesuatu yang di luar
tugasan yang diberikan kepada kita. Jadi untuk
kita pastikan tugasan yang dibuat itu betul,
hendaklah kita teliti apa yang sampai kepada
kita khususnya hadis Nabi, hendaklah
dipastikan ianya sahih agar pekerjaan dan
amalan yang dilakukan bertepatan dengan
kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-
Nya sallallahu ‘alaihi wasallam.
HADIS SAHIH
-------------------------------------------------
Para ulama Islam telah memberikan takrifan
kedudukan setiap hadis, menurut Ibn Hajar Al-
Atsqalani,
Hadis sahih iaitu sesuatu hadis yang
bersambung-sambung sanadnya di mana
sambungan sanad itu terdiri daripada kalangan
orang-orang yang adil juga dhabit (kuat hafalan
jika meriwayatkan melalui hafalan dan
tulisannya dipercayai jika dia meriwayatkan
melalui tulisan).
Adil bererti perawi tersebut mestilah Islam,
bukan pembohong, bukan pelaku dosa besar,
dan tidak berselalu dalam melakukan dosa
kecil. Disebabkan itu Syiah tidak termasuk di
dalam kalangan perawi hadis yang diterima.
Begitu juga perawi yang dikatakan adil
hendaklah seorang yang mumaiyiz, yakni boleh
membezakan antara kebaikan dan keburukan,
kerana di dalam periwayatan hadis tidak
diletakkan had umur. Asalkan seseorang itu
tidak pelupa dan dipercayai, boleh
membezakan antara baik dan buruk, dan syarat
meriwayatkan hadis sahih iaitu hendaklah hadis
yang diriwayatkan itu bebas daripada sebarang
bentuk keganjilan dan tanpa perkara
tersembunyi yang mencacatkan kedudukan
hadis dan perawi tersebut.
HADIS HASAN
---------------------
Sebagai gambaran umum, hadis hasan ialah
hadis yang kedudukannya di bawah sedikit
daripada kedudukan hadis sahih. Ia sama
seperti hadis sahih kecuali perbezaannya
terletak pada kekuatan hafalan dan tulisan
perawi, yakni kurang sedikit berbanding hadis
sahih. Orang yang meriwayatkan hadis sahih
adalah orang yang ingatan betul-betul kuat dan
tulisannya benar-benar boleh dipercayai.
Adapun perawi hadis hasan dipanggil khaffa
dhabtin (kurang dhabit).
Sejak bilakah diperkenalkan hadis hasan?
Antara ilmuwan yang mula-mula menyebutnya
dan menjadikannya pecahan dan teori ialah
Imam At-Tirmidzi rahimahullah.
Walaubagaimanapun ada perbincangan panjang
oleh Dr. Abdul Karimul Khudhair di dalam
kitabnya Al-Hadits Al-Dha’if di mana beliau
membincangkan kedudukan hadis hasan dan
menyatakan pendapat-pendapat yang pelbagai
di mana ada yang mengatakan Imam Ahmad
juga pernah menyebutnya.
Tetapi yang menjadikannya sebagai sebutan
hadis ini hasan, hasan sahih, hasan gharib, dan
sebagainya adalah Imam At-Tirmidzi. Beliau
yang mula-mula mengklasifikasikan hadis.
Tetapi ulama yang mula-mula memberikan
pentakrifan yang terkenal adalah seperti Al-
Imam Al-Hakim, Al-Imam Ibnu Shalah, disusuli
oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Iraqi,
As-Suyuthi, As-Sakhawi dan seterusnya. Mereka
memberi takrifan untuk menyesuaikan dengan
apa yang dimaksudkan dan diertikan oleh para
ulama sebelumnya. Perbincangan ini masuk di
dalam bidang ilmu Ulumul Hadis.
HADIS DHA’IF
Kata ulama, hadis dha’if ialah sesuatu hadis
yang tidak sampai kepada tahap hadis yang
boleh diterima.
Hadis yang boleh diterima ada dua; sahih dan
hasan. Hadis sahih pula terbahagi kepada dua;
sahih lizatihi, sahih lighairihi.
Adapun hadis hasan juga terbahagi kepada dua;
hasan lizatihi, hasan lighairihi. Apakah lizatihi
dan lighairihi? Lizatihi merujuk kepada zatnya,
yakni hadis itu sendiri sahih dan tidak perlu
kepada sokongan hadis lain. Adapun lighairihi,
hadis itu menjadi sahih atau menjadi hasan
kerana disokong oleh hadis lain.
Contoh, saya adalah seorang yang kurang
kekuatan hafalan atau tulisan saya kurang
ketepatannya, bererti riwayat saya berada di
tahap hasan. Saya meriwayatkan satu cerita,
iaitu pada hari Isnin ini akan diadakan
demonstrasi. Orang yang mendengar riwayat
saya berkata taraf riwayat saya hasan lizatihi
kerana ingatan saya kurang tetapi saya ini adil
yakni boleh dipercayai. Tiba-tiba datang
seorang lelaki dan sangat dipercayai, tulisan
dan ingatannya bagus, dia mengatakan perkara
yang sama seperti riwayat saya, pada hari Isnin
ini akan diadakan demonstrasi. Disebabkan
riwayat saya itu disokong oleh lelaki ini, ia
dinaik taraf kepada darjat sahih lighairihi. Ia
menjadi sahih kerana ada terdapat sokongan.
HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DHAIF
Adapun hadis dhaif ialah hadis yang tidak
sampai tahapan hadis yang boleh diterima.
Hadis yang boleh diterima ialah yang berada
pada tahap hasan dan sahih. Adapun dhaif – ini
yang dibincangkan oleh Al-Imam An-Nawawi
yang meletakkan syarat-syarat untuk beramal
dengannya. Ada beberapa pendapat para ulama
bersangkutan hukum beramal dengan hadis
dhaif.
Pendapat pertama, boleh beramal secara
mutlak. Ini pendapat Imam Abu Hanifah
kerana zaman beliau jauh daripada zaman
sahabat-sahabat Nabi, jauh dari sumber-
sumber ilmu hadis, jadi beliau terpaksa
mendahulukan hadis dhaif ketika
membicarakan sesuatu hukum berbanding
menggunakan akal. (Tetapi sekiranya terdapat
hadis yang sahih, maka hadis dhaif tidak
digunakan.)
Pendapat kedua, haram beramal dengan
hadis dhaif. Ini pendapat Imam Al-Bukhari,
Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali
Ibn Al-Madini. Juga pendapat ini didokong oleh
Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Asy-
Syaukani. Imam Muslim di dalam
muqaddimahnya membuat satu bab khusus
Haram Meriwayatkan Sesuatu Yang Kamu Tidak
Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam. Kemudian beliau membawakan
sebuah hadis,
ﻛﻔﻰ ﺑﺎﻟﻤﺮﺀ ﻛﺬﺑﺎ ﺃﻥ ﻳﺤﺪﺙ ﺑﻜﻞ ﻣﺎ ﺳﻤﻊ
“Memadai seseorang itu dikatakan pendusta
apabila dia menyampaikan semua yang dia
dengar.” (Riwayat Muslim)
Tidak semestinya semua yang kita baca itu
betul. Itu prinsipnya. Jadi tidak dibolehkan
beramal dengan hadis dhaif kerana ia perkara
yang tidak pasti, hanya berasaskan
persangkaan, kemungkinan ia datang dari Nabi.
Mana mungkin kita membina agama
berdasarkan persangkaan semata-mata,
sedangkan agama adalah sesuatu yang bersifat
pasti.
Pendapat ketiga, harus beramal dengan
hadis dhaif tetapi dengan beberapa syarat.
Ini pendapat yang masyhur dari Al-Imam An-
Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu
Hajar Al-Atsqalani.
Syarat pertama: hendaklah dhaif itu bukan
dhaif yang bersangatan. Seperti perawi
pendusta.
Kedua, hendaklah hadis dhaif itu bukan
berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya
berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal.
Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu
hukum, ia tertolak.
Ketiga, tidak boleh beriktiqad bahawasanya
ucapan tersebut datang daripada Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam.
Keempat, tidak boleh menyeru manusia
beramal dengannya. Haram hukumnya
menyebarkan hadis dhaif dan kemudian
menyeru manusia beramal dengannya.
Kelima, hendaklah hadis dhaif itu terhasil dari
hukum yang asal. Contohnya, hukum mentaati
ibu bapa adalah wajib, jelas dari Al-Quran dan
hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibubapa
termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib
wat tarhib. Ia mestilah terhasil daripada hukum
asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih.
Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk
suatu hukum baru maka ia tidak boleh
diterima. Untuk membentuk hukum solat
dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan,
sebab itulah Imam An-Nawawi sendiri menolak
solat Raghaib sempena awal bulan Rajab kerana
tiada hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
yang menyebut tentang solat Raghaib.
Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh
Imam An-Nawawi sebelum mengharuskan
beramal dengan hadis dhaif, maka adakah
orang yang beramal dengan hadis dhaif pada
hari ini mengikuti kesemua syarat-syarat ini?
Jika tidak mampu mengikutnya maka jangan
beramal, tinggalkanlah hadis-hadis yang dhaif
kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis
sahih yang belum diamalkan. Beramallah
dengan hadis-hadis sahih.
HADIS PALSU
Saya mencadangkan agar diwujudkan satu akta
penyebaran hadis di bawah jabatan agama. Di
bawah akta ajaran sesat contohnya boleh
dirincikan dan dimasukkan satu akta khusus
untuk penyebaran hadis. Dahulu pada sekitar
kurun kedua dan ketiga hijrah, penyebar hadis
palsu dihukum bunuh atau dipenjara seumur
hidup.
Maisarah Ibnu Abd Rabbuh, Nuh Ibn Abi
Maryam, Muhammad Ibn Sa’id Al-Mashlub
mereka adalah pemalsu hadis dan semua
mereka dibunuh. Nuh Ibn Abi Maryam
contohnya dibunuh kerana menyebarkan
kelebihan surah-surah di dalam Al-Quran.
Ketika ditanya pemerintah kerana apa dia
mencipta hadis palsu, jawabnya adalah kerana
manusia pada masa itu disibukkan dengan
kitab sejarah Ibn Ishaq dan fiqh Imam Abi
Hanifah sehingga tidak membaca Al-Quran jadi
beliau menciptakan hadis bertujuan menarik
minat manusia agar membaca Al-Quran.
Di Malaysia masih banyak buku-buku,
penceramah-penceramah yang menyampaikan
hadis palsu, kisah Umar Al-Khatthab
radhiyallahu ‘anhu membunuh dan menanam
hidup-hidup anak perempuannya semasa kecil
diceritakan oleh guru-guru di sekolah.
Benarkah kisah itu? Orang mendengar kisah
tersebut sehingga menangis kesedihan. Walhal
kisah ini karut marut dan merupakan tuduhan
palsu ke atas Umar. Anak sulungnya Hafsah
(sebab itu Umar digelar Abu Hafs) mana
mungkin Umar bin Al-Khatthab membunuhnya,
sedang Hafsah itu dewasa dan menjadi isteri
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam .
Memang ada orang arab pada masa itu di
kalangan Bani Tamim yang membunuh anak-
anak perempuan tetapi ia bukan dari keturunan
Umar, Umar adalah arab Quraisy. Masyarakat
arab dahulu umumnya tidak membunuh anak
perempuan mereka seperti mana kata Hindun,
“Kami membesarkan anak-anak kami, apabila
mereka besar kalian membunuhnya.” Beliau
menunjuk kepada Nabi kerana setelah anak
mereka besar, mereka dihantar berperang,
menjadi tawanan perang, dan sebagainya.
Perkataan ini satu bukti menunjukkan
masyarakat arab tidak membunuh anak-anak
kecuali beberapa kabilah sahaja yang
melakukan demikian kerana beberapa sebab
seperti; mempercayai ****, takut anak ini akan
menjadi tawanan di mana pada masa itu tiada
undang-undang dan peraturan hidup, siapa
kuat dan berkuasa maka dialah raja. Jadi
mereka membunuh anak perempuan mereka
sejak kecil kerana perasaan ghirah (cemburu)
mereka sangat tinggi. Rasa cemburu keterlaluan
menyebabkan mereka tidak sanggup melihat
anak-anak perempuan mereka ditawan. Tetapi
Umar tidak melakukan sedemikian. Orang
membuat cerita hanya untuk memburukkan
Umar, dan semestinya cerita itu datang dari
kalangan Syiah.
Banyak contoh hadis palsu yang datang dari
kalangan Syiah untuk memburukkan para
sahabat, antaranya Abdurrahman Bin Auf
masuk syurga merangkak disebabkan
kekayaannya. Syiah juga membacakan hadis-
hadis palsu yang menceritakan kelebihan-
kelebihan Ali di mana riwayat tersebut tidak
ada sandarannya.
Adapun hadis palsu disebabkan ketaksuban
pada mazhab, pengikut mazhab Hanafi
membuat hadis akan bahayanya mengikut
mazhab Syafi’i, mereka berkata Nabi bersabda,
“Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku
seorang yang bernama Muhammad bin Idris,
lebih teruk memudharatkan umatku lebih
daripada iblis.” Ini disebabkan ta’assub mazhab
lalu mereka mencipta hadis palsu. Yang
ta’assub dengan mazhab Syafi’i pula membuat
hadis, “Akan ada seorang lelaki dari kalangan
umatku yang bernama Abu Hanifah, dia
merupakan majusi umatku.”
Inilah contoh penyebaran hadis palsu. Di
antara sebabnya adalah kerana meinginkan
kekayaan, kelebihan, pengaruh, pertolongan
orang, dan sebagainya. Sebab itu perlu
diwujudkan akta khusus bagi mengawal
penyebaran hadis agar setiap hadis yang
hendak dibaca di mana-mana tempat sama ada
di masjid, surau, akhbar, buku dan sebagainya
terikat dengan undang-undang secara khusus
sebagai langkah permulaan. Maka sesiapa yang
hendak menyebarkan sebarang berita yang
disandarkan ke atas Nabi mestilah memastikan
kedudukan dan kesahihannya terlebih dahulu.
Kecuali jika hadis palsu tersebut disebarkan
untuk menjelaskan kepalsuannya. Kita mestilah
berhati-hati di dalam penyebaran hadis, kerana
kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam
hadis yang mutawatir,
ﻣﻦ ﻛﺬﺏ ﻋﻠﻲ ﻣﺘﻌﻤﺪﺍ ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ
“Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan
sengaja maka siaplah tempatnya di dalam
neraka.” (Riwayat Muslim)
Umar Al-Khatthab dahulu memenjarakan orang
yang kerjanya meriwayat hadis sahaja, sebab
bimbang terlalu mudah dan banyaknya riwayat
menggambarkan sikap kurang berhati-hati dan
dibimbangi berlaku kesalahan dalam
meriwayat.
Ini kerana hadis merupakan asas dan sumber
agama. Sepertimana ilmu kedoktoran harus
dirujuk pada ahlinya dan bukan siapa-siapa
sahaja boleh menjadi doktor, seperti itu
jugalah halnya dengan urusan hadis, kerana ia
merupakan asas yang membentuk agama, dan
agama inilah yang akan membentuk dan
mengatur urusan lainnya sama ada ekonomi
yang betul, politik yang betul, cara hidup yang
betul maka wajib kembali kepada dasar-dasar
dan cara mengambil agama yang benar lagi
sahih.
TINGGALKAN YANG TIDAK PASTI
Ini adalah tanggungjawab bersama,
tanggungjawab orang yang menyampaikan, juga
tanggungjawab orang yang mendengar dan
mengambil ilmu. Kerana itu kita harus memilih
guru, tidak boleh menerima langsung secara
mutlak apa yang disampaikan kepada kita dan
menelannya bulat-bulat. Buatlah analisa,
kajian, dan bertanya. Jika tidak tahu juga maka
janganlah beramal dengannya, tinggalkan
dahulu. Berkata Ibnu Mas’ud radhiyallahu
‘anhu ,
“Lebih baik kamu menyekat dirimu daripada
melakukan satu sunnah daripada kamu
menyibukkan dirimu daripada melakukan
bid’ah.”
Bukan bererti beliau melarang kita daripada
melakukan sunnah, tetapi bagi riwayat yang
tidak dapat dipastikan kesahihannya, boleh jadi
ia betul dan mungkin ianya salah. Kalau
beramal kita mungkin melakukan bid’ah dan
melakukan perkara yang salah, jadi tidak
mengapa sekiranya kita tidak beramal
dengannya jika tidak pasti.
Wallahua’lam.